Jemput LIKE page ini :))

Pengerah Jemari

Tentang Aku

Foto saya
Suka menulis, dengar lagu, baca novel dan berangan.

Khamis, 4 Jun 2015

Saya Kini Seorang Ibu (^_____^)

3 JUN 2015


Sepatutnya tarikh ini adalah tarikh saya dijangka bersalin. Tapi atas kehendak takdir, saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 1.985 kilogram pada 27 April 2015 melalui pembedahan. Kira-kira sebulan lebih awal.

Sehari selepas menghadiri pesta buku di PWTC yakni hari sabtu, badan saya terasa penat sangat. Justeru, saya hanya menghabiskan masa berehat di rumah pada keesokan harinya. Mana tak penat, sepanjang hari saya berjalan tanpa rehat berjumpa dengan kawan-kawan. Antaranya, Ratu Bulan, Maria Kajiwa, Nadir Shazly dan editor Ana Muslim, Yana. Mungkin inilah balasannya apabila melawan cakap suami. Suami tak bagi pergi tapi degil nak pergi juga T____T

Lebih teruk lagi, saya mengalami sakit kepala yang teramat sangat pada pagi Isnin. Rasa macam saya akan menemui ajal pada hari itu. Memang tak tahan sangat. Sangka saya, mungkin saya kepenatan dan tak cukup tidur. Jadi, saya beritahu suami yang saya mahu tidur dulu kerana sepatutnya saya perlu ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan bulanan pagi itu. Selepas itu saya dah tak ingat apa-apa.

Sejurus saya buka mata, saya lihat wajah suami saya dan dia beritahu baby sudah keluar. Saya kehairanan. Macam-macam soalan bermain dalam kepala.


"Baby dah keluar?"
"Macam mana pula baby boleh keluar?"
"Bukan ke masih belum cukup 9 bulan?"


Menurut cerita suami saya, saya tak sedarkan diri. Justeru, saya dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulans. Doktor cakap saya perlu dibedah segera demi keselamatan diri saya dan bayi dalam kandungan kerana saya mengalami eklampsia (sila google). Saya pernah dengar perkataan ini ketika membuat kajian tentang kehamilan tapi tak pernah terfikir perkara ini akan berlaku kepada saya.


Apa-apa pun, syukur alhamdulillah semuanya sudah selamat. Baby pun sudah berusia 38 hari (1 bulan 8 hari) hari ini. Hal ini bermakna ada 6 hari saja lagi untuk berpantang. Yeay!


Apa? Kena berpantang 100 hari?


Tidak!!!

Tiada ulasan: