Jemput LIKE page ini :))

Pengerah Jemari

Tentang Aku

Foto saya
Suka menulis, dengar lagu, baca novel dan berangan.

Isnin, 30 Jun 2014

Kuih Raya Mokmi

Berminggu-minggu yang lalu, ada seorang kawan ofis saya meminta saya buatkan kek batik untuknya. Kemudian, saya teringat pula seorang kawan ofis saya yang lain ada meminta saya buatkan kuih sagu. Kalau saya buatkan untuk orang ni aje, nanti yang seorang lagi tu akan terasa pula. Maka, saya cuba juga penuhi kedua-dua permintaan.

Memandangkan ofis saya akan menganjurkan sedikit jamuan sempena menyambut ketibaan Ramadan, jadi saya bercadang nak bawa kuih sagu pada hari tersebut memandangkan macam ramai aje yang akan bawa kek. Sehari sebelumnya saya bawa kek batik untuk kawan saya yang 'mengidam' ni. Selain kek batik, saya juga bawa kuih raya yang pertama kali saya buat iaitu Cornflakes Coklat. Sebelum ni saya pernah bawa juga tapi guna coklat jenama lain.

Nak dijadikan cerita, kawan saya yang 'mengidam' kek batik ni menjadi PR tak berbayar saya dengan mempromosikan kuih raya dan kek batik saya kepada kawan-kawan ofis yang lain. Tup, tup, datang seorang kakak ni dari jabatan lain. Dia rasa kuih saya dan beritahu nak order tiga balang untuk anak-anaknya. Saya rasa macam... err... biar betul? Senang aje kut nak buat kuih tu. Sesiapa pun boleh buat rasanya. Kata kawan saya tu, memanglah semua orang boleh buat tapi tak semua orang ada masa nak buat. Dia kata lagi, inilah masanya untuk saya cari pendapatan lebih.

Tapi saya masih teragak-agak sebab saya dah buat jadual untuk menulis sepanjang bulan ni. Mana ada masa nak buat kuih untuk orang. Untuk diri sendiri pun masih terkial-kial nak belajar.

Saya masih tak percaya sebenarnya, ada juga orang nak order kuih saya yang simple tu.

Sekali lagi saya tanya kakak tu. Betul ke nak order kuih dengan saya. Kakak tu kata betullah dan macam tak kisah berapa pun harganya.

Okey, dan saya pun mula memikirkan nama untuk bisnes saya ni.

Nak letak Biskut A (A untuk nama saya, Aimi atau boleh juga A untuk kualiti yang terbaik).

Atau Biskut Mak Mi (panggilan anak-anak saudara saya kepada saya).

Atau mungkin Kuih Raya Mokmi :)


Bawa balik kampung sekejap aje dah habis!
 
 
Oh ya, selamat menjalani ibadah puasa buat semua! Saya belum berkesempatan singgah ke bazar. Dua hari ini masih gagahkan diri untuk memasak. Hehe~

Rabu, 18 Jun 2014

Kuih Raya Saya yang Pertama

Puasa pun belum tapi saya dah gigih cari resepi kuih raya dalam Internet. Hehe~ Dan rupa-rupanya ada kuih yang senang nak dibuat. Cuma perlukan Cornflakes dan coklat masakan!

Begitu senang?



TAMBAH



Cairkan coklat masakan, kemudian gaulkan dengan Cornflakes sampai sebati. Bila dah sebati, masukkan ke dalam cawan kertas dengan sudu kecik. Kalau nak menarik, letakkan gula manik yang warna-warni tu. Ada juga yang letak badam. Terpulang pada cita rasa masing-masing.

Dan inilah hasilnya...


Cornflakes Coklat


Kalau tahu ada resepi yang senang macam ni, dah lama saya buat. Ahak~ Selama 29 tahun hidup, inilah kali pertama saya buat kuih raya sendiri. Sebelum ni cuma tolong-tolong mak aje. Entah kenapa tiba-tiba rasa nak buat kuih raya sendiri tahun ni.

Mungkin sebab selalu beli kuih tapi rasanya tak seberapa. Tambahan pula, tahun ni adalah tahun kedua saya akan menyambut hari raya sebagai isteri orang. Jadi, sampai bila nak beli 'kuih tunjuk' aje, kan?

