Jemput LIKE page ini :))

Pengerah Jemari

Tentang Aku

Foto saya
Suka menulis, dengar lagu, baca novel dan berangan.

Ahad, 29 November 2015

Corat-coret Ekspo Buku Malaysia 2015

Ingatkan tahun ini tak sempat nak join mana-mana pesta buku, tapi mungkin sudah rezeki. Dah hujung-hujung tahun ni dapat juga join pesta buku. Kali terakhir pergi pesta buku masa bulan April hari tu tapi datang tengok-tengok aje. Maklumlah, masa tu tak ada novel baru. Hee.

Alhamdulillah, masih sempat keluarkan novel baru sebelum tahun 2015 melabuhkan tirai dan dijemput bertemu pembaca untuk Ekspo Buku Malaysia kali ini. Kali pertama duduk di kerusi 'autograph signing' ni masa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014. Masa tu cuma berdua dengan Ellyne Alyana. Masa tu juga pertama kali sediakan gift untuk pembaca.

Well, kali ni bila dijemput untuk sesi autograf, saya setuju aje walaupun masa tu tak tahu saya akan digandingkan dengan penulis mana. Bila jadual keluar, telan air liurlah juga bila tengok nama-nama penulis yang digandingkan. Ada Melur Jelita, Hairynn Salehuddin dan Shaista Haziq. Mulalah rasa nak tarik diri. Huhu. Mujur juga penerbit beritahu awal, jadi sempatlah tempah gift. Memandangkan stok lampu epal tak banyak, jadi saya cuma tempah coklat daripada sini. Sticker pula saya tempah dengan Stickiz (facebook). 


Cenderahati tema hijau silver


Mula-mula nak tempah 100 kotak, tapi takut tak cukup pula. Jadi, saya tempahlah 150 kotak. Alih-alih saya dengar penulis lain sediakan 50 je. Haish~ Tapi tak apa. Biar lebih, jangan kurang. 

Nak dijadikan cerita, hari tu saya memang nak target nak gerak dari rumah pukul 9:00 pagi. Satu jam sebelum event. Tapi anak pula sedap tidur, tak sampai hati nak kejut. Lepas dia bangun, nak menyusu pula. Memang lambatlah jawabnya. Sepuluh minit sebelum pukul 10:00 baru gerak dari rumah. Elok-elok dah nak sampai PWTC, tersalah masuk lorong pula. Sudahnya, terpaksa pusing jauh T_____T

Tepat jam 10:42 pagi, orang kuat KS dah mesej tanya datang ke tak. Nasib baik masa tu dah sampai parking PWTC. Maka, terkocoh-kocohlah saya sambil dukung anak yang tengah tidur terus terjah depan Bilik Kedah dan Bilik Johor. Mujur semalam dah datang, so dah tahu kat mana tempatnya. Hehe.

Apa-apa pun, pengalaman pesta buku kali ni tentu saja akan saya pahat dalam ingatan. Walaupun tak sampai dua jam saya kat situ, dapat juga kenal-kenal dengan jiran sebelah iaitu penulis Hairynn Salehuddin. 


Colourful sangat! Hee


Alhamdulillah, tahun ini Cinta Gantung ada kawan baru. Tak adalah dia sorang-sorang aje kat situ macam pesta buku tahun lepas. Insya-Allah, tahun depan akan ada 'teman baru' lagi. Amin.

Terima kasih kepada pihak KaryaSeni dan Penulisan2u yang sudi menjemput penulis kerdil macam saya ni dan terima kasih juga buat semua pembaca yang sudi singgah berjumpa, bergambar bersama dan bagi hadiah. Lain kesempatan insya-Allah kita berjumpa lagi. 

Tiada ulasan: