Walaupun dah nak dekat seminggu aku tak update blog karya aku tapi sebenarnya aku masih menulis tapi menggunakan pen dan kertas. Bukan di komputer seperti selalu ... huhu ... Ini kerana otak aku mengalami trafik jam yang terlalu sesak dan mengambil masa yang lama untuk pulih seperti biasa. Sebab keduanya, laptop yang selalu aku gunakan untuk menaip sudah dikebas oleh adik bongsu pompuan aku untuk dibawa ke sebuah institusi tempatnya menuntut ilmu. Disebabkan dua alasan ini, maka aku mengambil keputusan membawa diri ke KL buat sementara bagi bertukar angin. Mungkin saja ilham menulis akan muncul di sana.
Hidup aku memang tak lengkap tanpa menulis biarpun hanya sebaris ayat. Menulis bukan sekadar hobi bagi aku tapi sudah menjadi sebahagian daripada jiwa aku. Ibarat keperluan dalam kehidupan aku. Sehari tak menulis, aku akan rasa macam ada sesuatu yang tak lengkap. Ibarat hidup tanpa udara, hidup tanpa makanan dan hidup tanpa berbumbung. Hehe ... Bahkan jika aku sibuk dengan hal lain sekalipun, aku akan sedaya mungkin mencari masa untuk menulis walaupun terpaksa berjaga malam sehingga ada kalanya perkara lain aku abaikan tanpa sedar semata-mata mahu menulis.
Aku juga pernah berasa putus asa untuk menulis lagi apabila satu-satunya pendrive yang mengandungi karya aku hilang. Memandangkan komputer aku sering rosak (maklumlah second hand), jadi kesemua hasil karya aku aku simpan dalam pendrive itu sebagai back up. Namun kehilangan pendrive itu benar-benar membuatkan aku hilang arah dan rasa malas hendak menulis lagi. Aku tak yakin aku dapat menulis cerita yang sama untuk kali yang kedua. Boleh dikatakan keadaan aku waktu itu ibarat orang yang kehilangan cinta hatinya. Sangat tak terurus dan meratapi kehilangannya berhari-hari.
Ternyata itu semua hanya sementara kerana aku jadi bersemangat semula tatkala ilham dan idea aku kembali menerjah ke kepala otak aku. Semua assignment aku tangguhkan semata-mata mahu mencurahkan ilham yang datang itu ke bentuk tulisan. Buat assignment pun aku tak pernah bersungguh-sungguh macam tu ... ahak ... Mungkin ada yang kata karya aku hampeh dan tak adalah sebagus mana tapi yang aku tahu aku sangat suka menulis dan puas hati bila dapat menulis. Jika ada orang kata aku tak ada bakat langsung dalam penulisan, then baru aku akan fikir untuk berhenti menulis. Boleh caya ke? Huhu ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan