Jemput LIKE page ini :))

Pengerah Jemari

Tentang Aku

Foto saya
Suka menulis, dengar lagu, baca novel dan berangan.

Khamis, 30 Jun 2011

Dapatkan PR di Kedai-kedai Buku

Sukacitanya dimaklumkan bahawa novel "Pemuja Rahsia" dan novel-novel One Nusantara sudah berada di kedai buku MPH seluruh Malaysia!


Kinokuniya, KLCC
(gambar oleh Poyo)


MPH SACC Mall, Shah Alam
(gambar oleh Poyo)


MPH One Utama, Damansara
(gambar oleh Bookstation)


MPH Jusco, Maluri
(gambar oleh Bookstation)


MPH Subang Parade, Subang Jaya
(gambar oleh Bookstation)


Jadi, kepada sesiapa yang tidak berkesempatan untuk pergi ke pesta buku, bolehlah jenguk novel-novel One Nusantara di kedai-kedai buku berhampiran dengan tempat anda ya.

Rabu, 22 Jun 2011

Pelangi

(gambar diambil dari Google image)


"Tuhan turunkan hujan dulu sebab Dia nak bagi kita pelangi."

Alhamdulillah, selepas 'kenangan pahit' itu, satu demi satu perkara baik menyusul dalam kerjaya penulisan aku.

Ketiga-tiga novel aku bermula dengan 'kesusahan'. Namun alhamdulillah, kini ketiga-tiganya mencatat kenangan manis tersendiri sekali gus diharap dapat memadamkan kenangan pahit itu.

Dan aku semakin bersemangat untuk meneruskannya...


Waktu hujan turun
Di sudut gelap mataku
Begitu derasnya...
'Kan ku coba bertahan

~Hujan Turun (Sheila on 7)~

Sabtu, 18 Jun 2011

Tahu Rasa Cinta

Tengok cover, macam tak menarik.

Tengok tajuk, macam cerita jiwang.

Tengok blurb di belakang, tak jiwang sangat dan macam menarik.

Tengok duit dalam dompet dulu.

Okey, beli sahajalah! Sekurang-kurangnya ada juga benda yang nak dibaca sementara menunggu abang dan kakak aku yang entah pukul berapa akan muncul.




Jika mahukan hero yang bukan anak orang kaya, tak hensem, selekeh, otak gila-gila dan selamba, maka inilah novel yang perlu kau orang baca!

Isnin, 13 Jun 2011

Budak SMART "Baru"


Ini bukan novel baru tetapi ini adalah cover baru untuk novel "Budak SMART" edisi ulang cetak =)

Novel ini sedang dicetak dan akan menemui pembaca pada Pesta Buku Selangor yang akan diadakan pada 24 Jun hingga 3 Julai nanti di SACC, Shah Alam.

Dan buat pengetahuan anda, novel ini juga akan menyusul novel-novel One Nusantara yang lain di kedai buku Kinokuniya, KLCC dan kedai buku MPH di seluruh Malaysia.

Rabu, 8 Jun 2011

Aizam Aiman

Sibuk? Hmm... sepanjang aku hidup di muka bumi ini, rasanya belum pernah lagi aku merasai kesibukan yang mana hendak buka Facebook pun tidak sempat. Sekurang-kurangnya, aku masih sempat log in dan mengemas kini apa yang patut. Haha.

Sebab itulah aku masih sempat membaca dua karya Aizam Aiman, salah seorang penulis kegemaran aku walaupun ketika ini aku sedang berperang dengan deadline untuk sebuah manuskrip. Hehe.






Hendak dijadikan cerita, kedua-dua novel Aizam Aiman ini terbit pada jarak masa yang sangat dekat. Maka, tanpa teragak-agak juga aku membeli kedua-duanya sekali apabila terlihat nama Aizam Aiman sampaikan cashier di pesta buku The Mines yang lepas juga pernah bertanya, "Pengikut novel Aizam Aiman ya?" Dan aku cuma tersenyum =)

Aku mula mengikuti novel karya Aizam Aiman selepas membaca novel keduanya iaitu "My Hero". Selepas itu, aku terus setia mengikuti perkembangannya. Dan tanpa aku sangka, rupa-rupanya beliau merupakan orang yang aku kenal. Haha.

Jumaat, 3 Jun 2011

Terima Kasih

Alhamdulillah. Baru sahaja mendapat khabar gembira daripada KarnaDya. Terima kasih, KD.

Juga kepada semua pembaca dan pembeli novel "My Honey, Hani". Mudah-mudahan 'pelaburan' anda berbaloi.

Ya, saya sedang berusaha menyiapkan manuskrip kedualah ni. Sedang menambah muka surat seperti yang diminta oleh penerbit. Tinggal kurang 2000 patah perkataan lagi. Harap-harap dapat siap dalam bulan ini juga.

Doakan saya ya.