Selepas hampir 8 bulan menunggu jawapan, akhirnya berakhir juga penantian aku. Aku baru saja menerima emel balasan daripada sebuah syarikat penerbitan berkenaan novel remaja aku. Seperti yang aku jangka, harus dibaiki!
Aku pun rasa cerita tu masih banyak kelemahan lantaran aku menyiapkannya dalam keadaan tergesa-gesa. Hampir tiap-tiap hujung minggu aku ke Petaling Jaya ataupun Shah Alam untuk menumpang laptop kawan demi menyiapkan manuskrip ini.
Sekarang, aku dah ada laptop (walaupun cuma laptop pinjam), bolehlah aku fokus pada manuskrip ini tanpa perlu berjalan jauh. Jadi, jimatlah sikit masa. Aku memang nak ambil manuskrip ini untuk dijadikan 'bahan bedah' masa bengkel novel AVA nanti :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan