Jemput LIKE page ini :))

Pengerah Jemari

Tentang Aku

Foto saya
Suka menulis, dengar lagu, baca novel dan berangan.

Ahad, 27 Julai 2014

Lima Saja!

Alhamdulillah, kita sudah sampai ke hari terakhir bulan Ramadan. Pasti ibu-ibu dan para isteri sedang sibuk di dapur menyediakan kuih raya dan juadah sempena hari raya esok.
 
Raya tahun ini saya lebih menumpukan pada kuih raya. Baju raya pun saya tak beli. Entah kenapa tahun ini macam tak rasa nak beli baju raya. Tup, tup, ada seorang kawan cakap baju yang saya hantar untuk dijahit sudah siap. Eh, bukan lepas raya ke? Patutlah saya tak rasa nak beli baju raya, rupa-rupanya baju dah siap. Hee~
 
Pasal kuih raya pula, sebelum ini saya beli saja tapi tahun ini saya nak buat kelainan. Jadi, saya buat sendiri. Walaupun asyik tak jadi saja tapi saya cuba lagi dan buat research dalam Internet sambil tanya kawan-kawan yang biasa buat kuih.
 
Dan akhirnya, saya berjaya buat 5 jenis kuih raya! Dua jenis tidak menggunakan oven dan tiga jenis menggunakan oven. Yeay!
 
 
Cornflakes Coklat
 
 
Biskut Jejari Coklat
 
 
Semperit Pandan
 
 
Semperit
 
 
Kuih Sarang Semut
 
 
Kesemua resepi saya rujuk dalam Internet. Antara kelima-lima kuih ini, Cornflakes Coklat dan Biskut Jejari Coklat paling senang nak buat sebab tak perlu guna oven. Resepi Semperit Pandan pula saya ambil daripada Resepi Planta dalam YouTube. Klik di sini. Kali pertama cuba terus jadi! Hee~
 
Kuih yang paling susah nak buat pula ialah kuih semperit. Banyak kali buat masih tak jadi-jadi. Ada juga saya tanyakan kepada mak saudara saya dan mak saudara suami tentang resepinya. Begitulah hasilnya. Masih belum sempurna tapi bolehlah dimakan.
 
Kuih sarang semut pula percubaan kedua baru jadi. Kena pandai bermain dengan suhu oven. Alhamdulillah, menjadi juga akhirnya.
 
Eh, rasanya ada satu jenis lagi iaitu Biskut Nestle Cornflakes Klasik tapi adik lelaki saya sudah 'culik' satu balang. Maka, tinggal lima sajalah.
 
Sebenarnya ada beberapa jenis kuih lagi yang saya tak sempat nak cuba. Mungkin lepas balik dari kampung boleh cuba buat. Kuih-kuih ini saya akan bawa balik ke kampung pada hari raya pertama (^_____^)
 
Untuk anda, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin...

Tiada ulasan: