Dalam pada aku terumbang-ambing menanti perkembangan manuskrip aku daripada tiga syarikat penerbitan, seorang editor daripada salah sebuah syarikat itu menyarankan aku menulis sebuah cerpen yang berkisahkan puasa dan raya untuk dimuatkan dalam novel puasa dan raya syarikat itu sementara menunggu manuskrip aku itu dinilai semula. Kira sebagai pengenalan untuk novel pertama aku tu. Masa yang diberi cuma sehari kalau boleh. Okey, aku sahut cabaran itu!
Makanya, malam itu juga aku mula merangka-rangka jalan cerita dan keesokannya aku curi-curi menaip di pejabat. Nasib baik kerja tengah tak banyak...hehe... dan akhirnya, dapat juga aku siapkan cerpen tu dalam masa setengah hari. Oh, ini cerpen yang paling cepat yang pernah aku siapkan! Petang tu juga aku emelkan kepada editor yang berkenaan. Berdebar-debar juga hati aku. Tak tahulah diterima ke tak. Tawakal sajalah. Harap-harap diterimalah ya...amin...
Dan pagi tadi aku sempat bertanya kepada editor tu tentang cerpen aku. Editor tu kata okey dan dia dah pun masukkan dalam layout buku tu. Oh, My God! Macam tak percaya pula. Adakah impian aku untuk melihat buku yang ada nama aku terlaksana? Okey, walaupun cuma buku kompilasi dengan penulis lain. Tapi mungkin inilah permulaannya... Terima kasih kepada cik editor yang sudi memberi peluang kepada aku.
Aku selalu mengikuti perkembangan penulis lain di blog mereka dan salah seorangnya adalah Ain Maisarah. Aku rasa dia ni dahsyatlah sebab dia siap buat road tour ke sekolah-sekolah lagi. Aku teringin nak jadi macam dia tapi aku tak nak orang kenal muka aku...hehe... Kejayaan dia buat aku jadi berkobar-kobar nak siapkan manuskrip sampaikan aku terfikir nak buat novel Aku Mahu Lebih Sukses Daripada Ain Maisarah! Agak-agak Ain Maisarah bagi tak? :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan