Jemput LIKE page ini :))

Pengerah Jemari

Tentang Aku

Foto saya
Suka menulis, dengar lagu, baca novel dan berangan.

Jumaat, 6 Mei 2011

PR di Kinokuniya, KLCC

Pada hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 Ahad lalu aku memang sudah demam, namun aku tetap gagahkan diri semata-mata demi tugas dan tanggungjawab. Mujur Isnin cuti, jadi dapatlah berehat. Namun begitu, demam aku masih juga belum sembuh walau sudah dua botol minuman 100 plus aku telan. Al-maklumlah aku memang tidak suka makan ubat. Hehehe.

Apapun, terima kasih aku ucapkan kepada yang sudi membeli novel "Budak SMART" dan "Pemuja Rahsia" di booth One Nusantara. Tidak lupa juga novel "My Honey, Hani" di booth KarnaDya. Kebanyakan masa aku berada di booth ON, jadi aku kurang pasti suasana di booth KD bagaimana.

Dan kepada anda yang tidak berkesempatan datang ke pesta buku yang lalu, anda juga boleh membeli novel "Pemuja Rahsia" di kedai buku Kinokuniya, KLCC! =)




Manakala novel "Budak SMART" pula dikhabarkan akan memasuki cetakan kedua dalam waktu terdekat.

Terima kasih atas sokongan anda!

Doakan saya cepat sembuh dan dapat menulis kembali seperti biasa.

Tiada ulasan: