Jemput LIKE page ini :))

Pengerah Jemari

Tentang Aku

Foto saya
Suka menulis, dengar lagu, baca novel dan berangan.

Selasa, 27 Mac 2012

Pesta Buku UKM 27-30 Mac



Kepada anda yang tinggal di sekitar Bangi, jangan lupa berkunjung ke Pesta Buku UKM yang sedang berlangsung bermula pada hari ini, 27 Mac hingga 30 Mac nanti. Pesta buku tersebut diadakan di Dataran Canselori pada pukul 8.30 pagi hingga 5.00 petang.

Novel "Budak SMART" dan "Pemuja Rahsia" turut dijual di sana selain buku antologi cerpen "Tentang Cinta" dan buku "Tulis Novel" oleh Maria Kajiwa. Dapatkan buku-buku ini di booth Universiti Malaysia Pahang (UMP) ya.


Gambar oleh Aurora Suria.


Oh ya, buat pengetahuan anda juga, buku antologi cerpen "Tentang Cinta" sudah masuk cetakan baharu. Jika anda ingin membeli secara online, e-melkan pesanan anda kepada Aurora Suria menerusi e-mel aurorabookstore2@gmail.com. Terima kasih atas sokongan anda!

Ahad, 25 Mac 2012

Lawak Budak Sekolah oleh Poyo


Pelukis paling kelakar di planet ini kembali beraksi. Sebaik sahaja anda mengambil keputusan mahu membeli komik ini, bersedialah menerima virus ketawa tanpa henti-henti.


Baru saja selesai membaca komik ini. Cerita ini sangat kena dengan tajuknya kerana dari muka surat 5 hingga muka surat 101, asyik buat aku tersenyum saja (Oh, setiap orang ada cara tersendiri untuk menunjukkan perasaan geli hati yang menjentik diri dan aku pula cukup dengan hanya tersenyum. Ahaks). Apa pun, komik ini memang kelakar. Tak rugi beli. Eh? Beli? Kau orang kenalah beli :p

Selasa, 13 Mac 2012

"Menanti Seru" dalam Penulisan2U

Klik di SINI untuk baca.


Aku mula hantar karya kat blog Penulisan2u pada tahun 2008. Kemudian, bila dah ada blog sendiri, aku dah jarang hantar karya kat blog ni. Tapi entah macam mana hari tu tergerak hati nak hantar karya kat blog ni semula.

Dan semalam ada rakan penulis beritahu karya aku yang bertajuk "Menanti Seru" dah disiarkan kat blog tu. Aku pun dah lupa sebenarnya. Hehe~ Jadi, jemputlah baca dan komen ya.