Jemput LIKE page ini :))

Pengerah Jemari

Tentang Aku

Foto saya
Suka menulis, dengar lagu, baca novel dan berangan.

Rabu, 18 Julai 2012

Kugiran SMART

Alhamdulillah, setelah berdepan dengan berbagai-bagai cabaran dan kesulitan, akhirnya novel sambungan Budak SMART iaitu Kugiran SMART dapat juga 'dilepaskan' ke kilang cetak. Inilah kulit bukunya! Cantik tak?



Novel ini merupakan novel pertama yang saya uruskan sendiri proses penerbitannya daripada A sampai Z. Daripada penulisan, penyuntingan, susun atur, kulit buku, permohonan ISBN hinggalah pencetakan, semuanya saya uruskan sendiri. Sudah semestinya dengan bantuan rakan-rakan, Poyo (permohonan ISBN), Ikhsan Ise (pelukis), Ney Joe (grafik) dan Elzara Hariri yang mengesyorkan pencetak.

Diharap kelahiran novel ini dapat mengubat hati pembaca-pembaca novel Budak SMART yang bertanyakan tentang kesinambungan novel ini.

Kepada sesiapa yang berminat hendak membeli novel ini, bolehlah e-melkan kepada saya di alamat ilmia85@gmail.com kerana novel ini tidak dijual di kedai buku dan cetakannya adalah terhad.

1 ulasan:

ryha berkata...

assalamualaikum kak imia.
ryha nak tnya. buku kugiran smart dh ade kat kedai buku lom?. ryha nak beli. kalau takde, ryha nak beli online nan akak.
n one more thing. buku cinta gantung dh kuar kat MPHbookstore ke?. ryha nak bli lah !. saya suka taipan jemari akak. It's magic and intersting. saya akan sentiasa sokong akak. Be the best beat the rest !