Jemput LIKE page ini :))

Pengerah Jemari

Tentang Aku

Foto saya
Suka menulis, dengar lagu, baca novel dan berangan.

Jumaat, 24 Julai 2009

Cukup Sudah!

Okey, cukup! Kalau kau rasa aku berlagak bagus, tak payah terbitkan novel aku. AKu tak heran pun! Kau yang offer aku. Bukan aku yang terhegeh-hegeh kat kau!

Mungkin aku penulis baru yang tak ada nama yang tak punya apa-apa. Tapi itu bukan alasan untuk kau buat aku macam ni. Sebagai penulis, aku ada hak untuk tahu pasal apa-apa perkembangan manuskrip aku. Kalau kau kata aku hanya berani dalam komputer, habis bila aku datang kat kau, kau tak ada, apa kes?

Kalau kau kata aku tak profesional sebab tak balas panggilan telefon kau... Bukan ke kau yang cakap aku ni bukan penulis 'agung'? Sebab aku bukan penulis 'agung'lah so aku tak ada banyak kredit nak telefon kau banyak kali. Cukuplah aku berhabis kredit telefon kau dalam masa beberapa bulan ni tapi hasilnya apa?

Dan terima kasih atas peringatan kau yang dunia penerbitan di Malaysia ni kecil kerana aku tak pernah bercadang untuk hantar manuskrip aku kat mana-mana penerbit lagi. Cukup sampai di sini!

2 ulasan:

MaY_LiN berkata...

nape ni sayang..
sabar..
nape leh jadi cenggini..
byk2 doa..smg d permudahkan segalanya..
tamo tensen2..
setiap apa yang jadi ada hikmahnya..
"kite asik menangis nak tgk matahari..
tapi hujan lebat..
rupa2nye..Dia nak bg pelangi kat kite.."
akak doakan..
smg yang terbaik tuk adik akak ni..

Ilmar Imia berkata...

huhu...thanks, kak!