Jemput LIKE page ini :))

Pengerah Jemari

Tentang Aku

Foto saya
Suka menulis, dengar lagu, baca novel dan berangan.

Selasa, 22 April 2014

Bunga Beruang

Malam semalam dapat berita daripada Kak Syahirah Hussin yang memberitahu bahawa tempahan bunga telur teddy bear saya untuk Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC nanti sudah siap. Yeay! Kak Syahirah telah mengirimkan gambar-gambar ini kepada saya.
 
Tema: Hijau + merah jambu (30 pieces)
 
 
Tema: Biru + kuning (30 pieces)


Seperti yang saya uar-uarkan sebelum ini, bunga beruang ini akan saya bawa ketika sesi bertemu pembaca di booth KaryaSeni dan Penulisan2u pada 1 Mei nanti (10:00 pagi hingga 1:00 petang).

Ada yang bertanya sama ada saya akan berada di PWTC pada hari Sabtu dan Ahad. Saya mungkin akan berada di sana pada hari Ahad (27 April) untuk bertemu rakan-rakan penulis tetapi saya tidak akan duduk di booth memandangkan pihak penerbit sudah menetapkan tarikh untuk setiap penulis.

Ada juga yang bertanya sekiranya mereka sudah membeli novel Cinta Gantung, bolehkah mereka mendapatkan bunga beruang ini? Sudah tentu. Datang sahaja berjumpa saya di booth dengan membawa novel Cinta Gantung dan saya akan berikan bunga beruang ini. Hehe~

Jadi, kita jumpa di sana ya! (^_______^)


4 ulasan:

Syahirah berkata...

Assalam.. Thanks for order..:) Nak gilah 1/5 nnt.. Insyaallah boleh jumpa..
http://cutezteddy.blogspot.com

Ilmar Imia berkata...

Waalaikummusslam, kak.

InsyaAllah, kita jumpa di sana :)

Syahirah berkata...

Huhu..x dpt pegi coz ada order urgent kena siapkan... 3/5 br akk pegi...itupun coz ank sibuk nak pegi juga.. X dpt bertemu...

Ilmar Imia berkata...

Eh, baru perasan komen ni!

Takpe, kak. InsyaAllah, lain kali kita jumpa :)