Jemput LIKE page ini :))

Pengerah Jemari

Tentang Aku

Foto saya
Suka menulis, dengar lagu, baca novel dan berangan.

Jumaat, 27 Mei 2011

PR di The Mines

Kepada sesiapa yang tinggal berdekatan dengan Serdang dan Kajang, anda semua dijemput berkunjung ke The Mines sempena Read Malaysia 2011 yang berlangsung pada hari ini hingga 05 Jun nanti.




Novel-novel terbitan One Nusantara termasuk "Pemuja Rahsia" turut ada dijual di sana. Berbagai-bagai tawaran istimewa dan promosi menanti anda!

Ahad, 22 Mei 2011

Puteri Karla

Orang dah kata, jangan baca! Dibaca juga, kan dah tak boleh berhenti!


Si penulis ini memang pandai sungguh buat aku tak nak berenggang dengan novel ini.


*Teringat kat cerita "The Cave of the Golden Rose"

Sabtu, 14 Mei 2011

Bukan Alasan

Selepas menghantar manuskrip "Belum Ada Jodoh" kepada penerbit, saya terus fokus pada manuskrip seterusnya iaitu "Kugiran SMART".

Namun, ketika saya sedang menulis manuskrip "Kugiran SMART", pihak penerbit meminta agar muka surat manuskrip "Belum Ada Jodoh" ditambah.

Ketika saya bersemangat mahu menambah muka surat manuskrip "Belum Ada Jodoh", penerbit novel "Budak SMART" pula mahukan novel itu dipruf read untuk cetakan kedua.

Ayo... jadual manuskrip untuk tahun ini sudah tersasar! Nampak gayanya, tahun ini tak dapatlah keluar tiga novel seperti tahun lepas. Huhu...

Jumaat, 6 Mei 2011

PR di Kinokuniya, KLCC

Pada hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 Ahad lalu aku memang sudah demam, namun aku tetap gagahkan diri semata-mata demi tugas dan tanggungjawab. Mujur Isnin cuti, jadi dapatlah berehat. Namun begitu, demam aku masih juga belum sembuh walau sudah dua botol minuman 100 plus aku telan. Al-maklumlah aku memang tidak suka makan ubat. Hehehe.

Apapun, terima kasih aku ucapkan kepada yang sudi membeli novel "Budak SMART" dan "Pemuja Rahsia" di booth One Nusantara. Tidak lupa juga novel "My Honey, Hani" di booth KarnaDya. Kebanyakan masa aku berada di booth ON, jadi aku kurang pasti suasana di booth KD bagaimana.

Dan kepada anda yang tidak berkesempatan datang ke pesta buku yang lalu, anda juga boleh membeli novel "Pemuja Rahsia" di kedai buku Kinokuniya, KLCC! =)




Manakala novel "Budak SMART" pula dikhabarkan akan memasuki cetakan kedua dalam waktu terdekat.

Terima kasih atas sokongan anda!

Doakan saya cepat sembuh dan dapat menulis kembali seperti biasa.