Jemput LIKE page ini :))

Pengerah Jemari

Tentang Aku

Foto saya
Suka menulis, dengar lagu, baca novel dan berangan.

Khamis, 24 Oktober 2013

AMA Diulang Cetak

"Kak Aimi, Novel 'Aina Masuk Asrama' dah buat cover baru tau. Sebab nk cetak lg. Tahniah!"

Begitulah perkhabaran daripada editor novel kanak-kanak saya semalam. Alhamdulillah, laku juga novel kanak-kanak pertama saya ni, ya.

Saya teringat sewaktu saya menulis manuskrip Aina Masuk Asrama ini pada awal Januari 2012 dulu. Waktu itu semangat saya memang sedang berkobar-kobar. Dalam jangka masa tidak sampai sebulan, manuskrip sudah siap. Pendek kata, memang cipta rekodlah. Tambahan pula, Aina Masuk Asrama merupakan percubaan pertama saya dalam penulisan novel kategori kanak-kanak.

Selang 4 bulan kemudian, dapatlah saya memegang 'baby' saya ini.




Tapi bila baca ayat seterusnya daripada editor...
 
"Bila nk smpai manuskrip baru ni... Hehe."
 
Err... Garu kepala sekejap. Huhu~ Masih ada baki 5 bab lagi. Entah bilalah mood menulis nak datang balik. Ditambah pula dengan kerja-kerja lain yang menimbun. Bukan ke bagus kalau semangat waktu menulis manuskrip Aina Masuk Asrama dulu muncul semula...

2 ulasan:

Tetamu Istimewa berkata...

Mesti seronokkan kalau buku kita diulang cetak.

Ilmar Imia @ Fathi Ramli berkata...

Bagi orang yang bukunya jarang2 diulang cetak macam saya ni, memang perasaan teruja tu lebih sikit. Hehe~