Jemput LIKE page ini :))

Pengerah Jemari

Tentang Aku

Foto saya
Suka menulis, dengar lagu, baca novel dan berangan.

Selasa, 23 Ogos 2011

Ada rupa kad raya tak?

Hari raya semakin hampir, tetapi kerja masih tak habis-habis. Apa-apa pun, selamat hari raya kepada semua umat Islam di seluruh dunia terutamanya pembaca novel Ilmar Imia dan Fathi Ramli.

Terima kasih atas sokongan kalian. Sebagai hadiah, terimalah kad raya yang tidak seberapa ini. Hehehe.




Semoga semuanya selamat pulang ke kampung masing-masing dan selamat kembali. Maaf zahir batin.

Isnin, 22 Ogos 2011

Menangi Komik Eksklusif

Adakah anda warganegara Malaysia?

Sudah like page Kecemprengman di Facebook?

Juga memiliki komik Kecemprengman?

Dan suka bergambar?

Jika anda memenuhi keempat-empat syarat di atas, maka anda berpeluang memenangi senakhah komik raya terbaru terbitan Komik M, iaitu "Misi Menyelamatkan Puan Ainon"!




Bagaimanakah caranya?

Mudah saja! Cuma ambil gambar bersama komik Kecemprengman #1 atau #2 dengan berbaju raya dan dalam suasana raya sekreatif yang mungkin. Kemudian, postkan gambar tersebut pada wall page Kecemprengman.

LIMA gambar yang paling kreatif akan menerima komik MMPA ini sebagai "duit raya".

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 8 SEPTEMBER 2011.


*Saya sudah baca komik ini. Best!

Ahad, 21 Ogos 2011

Budak SMART di MPH, SACC Mall

Sewaktu orang lain dok sibuk beli baju raya, aku pula masih dok sibuk beli novel. Jika aku sedang gila membeli novel, itu tandanya semangat aku sedang jatuh dan aku memerlukan novel bagi meningkatkan kembali semangat menulis.

Semalam aku sempat meninjau novel "Pemuja Rahsia" dan "Budak SMART" di kedai buku MPH, SACC Mall, Shah Alam alang-alang sudah sampai di sana untuk menyelesaikan urusan peribadi.

Kali terakhir aku ke sana, novel "Pemuja Rahsia" ada 10 buah. Namun semalam, cuma ada 5 buah. Novel "Budak SMART" pula ada 6 buah di rak yang lain. Jadi, maknanya novel "Budak SMART" juga sudah berada di kedai-kedai buku.


Tinggal enam buah saja lagi.


Terima kasih kepada pembaca yang membeli kedua-dua novel ini. Harap anda terhibur membacanya. Sebarang komen atau pendapat, layangkan saja di Facebook Ilmar Imia :)

Ahad, 14 Ogos 2011

Rumah Kecil Kami

Buat sesiapa yang pernah membaca e-novel "AsyrAfia" atau "Belum Ada Jodoh", kini saya tampilkan kembali cerita ini di blog bersama rakan-rakan penulis yang lain yakni Rumah Kecil Kami.




Namun begitu, judulnya sudah ditukar menjadi "Menanti Seru". Manuskrip ini sudah siap ditulis dan saya masih sedang mencari penerbit yang sesuai. Mudah-mudahan menemui 'jodoh'nya dalam masa terdekat.

Terima kasih kepada anda yang mengikuti cerita ini dari awal. InsyaAllah, jika ada rezeki, saya juga mahu melihat manuskrip ini dalam bentuk novel.

Sabtu, 6 Ogos 2011

Ah, ketemu ni!

Wah, puas cari video ini! Gara-gara laptop rosak hari itu, video ini tidak dapat diselamatkan. Namun akhirnya, jumpa juga video ini di Facebook Bookstation. Mujur masih ada. Hehehe.





Video ini merupakan video pelancaran novel "Budak SMART" sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 di PWTC dahulu.

Ya, video ini aku buat sendiri dengan menggunakan Adobe Photoshop dan Sony Vegas. Aku pilih lagu "Muda" daripada Hujan kerana lagu ini sesuai dengan jalan cerita novel "Budak SMART". Tapi tak sangka pula lagu ini sudah popular sekarang :)