Lepas ni nak buat kuih Coklat Crispy Badam pulak. Sama aje, cuma perlukan coklat masakan, badam dan crispy. Alah, kita buat yang senang-senang aje dulu. Nanti bila dah pro, baru buat kuih yang susah sikit. Hee~

Selasa, 17 Jun 2014

Masih Ada yang Lebih Susah



Setiap pagi terpaksa bangun awal untuk kejar komuter nak pergi kerja kat Bangsar. Balik pulak bila langit dah gelap. Sedar tak sedar, dah setahun lebih menjalani rutin begini. Entah kenapa pagi ni rasa macam penat sangat. Rasa fed up dan malas nak pergi kerja. Rasa nak cari kerja lain yang lebih dekat dengan rumah. Pendek kata, kerja yang tak perlu berhabis hampir dua jam pergi dan balik naik KTM, LRT atau Star.

Kalau kerja dekat, mesti tak perlu susah payah bangun awal. Balik pun langit masih cerah. Maka, banyak kerja lain yang dapat dilakukan kat rumah. Misalnya, memasak untuk suami yang baru pulang dari pejabat. Malamnya pula boleh berehat-rehat atau menonton TV dengan suami atau menulis dengan senang hati.

Tapi nak buat macam mana, belum ada rezeki nak kerja kat Shah Alam walaupun dah banyak hantar resume. Pernah juga dipanggil temu duga tapi jawatan tu pula macam tak sesuai untuk orang yang dah kahwin macam saya walaupun jawatan tu pernah juga saya angan-angankan. Maka, terpaksalah dilupakan.

Salah satu sebab saya rasa malas ialah sebab penat menunggu. Walaupun kadang-kadang rasa macam dah keluar rumah awal tapi ada kalanya tren pula buat hal. Delay atau lambat tiba di stesen pada waktu yang sepatutnya. Lepas tu bila balik terpaksa berkejar-kejar. Kalau lambat, alamatnya terpaksalah menunggu 20 hingga 30 minit lagi. Pulak tu, kena berebut-rebut dan bersesak-sesak dengan orang ramai. Stres!
 
Dalam saya dok berkira-kira nak berhenti kerja tu, tiba-tiba saya ternampak seorang pemuda buta kemas berkemeja berjalan ke arah platform. Pemandangan ini bukan lagi asing. Setiap hari memang akan ada pemuda buta yang berjalan hanya berbekalkan sebatang tongkat. Tapi saya tak pasti orang yang sama atau orang lain-lain. Yang pastinya, mereka turut berkemeja seperti pemuda lain yang mahu ke pejabat. Kadang-kadang saya terfikir juga macam mana mereka menjalani rutin seharian mereka tanpa pancaindera melihat. Teringin juga nak tahu mereka kerja apa. Nampak macam kerja pejabat aje.

Pada waktu itu, barulah terdetik dalam hati, "Cuba tengok orang yang kurang bernasib baik, sedangkan mereka lagi 'kuat' daripada orang yang sempurna pancaindera. Sudah, jangan merungut! Banyak lagi orang yang tak ada kerja. Bersyukurlah..."

Saya insaf! T____T

Sabtu, 14 Jun 2014

Cerah, Langsing dan Cergas

Assalamualaikum!

Beberapa hari ini saya banyak buat kajian tetap produk-produk kesihatan + kecantikan. Tiba-tiba rasa nak cuba bila baca blog seorang blogger ini. Kalau dulu kawan-kawan ofis sibuk dengan Harum Malam (selalu nak tersebut Harum Manis), saya macam tak berminat.
 
Tapi bila semua baju dah tak muat (walaupun belum pernah beranak), mulalah rasa stres! Daripada saiz S bertukar ke saiz M dan sekarang pula saiz M pun rasa macam ngam-ngam aje. Tak boleh jadi ni! Kena buat sesuatu. Jadi, saya pun mulakan kajian produk yang harus saya ambil.
 
 
Harum Malam
 
Berdasarkan komen kawan-kawan ofis yang menggunakan produk ini, macam-macam kesan bergantung pada setiap individu. Ada yang rasa lebih bertenaga dan kurang letih, ada pula yang rasa badan gatal-gatal. Jadi, kesannya tidak sama untuk setiap individu. Tapi senang nak ambil, cuma makan satu sudu pagi dan satu sudu malam. Tapi entah kenapa saya tak berani nak cuba produk ni.
 
 
Perla Chocolate Milk
 
Muka saya pada asalnya tak adalah segelap sekarang tapi sebab masa sekolah dulu suka berjemur, maka inilah kesannya. Kalau satu badan yang gelap tak apa, ini muka aje gelap tapi tangan dan kaki cerah. Huhu~ Jadi, mulalah berangan nak cerah balik. Tengok produk ni, minum 1-2 minggu kulit akan jadi putih, gebu dan berseri. Cepatnya! Takutlah pula. Lagipun saya tak naklah cerah sangat, cuma nak samakan muka dengan badan aje. Cara pengambilan hanya sekali sehari.
 
