Jemput LIKE page ini :))

Pengerah Jemari

Tentang Aku

Foto saya
Suka menulis, dengar lagu, baca novel dan berangan.

Rabu, 31 Mac 2010

Mencari Mood

Walaupun pesta buku dah tiga hari berlalu tapi aku masih rasa mengantuk kat ofis. Baca manuskrip aje, mata asyik nak katup. Macam mana nak buat manuskrip buku kedua? Huhu... Mujur manuskripnya dah siap. Cuma tinggal nak rombak aje sebab aku tak puas hati dengan jalan ceritanya.

Buku kedua ni juga aku ambil dari cerita kat blog Taipan Jemari Ilmar Imia. Cerita banyak tapi aku tak ada mood nak menulis. Jadi, aku sekarang tengah tunggu mood datang untuk suntik idea baru dalam cerita tu. Harap-harapnya cerita ni lagi baik daripada 'Budak SMART'.

Nak tahu cerita mana yang aku pilih? Tunggu! :)

Selasa, 23 Mac 2010

Demonstrasi Grafiti Sempena Pra Pelancaran 'Budak SMART'

Sepanjang pesta buku berlangsung, aku sempat singgah di kedua-dua booth Bookstation iaitu A18-23 (Hall 2) dan C04-04 (Legar Putra). Macam-macam reaksi dan gelagat pengunjung yang aku tengok tatkala memperkenalkan novel sulung aku bersama One Nusantara yakni 'Budak SMART'.

Pertama sekali, diorang akan tengok cover. Ya, cover memainkan peranan utama dalam menarik minat pembaca yang merangkap pembeli selain blurb. Pada mulanya, diorang ingatkan novel kitorang tu komik tapi sebenarnya novel. Ada yang kata cover 'Budak SMART' kurang menarik tapi blurbnya menarik. Ada juga yang membeli novel 'Budak SMART' sebab tulisan grafiti yang terdapat pada tajuk kulit depan. Kebanyakannya lelakilah.

Sebenarnya, idea ni tercetus daripada seorang teman yang bergiat aktif dalam lukisan kartun. Bila aku fikir-fikir, idea tu menarik juga dan lain sikit daripada biasa. Nasib baik bos luluskan. Mula-mula aku mintak adik aku buatkan tapi sepatah pun aku tak dapat baca. Akhirnya, dia mintak kawan dia yang buat. Jadi, inilah hasilnya.

Justeru, bagi menghargai jasa dan kreativitinya, aku ajak dia buat demonstrasi grafiti sempena pra pelancaran novel 'Budak SMART' pada 26 Mac, hari Jumaat, pukul 11.30 pagi, bertempat di booth Bookstation, A18-23 (Hall 2). Bagi yang berminat, bolehlah datang tengok ya. Tak kena bayar pun...ahak...

Khamis, 18 Mac 2010

Cinta Bola Sepak

Rasanya dah lama aku tak baca novel Indonesia. Kali terakhir, masa aku kat tahun akhir kat UiTM. Itu pun sebab aku buat thesis pasal adaptasi novel ke filem dan aku pilih 'Dealova' sebagai bahan kajian memandangkan kat Malaysia dah lama tak ada adaptasi sebegitu.

Nak dijadikan cerita, kebetulan kakak aku ikut rombongan tempat kerja dia ke Jakarta. Jadi, alang-alang tu aku pun kirimlah novel tu. Tup, tup, banyak pula novel Indonesia yang dia borong. Antaranya 'Playboy Karena Kamu' dan 'Kamulah Satu-satunya'.

Dan semalam aku pinjam novel ni daripada syarikat tempat aku bekerja. Baru saja baca sampai bab 3. Malam ni nak sambung!


Canadian Kautsar (Cadie), cewek paling cantik, paling populer, sekaligus paling menyebalkan di SMA Guardian. Namun, sepeninggal sang ayah, Cadie kehilangan segalanya, muali dari keluarga, kekayaan, teman, sampai pacar. Di saat seperti itulah, mereka yang dulu hanya bisa membencinya diam-diam kini mencuat ke permukaan. Bukan Cadie namanya kalau menyerah semudah itu pada keadaan. pembuktian itu dilakukan saat dia mendapat kesempatan menjadi asisten pelatih The Whites (tim sepak bola kebanggaan sekolah).

Kok bisa? ya iyalah! Cadie gitu loch... tapi apa yang terjadi? Anak-anak The Whites menolaknya. Di bawah komando Ryan (defender tim yang miinta ampun sangarnya) & atas seizin Ilan, kapten tim tersebut, Cadie habis-habisan dikerjain. Berhasilkah Cadie mengatasi yan CS, sekaligus enata hatinya yang kian hancur karena pacarnya, Denny, mengencani teman baiknya sendiri? Mau lihat cerita seru Cadie selanjutnya? Yuk, kita 'nonton' rame-rame Soccer Love.


Kalau 'Dealova' cerita pasal cewek yang minat bola keranjang, cerita ni pula pasal cewek dengan bola sepak. Mujur aku banyak tengok drama Indonesia dulu, jadi tak adalah susah sangat nak faham :)

Isnin, 8 Mac 2010

2 Nama, 1 Wajah

Tak tahu sama ada kebetulan ataupun aku yang bernasib baik, kedua-dua booth yang menerbitkan novel aku berada berdekatan untuk Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, 19-28 Mac kat PWTC. Jadi, senanglah aku nak berlari-lari. Eh, buat apa nak lari? Kata dekat. Jalan ajelah...hehe...


Bagi yang ingin membeli novel 'Budak SMART', anda boleh berbuat demikian di booth C04-05 (Legar Putra) dan A18-23 (Dewan 2) manakala bagi yang ingin mendapatkan novel 'My Honey, Hani', boleh singgah di booth C06-10 (Dewan 2). C11 booth PTS ya. Mungkin novel 'Remaja@PTS One 2009' tak dijual masa tu...hehe...


Insya-Allah aku akan berada di kedua-dua booth pada tarikh yang telah ditetapkan oleh kedua-dua penerbit. Sesi autograf 'Budak SMART' akan diadakan pada 26 Mac manakala sesi autograf 'My Honey Hani' pada 28 Mac.

Jadi, kita jumpa di sana ya!