Jemput LIKE page ini :))

Pengerah Jemari

Tentang Aku

Foto saya
Suka menulis, dengar lagu, baca novel dan berangan.

Sabtu, 17 November 2018

Karnival Kesenian Kanak-kanak 2018 di Kuantan Parade

Berita gempak untuk korang yang berada di Kuantan! 

KaryaSeni dan Penulisan2u ada buka booth sempena Karnival Kesenian Kanak-kanak 2018 di Kuantan Parade, Kuantan, Pahang bermula 16 November sehingga 18 November ini. Selain harga novel serendah RM5, novel-novel baharu terbitan November juga ada di sini.





Novel Cinta Gantung dan Bukan Tak Suka juga dijual dengan harga yang istimewa iaitu RM10 setiap satu. 



Jadi, apa tunggu lagi? Esok hari terakhir! Jangan lepaskan peluang ini untuk memiliki novel-novel KaryaSeni dan Penulisan2u dengan harga yang istimewa.

Ahad, 8 Julai 2018

Eiffel... I'm in Love 2

Baru tiga hari ditayangkan di Malaysia.


Bercinta 12 tahun tapi tak kahwin-kahwin? Kawan-kawan yang sama baya semua dah kahwin. Patutkah Tita terus menunggu Adit sedangkan dalam masa yang sama Adam bersedia menikahi Tita? Tapi kata mama Tita, lelaki yang baik takkan sanggup biarkan isterinya hidup susah selepas berkahwin. Sebab itulah Adit punya alasan untuk menangguhkan perkahwinan mereka. Apakah alasan Adit? 

Sebagai penulis, ada sesetengah benda saya dah boleh jangka. Hee~ Filem ni sebenarnya dah ditayangkan di Indonesia pada 14 Februari lalu. Di Malaysia pula baru mula ditayangkan pada 5 Julai kelmarin. Jadi, alang-alang berkesempatan, saya curi masa sikit untuk tengok cerita ni. Kut-kutlah dapat ilham menulis :) 

Tapi, ingatkan dapatlah rehatkan otak bila otak dah tepu lepas beberapa jam mengadap laptop tapi saya nangislah pula. Mana tak nangis bila teringat kat arwah suami T_____T

Ahad, 25 Mac 2018

Terlalu Osem

Tahun ini Komik M genap 10 tahun. Dari awal penubuhannya, arwah Poyo merupakan antara pelukis pertama yang menerbitkan karya bersama Komik M pada tahun 2008. Antara karya arwah bersama Komik M ialah siri Kecemprengman (2 jilid) dan Lawak Budak Sekolah (4 jilid). 

Pada tahun ini, walaupun arwah sudah tiada, namun Komik M masih menerbitkan karya arwah iaitu Terlalu Osem. Komik ini merupakan himpunan komik terbaik Poyo di Komik M dan seratus peratus berwarna!


Himpunan komik terbaik Poyo.


Sempena ulang tahun Komik M yang ke-10 April ini dan sebagai tanda penghargaan kepada team Komik M, saya hadiahkan kek istimewa ini buat mereka.




Kek daripada Medina Kitchen (Instagram)


Semoga jenaka dan mesej positif yang arwah sampaikan menerusi karya-karyanya menjadi kebaikan berterusan yang mengalir hingga ke akhir waktu. Amin.

Selasa, 6 Februari 2018

Dah Februari?


Wah, hari ini dah masuk hari keenam kita dalam bulan Februari untuk tahun 2018! 

Tapi manuskrip tak siap lagi T______T

Nampaknya macam tak tercapai aje hajat nak ada novel baharu untuk Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tahun ini. 

Bila dah sibuk dengan kerja ofis, nak bukak laptop kat rumah pun dah tak ada mood. Hmmm... Nak-nak pula bila idea dua cerita bercampur dalam kepala. Hu hu.

Apa pun, akan kucuba siapkan manuskrip ini dalam tahun ini juga. Tinggal 26 000 patah kata lagi. InsyaAllah, demi masa depan mama dan Altamis, mama akan berusaha dengan lebih kuat lagi. Doakan mama terus kuat dan konsisten (^______^)

Khamis, 25 Januari 2018

Satu Tahun


Setelah kukenal kamu
Baru kutahu rasa itu

Manisnya cinta
Indahnya rindu
Pedihnya luka
Sakitnya kehilangan

Manisnya bergelar isteri
Indahnya bergelar ibu
Pedihnya bergelar balu
Sakitnya bergelar tunggal

Untuk semua rasa itu
Biar kusimpan di situ


20 Januari lalu, genap setahun arwah suami saya kembali kepada Allah SWT. Tapi sampai sekarang saya masih menangis apabila teringatkan dia. Mungkin orang nampak saya tersenyum, ketawa dan kuat tapi hakikatnya saya hanya insan yang lemah T____T 

Bukan mudah sebenarnya jadi ibu tunggal ni. Pengalaman berdepan dengan orang yang memandang rendah pada ibu tunggal sangat menyakitkan. Mujur saya masih ada keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan serta membantu apa-apa yang mampu. Kalau sorang-sorang, memang dah lama rebah agaknya. 

Dan satu-satunya sebab saya masih mampu tersenyum, sudah tentulah kerana anak lelaki saya. The one and only. Kerana dia, saya harus tetap teguh. 

Isnin, 8 Januari 2018

Bila 20 Januari kian menghampiri


Suami isteri saling melengkapi
Bila salah seorang tiada di sisi
Terasa hidup tiada ertinya lagi
Seakan hati dibawa pergi
Jiwa turut dikebumi sekali

Namun ada amanah yang harus dijagai
Melihat dia si permata hati
Terdetik di hati untuk berdiri
Gagahi hari dan terus meniti

Pasti ada hikmah tersembunyi
Tetap percaya pada Ilahi
Dia pasti punya misteri
Akan terjawab suatu hari nanti.


Rabu, 3 Januari 2018

Balu, janda atau ibu tunggal?


Balu, janda, ibu tunggal,
Walau apa pun gelaran yang diberi,
Kami punya sama erti
Tiada suami di sisi

It's not easy
Bila kami seorang diri
Tatkala anak masih bayi
Dan tiada siapa peduli

Mungkin ada yang simpati
Tak kurang yang mencaci
Malah ada yang membenci
Juga yang dengki iri hati

Walau kami sendiri
Kami masih mampu berdiri
Mencari rezeki buat permata hati
Demi sesuap nasi dan kebajikan diri

Usah menghakimi
Bila kau tak mengalami
Bahkan merasai
Apatah lagi memahami.