Jemput LIKE page ini :))

Pengerah Jemari

Tentang Aku

Foto saya
Suka menulis, dengar lagu, baca novel dan berangan.

Rabu, 23 Oktober 2019

LBS #6 Diulang Cetak!

Wah! Baru sebulan di pasaran, sudah diulang cetak? Itulah berita yang disampaikan oleh CEO Komik M! Buku Lawak Budak Sekolah #6 merupakan salah satu daripada judul yang akan diulang cetak bulan ini.


Sumber daripada Komik M.


Apabila peminat karya Poyo (arwah) dan Froggypapa bergabung, maka meletoplah jualannya! Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada pelukisnya! Semoga terus gigih berkarya.



Komik M di MPH, NU Sentral.


Kepada pembaca yang belum mendapatkan LBS #6, boleh cari di kedai buku MPH seluruh negara. Sama-sama kita sokong industri komik tempatan!

Ahad, 13 Oktober 2019

Ada Apa Dengan Zoo?

Kalau nak diikutkan, masa praktikal dulu saya duduk dekat Taman Permata. Dekat sangat dah dengan Zoo Negara tapi tak terfikir pun nak pergi. Buat apa nak pergi zoo? Zoo tu kan tempat untuk budak-budak saja. Haha.

Tapi bila dah ada anak dan anak minta nak pergi zoo, kita layankan sajalah. Walaupun sebenarnya dah lama dah dia cakap nak pergi zoo tapi mama sibuk dengan kerja plus bajet tak berapa nak ada. Tapi bila dah berkali-kali dia tunjuk iklan kat TV sambil cakap nak tengok panda, singa, harimau.... tak sampai hati pula kalau tak tunaikan. Kan ke mama cari duit untuk dia juga? 

Mulanya terfikir nak bawa dia pergi Farm in the City sebab kat sana boleh pegang haiwan dan bagi makan tapi kat sana tak ada haiwan ganas-ganas macam harimau dan singa. Lepas tu fikir lagi dia dah pernah pergi dulu masa kecik, jadi kali ni kita bawa dia pergi Zoo Negara pulalah. Ada panda! Lagipun nak pergi sana lebih senang, naik LRT saja sampai Wangsa Maju. Kemudian, boleh naik bas, teksi atau Grab. 

Malam sebelum pergi, dah pesan dekat dia suruh bangun awal esok kalau nak pergi zoo. Sekali pukul 5 pagi dia bangun! Excited betul! Kalau hari sekolah bangun awal macam ni kan bagus T_____T

Seperti yang dirancang, kami pergi ke sana naik LRT sampai Wangsa Maju. Kat sana, kami naik teksi saja. Tambang dalam RM6 saja hari tu. 

Walaupun ada yang kata Zoo Negara macam tak berapa best, tapi pada kami okey saja. Anak pun enjoy dan happy dapat tengok semua haiwan yang dia nak tengok kecuali ular. Langsung tak rasa penat. Habis semua haiwan yang ada dalam peta dia nak cari dan pastikan ada kat zoo tu. 


Elok je dia landing bila orang datang.

Tidur je kerja dia. Mentang-mentang ada aircond.

Dapat juga tengok show belah petang.

Putera Lilin.


Disebabkan mama pun tak pernah pergi sini, mama pun jadi teruja tengok haiwan-haiwan kat sini. Ada juga haiwan yang mama pun tak pernah tengok. Haha. Tak sangka ada kanggaru kat sini. Tak payah susah-susah pergi Australia. Pendek kata, berbaloi pergi sini bila tengok anak kau happy. Dulu pernah juga bawa dia pergi Zoo Melaka tapi tak habis round pun. Mungkin masa tu dia kecik lagi. Lepas ni, kita pergi Farm in the City pula ya.

Sabtu, 12 Oktober 2019

Aku dan Komik

Dulu masa kecik-kecik, saya minat sangat baca komik macam Mutiara Naga dan Doraemon. Tapi yang tukang belinya abang saya. Saya tumpang baca saja. He he. Lepas tu, ada pula majalah komik Gempak. Masa tu saya paling suka komik Under 18 (Zint) dan Le Gardenie (Ben) sampaikan berangan nak ada komik sendiri. Haha. 

Tahun 2009, mungkin rezeki saya bekerja dalam bidang komik. Permohonan untuk jadi editor buku latihan di Gemilang Publishing kemudiannya bertukar menjadi editor komik dan majalah. Saya okey saja mana-mana pun asalkan dapat kerja selepas dua bulan menganggur waktu tu. Jadi, waktu itu saya ditugaskan menguruskan beberapa judul komik termasuklah Oka, KachigoPuteri Durian dan komik-komik terjemahan dari luar.




Dalam pada itu, saya diberi peluang untuk tulis komik peribahasa untuk majalah Puteri Durian. Benarlah orang kata, kalau tak cuba, kita sendiri pun tak tahu yang kita boleh buat benda tu. Walaupun nampak macam senang sebab satu muka surat saja tapi yang pendek itulah yang lebih mencabar sebenarnya. Mungkin pada mulanya, banyak kelemahan dan perlu dibantu oleh pelukis komik Puteri Durian dan ketua editor, tapi lama-lama rasa seronok pula tulis komik. 

Masa pesta buku PWTC pula, saya dapat kenal dengan pelukis daripada Komik M, Poyo (arwah suami) dan waktu itu juga saya baru tahu Komik M merupakan anak syarikat PTS, tempat saya menjalani latihan praktikal pada tahun 2007. Jadi, saya sudah kenal dengan editor Komik M iaitu Tuan Wanzu dan Tuan Alif Firdaus. Banyaklah pengetahuan dan pengalaman tentang komik yang dapat saya timba.

Selepas berhenti kerja daripada Gemilang Publishing, saya masih diberi tawaran untuk menulis komik peribahasa oleh syarikat penerbitan tersebut sehinggalah sekarang. 

Kini apabila disuruh buat marketing, saya terfikir untuk buat promosi dalam bentuk komik tapi sudah tentulah kena ada pelukis yang sudi melakarkan idea saya dalam bentuk lukisan. Tapi nak cari pelukis pun bukan mudah. Kalau arwah Poyo masih ada, mesti dia yang jadi mangsa saya! Hee~ Alhamdulillah, akhirnya idea itu menjadi kenyataan. Maka, inilah hasilnya.


Komik dilukis oleh Bophairy.

Komik dilukis oleh Bedul.

Komik dilukis oleh Kar Bin.


Komik-komik ini dibuat untuk disiarkan di media sosial Instagram sebuah syarikat e-learning iaitu Learning Port. Learning Port kini sedang mengadakan promosi besar-besaran untuk produk pembelajaran dalam talian yang dinamakan Learning Port Interactive. Boleh layari laman web ini untuk keterangan lanjut.

Masih banyak lagi komik yang akan disiarkan hasil kerjasama bersama pelukis-pelukis lain. Jangan lupa follow dan like Instagram Learning Port Interactive atau subscribe YouTube channel Learning Port Interactive ya!

Selasa, 8 Oktober 2019

LBS#6 Kini di Pasaran!

Berita baik untuk orang-orang di Shah Alam dan kawasan sekitarnya! Buku Lawak Budak Sekolah #6 kini sudah boleh didapati di kedai buku MPH, SACC Mall!




Tapi nampaknya bukan Lawak Budak Sekolah #6 sahaja yang ada malah judul-judul baru terbitan Komik M yang lain juga sudah ada di sini. 




Jadi, cepat-cepat dapatkannya sebelum kehabisan stok!