Jemput LIKE page ini :))

Pengerah Jemari

Tentang Aku

Foto saya
Suka menulis, dengar lagu, baca novel dan berangan.

Isnin, 23 April 2012

Jom kita jumpa!

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 semakin menghampiri! Tandakan tarikh 29 April pada kalender anda ya :)




Apa? Novel baru? Kemungkinan besar selepas pesta buku nanti ya.

Jumaat, 6 April 2012

Cerpen "Pilihan Hati" dalam MW 6-12 April

Alhamdulillah, setelah beberapa buah cerpen yang saya hantar sejak pertengahan tahun lepas, akhirnya salah sebuah cerpen saya tersiar juga dalam majalah Mingguan Wanita untuk keluaran 6-12 April 2012. Penghias muka hadapannya ialah Irma Hasmie.






Pada mulanya, saya sudah berputus asa memandangkan setiap kali saya beli majalah ini, bukan cerpen saya yang tersiar. Jadi, sewaktu menghantar cerpen ini pada bulan Februari yang lalu, saya juga tidak menaruh harapan yang tinggi. Malah, saya sendiri sebenarnya sudah terlupa pasal cerpen ini.

Mujurlah petang tadi, seorang teman saya iaitu Ridh memberitahu yang cerpen saya tersiar dalam MW keluaran minggu ini. Sungguh, saya seperti tidak percaya sehinggalah saya membeli majalah ini dan melihat sendiri. Tanpa sedar, saya tersenyum meleret hingga sampai ke rumah. Hehe~

Khamis, 5 April 2012

Sekadar nak beritahu



Saya sedang mengubah dan membaiki sebuah manuskrip cinta supaya menjadi yang lebih baik dan lebih panjang. Jadi, blog e-novel saya mungkin akan sunyi sepi buat sementara waktu. Kalau ada apa-apa, boleh hubungi saya di Facebook ya :)