Aku suka menulis. Setiap hari aku menulis walaupun cuma satu perkataan. Aku pantang jumpa pen dan kertas. Ada-ada saja yang dicoretkan. Kadang-kadang aku bukan tulis apapun. Hanya tulis nama sendiri hingga penuh satu kertas tu. Membazir dakwat dan kertas saja bukan? Hehe...
Tapi aku juga manusia biasa yang ada kalanya dilanda penyakit malas ataupun ketiadaan mood untuk menulis. Idea dalam kepala memang banyak sampaikan aku tak tahu nak buat yang mana dulu. Seorang teman penulis aku kata memanglah cerita aku lambat siap sebab aku suka menulis banyak cerita dalam masa yang sama. Dia menyarankan aku fokus pada satu cerita dahulu. Bila dah siap, baru fokus pada cerita yang lain pula.
Semangat menulis aku pula ada kalanya tinggi dan ada kalanya menurun. Bila kepala otak aku dah buntu, maka aku akan berkunjung ke kedai buku yang berdekatan dengan rumah sewa aku. Belek-belek dan melihat-lihat cover novel-novel yang ada di situ bagi menaikkan kembali semangat menulis aku. Aku jadi bersemangat bila tengok nama-nama penulis tu kerana aku juga ingin melihat nama aku tertera pada cover novel di kedai-kedai buku.
Cara yang berkesan untuk aku mencari idea pula adalah dengan membaca novel-novel lain ataupun dengan mendengar lagu. Justeru, aku sekarang sedang berusaha menyiapkan cerita AsyrAfia yang sudah lama tertangguh. Cerita ni dah lama aku ilhamkan cuma jalan cerita asalnya terpaksa aku ubah. Selain itu, aku juga sedang mencari penyudah untuk cerita Cinta Yang Aku Mahu dan kesinambungan Budak SMART.
Aku mahu menebus kekecewaan aku dengan terus menulis mengenai kisah Budak SMART. Aku takkan berhenti walaupun ditegah! Takkan sama sekali! Aku akan terus menulis dan menulis sampai ku menutup mata sebab nak tidur :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan