Jemput LIKE page ini :))

Pengerah Jemari

Tentang Aku

Foto saya
Suka menulis, dengar lagu, baca novel dan berangan.

Isnin, 22 Februari 2010

Dulu Ia Sekadar Angan-angan

Dulu aku pernah berangan-angan nak tengok cover novel aku kat sini. Alhamdulillah impian tu tercapai pada penghujung tahun 2009 :)


Kalau kau orang tak jumpa novel 'My Honey Hani' ni kat kedai buku, bolehlah datang ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 yang akan diadakan kat PWTC pada 19-28 Mac nanti. Okey?

Selasa, 16 Februari 2010

Taa-Daa


Inilah dia final cover 'Budak SMART' yang akan mula dijual di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada 19-28 Mac ini di PWTC dan akan dilancarkan pada 27 Mac 2010. Kalau kau orang nak tengok wajah Azrizal, Athira, Laily, Shamsul dan Fatin, jangan lupa dapatkan novel ini nanti ya :)


Kau orang juga boleh membeli secara online di Bookstation dan setiap pembelian akan mendapat sehelai T shirt 'Budak SMART' percuma. Menarik bukan? Kita jumpa di sana ya!

Sabtu, 13 Februari 2010

Komen Pembaca


81 peoples like
94 comments


"Dah baca.... x best pun. 3/5."

"Baru je khatam novel ni.. bolehlah 2.5."

"Cerita yg agak menarik..... kulit buku pun ceria gak...huhuhuhu. Tahniah ek."



Terima kasih Kelab Peminat Novel kerana mempromosikan novel ini di facebook :)

Ahad, 7 Februari 2010

Novel

Tempat kegemaran aku bila keluar adalah kedai buku. Dulu, aku selalu berangan-angan nak tengok buku yang ada nama aku ada kat rak-rak kedai buku. Sekarang, bila impian nan satu tu dah terlaksana, rasa macam tak ada perasaanlah pula. Dah tak rasa apa-apa. Tambah-tambah bila ada yang kata cerita aku tak best. Memang aku terasa tapi mujur ada orang yang memberi semangat.

Aku ingat lagi bila kali pertama aku ke kedai buku di tempat aku untuk binding manuskrip yang aku dah print. Orang tu macam teruja sangat tengok aku buat novel. Bila aku kata aku masih baru lagi, dia pun kata, "Tak apa. Sekurang-kurangnya kita ada cerita". Kawan-kawan aku yang tahu aku telah berjaya menghasilkan sebuah novel juga memberikan kata-kata perangsang yang sama. Terima kasih semua.

Aku sudah menjenguk beberapa kedai buku yang ada novel aku yakni 'My Honey, Hani'. Antaranya Popular, Jusco Kepong. Hari tu ada 8 buah tapi sekarang dah tak ada. Cuma ada dua kemungkinan, sama ada novel tu laku ataupun disimpan kat dalam kotak. Kat SACC Mall, Shah Alam dan Kinokuniya, KLCC pula masing-masing masih ada 10 buah novel aku. Kat tempat lain, aku masih belum tengok.

Namun, apa yang pasti, kat pesta buku bulan 3 nanti pasti ada! Turut menjengah pasaran ketika itu adalah 'Budak SMART' :) Mudah-mudahan selepas ini, akan ada banyak lagi novel aku kat kedai-kedai buku. Amin...



*Idea sedang berlegar-legar dalam kepala tapi dek kerana masalah kesihatan, terpaksa diperam dulu.

Khamis, 4 Februari 2010

SMART

Nantikan kemunculan 'Budak SMART' di PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, 19-28 Mac 2010.


Dalam banyak-banyak peraturan sekolah, peraturan mana yang dia orang belum langgar? Datang dan balik sekolah sesuka hati, ponteng kelas, tak buat kerja rumah, menyakat budak perempuan, buat bising, bergaduh semuanya mereka dah lalui. Cuma tinggal tak bakar sekolah aje. Ops! Kalau bakar sekolah tak dapatlah dia orang nak ponteng kelas ya tak?


Ilustrasi oleh Hafizul :)

Selasa, 2 Februari 2010

Aku, Laptop dan Novel

Semalam orang KL cuti. Masa aku tengok syok menaip depan laptop kat rumah sewa aku, tetiba kawan aku telefon. Ajak teman dia pergi hospital sebab dia ada kerja part time kat sana.

Lepas kerja dia habis, kita orang pergi makan kat Gombak. Terserempak dengan kawan dia, pasangan suami isteri. Dia orang cam aku. Kita orang pernah jumpa sekali. Dia orang tanya kawan aku tu dia buat apa kat situ.

Kawan aku pun ceritalah dia buat part time bla... bla... bla... , cakap-cakap pasal kerja. Tetiba nama aku pun terbabit. Dia bagi tahu kedua-dua kawan dia tu yang aku ni penulis novel. Pantas aku siku lengan dia. Malu mungkin.

Aku tak suka orang kenal aku sebagai penulis novel sebab aku pun masih baru memegang gelaran tu. Lagipun, novel aku pun belum tentu lagi macam mana sambutannya. Justeru, aku lebih suka berahsia mengenai identiti aku. Biarlah orang kenal nama dan karya aku tapi bukan siapa aku.