 
Perl Xlim
 
Memandangkan badan saya sekarang sudah menghampiri saiz L setelah hampir 2 tahun berkahwin, mula terfikir nak kuruskan badan balik. Bak kata seorang kawan, "Jangan besarkan baju tapi kecikkan badan!" Produk ini dicadangkan untuk mereka yang ingin langsing. Ada perisa kopi dan coklat. Cara pengambilan dua kali sehari. Tapi saya nak langsing dan cerah. Okey, tengok produk lain dulu.
 
 
Ephyra
 
Lepas sembang-sembang dengan seorang kawan ofis, dia kata nak cuba produk ni. Macam okey aje katanya. Jadi, kami bercadang nak beli hujung bulan ni lepas dapat gaji. Tapi ada pula kawan di ofis mencadangkan InnerShine pula.
 
 
Inner Shine
 
Wah! Bertambah susah nak buat pilihan. Kemudian, kawan lain pula cakap pasal Blinq. Katanya, seorang kawan ofis kami juga mengambil produk ini dan nampak perubahannya. Kulit jadi cerah, badan jadi langsing dan nampak cergas bertenaga!
 
 
Blinq
 
Produk ni pun nampak macam okey dan sesuai diamalkan pada bulan Ramadan yang akan datang sebab ia akan mengekalkan tenaga kita sepanjang hari. .Jadi, saya pun cuba bertanya pada kawan yang pernah minum tu dan dia kata memang berkesan tapi dia dah lama berhenti minum sebab dia ambil produk lain pula. Kemudian, dia tanya saya, nak set untuk apa sama ada untuk subur, untuk kurus atau lain. Kemudian, dia cadangkan produk Shaklee ESP untuk kulit cerah, badan langsing dan kekal cergas.
 
Shaklee
 
Pesannya, kena pilih betul-betul sebab ini soal kesihatan kita untuk jangka panjang. Kalau kesan dalam sekelip mata pun tapi kalau memudaratkan diri kemudian hari, tak guna juga. Okey, saya pun dah makin pening. Tiba-tiba jadi rambang mata!

Rabu, 11 Jun 2014

MPH Cawangan NU Sentral Bakal DIbuka!

Salam, pembaca semua.

Korang tahu tak ada mall baru yang telah dibuka bersebelahan dengan KL Sentral? Agak besar juga. Khabarnya akan ada pawagam juga. Dan yang paling best sekali, kedai buku MPH juga akan dibuka di sana! Hmm, lepas ni hari-harilah lepak sana lepas waktu kerja. Hee~
 
Tapi hari tu MPH ada buat macam bookfair di ruang legar NU Sentral ni. Saya pun sempat juga jenguk-jenguk buku-buku di sana. Ingatkan nak beli stok novel Cinta Gantung tapi sayangnya cuma ada dua naskhah aje. Bila tanya staf MPH di situ, katanya itu aje stok yang ada. Huhu~
 

Ada satu naskhah aje lagi tapi itu pun dah dibuka plastiknya.
 
 
Ini pula di MPH cawangan Jusco, Bukit Raja, Klang.
 
Patutlah cari kat rak tak jumpa, rupa-rupanya dah diletakkan berdekatan dengan pintu masuk. Alhamdulillah, stok makin berkurangan. Maknanya, adalah orang yang beli. Hehe~
 
 
Menara CG di MPH cawangan SACC Mall, Shah Alam.
 
 
Waktu pergi MPH kat SACC Mall bulan lepas, terkejut berbaur tergamam bila tengok menara CG ni dari luar kedai. Macam tak percaya aje. Bukan calang-calang novel yang boleh dipamerkan macam ni. Harap-harap lakulah. Hehe~
 
Tapi bila saya datang balik minggu lepas, menara CG ni dah tak ada. Sedih~ Bila masuk dalam, oh, rupa-rupanya dah tinggal sikit. Mungkin dah tak cukup nak buat menara. (nak sedapkan hati sendiri) Hee~
 
Kepada yang sudah mendapatkan novel sulung saya bersama Penulisan2u ini, terima kasih banyak-banyak. Jangan lupa hantar komen kepada saya ya. Tak apa, komenlah apa-apa aje. Saya terima semua komen baik atau buruk.