Jemput LIKE page ini :))

Pengerah Jemari

Tentang Aku

Foto saya
Suka menulis, dengar lagu, baca novel dan berangan.

Sabtu, 14 Disember 2013

AMA... Cetakan ke-2 dengan Wajah Baru

Inilah dia wajah baru novel kanak-kanak pertama saya, Aina Masuk Asrama, yang telah pun memasuki cetakan kedua. Novel ini diterbitkan buat pertama kalinya pada bulan Mei 2012 sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

 


Terima kasih kepada pihak Ana Muslim dan editor yang percaya akan karya saya. Insya-Allah, saya akan terus berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pembaca kanak-kanak saya.

2 ulasan:

Tetamu Istimewa berkata...

Alhamdulillah, tahniah! Boleh saya tahu, penerbit Ana Muslim selalunya sekali cetak berapa naskhah?

Selepas ni boleh cuba hantar ke Hadiah Sastera Perdana Malaysia, kategori novel kanak-kanak.

Alhamdulillah, kumpulan cerpen remaja saya pun baru saja terbit. Jika berminat bolehlah dapatkan, terbitan ITBM berjudul Tetamu Istimewa.

Ilmar Imia berkata...

Bab bilangan naskhah cetakan tu, saya kurang tahulah pula.

Tahniah! InsyaAllah, akan dicari nanti :)