Jemput LIKE page ini :))

Pengerah Jemari

Tentang Aku

Foto saya
Suka menulis, dengar lagu, baca novel dan berangan.

Selasa, 27 April 2010

Hujan fm

Lepak balik dari ofis semalam, sambung mengadap laptop untuk manuskrip kedua. Tinggal dua bab saja lagi. Bila tak ada idea untuk bab 9, so buat bab 10 dulu. Tapi penyakit malas semakin menguasai diri. Akhirnya, aku berbaring di katil sambil bertemankan lagu-lagu yang berkumandang di radio Era. Dina cutilah pulak dan diganti dengan Fia.

Bila pukul 10, rasa lagu-lagu tu dah mula bosan. So, aku tukar siaran X fm pulak. Lagu Hujan tengah ke udara. Layanlah. Lepas tu, lagu Hujan lagi. Lepas tu, lepas tu pun lagu Hujan. Rupa-rupanya radio tu tengah siarkan konsert Hujan. Oho, bagus betul layan Hujan tengah tak ada idea ni. Untung-untung boleh tarik mood untuk sambung buat manuskrip ke-2 memandangkan manuskrip kali ni ada kena-mengena dengan Hujan...hehe...

Dah lama tak dengar cerita pasal Hujan tapi apa yang aku tahu band dia orang masih bertahan dalam industri. Biar apa pun orang kata, aku tetap sokong Hujan dari mula-mula dia orang muncul dulu dengan lagu 'Ludah Amerika' kat my space dan sampai bila-bila. Bila dengar radio tu, mulalah nak mengimbas kenangan. Hehe...

Khamis, 22 April 2010

Jangan Kacau!

Bila deadline semakin dekat, masa itulah penyakit MALAS nak datang.

Bila cerita A yang patut disiapkan, masa itulah idea cerita B nak menerjah kepala otak.

Bila jadual tengah padat, masa itulah orang sibuk nak buat temu janji.

Haish!

Rabu, 14 April 2010

Always Be Smart

Di sini aku nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada semua yang telah membeli novel 'Budak SMART' pada pesta buku di PWTC yang lalu! Harap kau orang enjoy dengan cerita tu. Semua kritikan dan saranan akan aku jadikan panduan dalam novel yang akan datang. Trimas semua!


Dulu petikan gitar jemari itulah yang mengikat hatinya. Kini merdu suara itu pula yang merantai hatinya. Antara gitaris dan vokalis, siapakah yang lebih memikat?


Komen yang diceduk dari chatbox

Budak SMART fan: Kak, saya sudah beli novel Budak SMART dan ceritanya terbaikkkkk! Haha, 5/5! Kalau ada sambungan update cepat blog ni,tau tau,haha.

secret: salam, saya baru aje habis baca novel Budak SMART. Bestlah. Nanti ada sambungannya lagi ke tak ya?? Apa-apa pun aku akan tunggu keluaran tu...nanti bagi tahu ya bila dah keluar. Tak sabar nak tahu tentang Laily dengan Riz.

Amin - sg buloh: Saya suka novel ni Budak SMART...sangat menarik.. dan saya suka yg bentuk graffiti tu kat kulit depan tu..huhu.. Lain kali kalau akak buat novel lagi buat novel pasal seorang pelukis graffiti..huhu

Irfan teksha: Cerita ni saya baru habis baca. Best jugak cerita ni. Member pun puji sama. Ni betul-betul, bukan main-main.

Farah: Akak il.mia... saya baru beli buku akak waktu pwtc hari tu. Saya belum sempat baca lagi... tapi saya baca sinopsis pun dah tau cerita tu bestlah =D

Syafiqah: Akak! Novel Budak SMART memang best! Saya siap dapat tandatangan akak lagi. (Thanks Iqa sebab sudi promote novel ni kat blog Iqa).

lonelykidz: Buku ni tak ada sambungan ke? Heheh!... Suka argh buku ni, best!


*Buat masa ni, novel 'Budak SMART' cuma dapat dibeli eksklusif di Bookstation sahaja. Pasal sambungan 'Budak SMART', insyaAllah sedang diusahakan tapi bukan dalam tahun ni ya. Sekarang aku sedang mengusahakan sebuah novel remaja lagi :)

Jumaat, 9 April 2010

'My Honey, Hani' dalam Berita Harian

Belum pun sempat aku labuhkan punggung kat ofis, pagi-pagi lagi aku dah dapat kiriman SMS daripada kawan aku, Ecah yang bertulis 'Mi masuk paper. Wa... Congrates'. Nasib tak tersembur air yang aku minum. Nak kata terkejut sangat, tak adalah sebab memang KarnaDya dah bagi tahu hari tu tapi yang buat aku terkejut, cepatnya! Baru aje hari Selasa hari tu aku hantar butir-butir peribadi pada penerbit. Tup, tup, tak sampai seminggu, dah keluar berita...hehe...

Dan kebiasaannya, orang-orang yang akan aku kongsikan berita baik ni ialah abah, si dia dan beberapa orang teman rapat. Walaupun dulu abah tak berapa nak sokong minat aku nan satu ni tapi sejak akhir-akhir ni, aku dapat rasakan yang abah dah mula terima minat aku ni malah sedia memberikan galakan dan suntikan semangat. Terima kasih, bah! Mak juga! Bukan aku melebihkan abah daripada mak tapi sebab abah pakai Celcom, mak pakai Digi. Jadi, adalah lebih jimat kalau aku contact abah :)

Terima kasih juga kepada KarnaDya yang giat mempromosikan novel sulung aku ni, Berita Harian, keluarga aku di Kuantan, kawan-kawan di merata tempat dan pembaca setia setiap karya taipan jemari Ilmar Imia. Chewah... macam menang anugerahlah pula...hehe... Okey, kena kerja kuat lagi! Gambatte kudasai!

Khamis, 8 April 2010

Manuskrip Oh! Manuskrip

Sekarang ni aku tengah bertungkus-lumus menyudahkan manuskrip kedua bersama Astana Novella tapi bukan sambungan Budak SMART ya! Sambungannya baru siap dua bab...huhu... Jadi, kemungkinan besar sambungannya takkan terbit dalam tahun ni. Apa-apa pun, novel kedua ni tetap berkisahkan kehidupan pelajar sekolah menengah dan kali ni watak utamanya adalah seorang awek :)

Lepas cerita ni dah siap nanti, bolehlah aku fokus pada novel Fathi Ramli pula. Yalah, takkan satu novel aje kan? Mestilah ada yang kedua, ketiga, keempat dan seterusnya. Tapi cerita ni pun aku stuck tengah jalan sebab tak tahu macam mana nak temukan si hero dengan si heroin...hehe...

Dalam pada tu pula, baru aku teringat yang aku ada 'terhutang' satu manuskrip dengan sebuah syarikat penerbitan. Proposal dah approve tapi manuskrip penuh masih tertangguh. Alang-alang dah mula, kenalah habiskan kan? Okey, tak boleh malas-malas lagi! Macam nilah gayanya bila buat kerja tak ikut deadline. Lepas tu, sibuk baca novel orang lain aje...hehe...