Jemput LIKE page ini :))

Pengerah Jemari

Tentang Aku

Foto saya
Suka menulis, dengar lagu, baca novel dan berangan.

Ahad, 7 Februari 2010

Novel

Tempat kegemaran aku bila keluar adalah kedai buku. Dulu, aku selalu berangan-angan nak tengok buku yang ada nama aku ada kat rak-rak kedai buku. Sekarang, bila impian nan satu tu dah terlaksana, rasa macam tak ada perasaanlah pula. Dah tak rasa apa-apa. Tambah-tambah bila ada yang kata cerita aku tak best. Memang aku terasa tapi mujur ada orang yang memberi semangat.

Aku ingat lagi bila kali pertama aku ke kedai buku di tempat aku untuk binding manuskrip yang aku dah print. Orang tu macam teruja sangat tengok aku buat novel. Bila aku kata aku masih baru lagi, dia pun kata, "Tak apa. Sekurang-kurangnya kita ada cerita". Kawan-kawan aku yang tahu aku telah berjaya menghasilkan sebuah novel juga memberikan kata-kata perangsang yang sama. Terima kasih semua.

Aku sudah menjenguk beberapa kedai buku yang ada novel aku yakni 'My Honey, Hani'. Antaranya Popular, Jusco Kepong. Hari tu ada 8 buah tapi sekarang dah tak ada. Cuma ada dua kemungkinan, sama ada novel tu laku ataupun disimpan kat dalam kotak. Kat SACC Mall, Shah Alam dan Kinokuniya, KLCC pula masing-masing masih ada 10 buah novel aku. Kat tempat lain, aku masih belum tengok.

Namun, apa yang pasti, kat pesta buku bulan 3 nanti pasti ada! Turut menjengah pasaran ketika itu adalah 'Budak SMART' :) Mudah-mudahan selepas ini, akan ada banyak lagi novel aku kat kedai-kedai buku. Amin...



*Idea sedang berlegar-legar dalam kepala tapi dek kerana masalah kesihatan, terpaksa diperam dulu.

Tiada ulasan: