Jemput LIKE page ini :))

Pengerah Jemari

Tentang Aku

Foto saya
Suka menulis, dengar lagu, baca novel dan berangan.

Isnin, 30 Jun 2014

Kuih Raya Mokmi

Berminggu-minggu yang lalu, ada seorang kawan ofis saya meminta saya buatkan kek batik untuknya. Kemudian, saya teringat pula seorang kawan ofis saya yang lain ada meminta saya buatkan kuih sagu. Kalau saya buatkan untuk orang ni aje, nanti yang seorang lagi tu akan terasa pula. Maka, saya cuba juga penuhi kedua-dua permintaan.

Memandangkan ofis saya akan menganjurkan sedikit jamuan sempena menyambut ketibaan Ramadan, jadi saya bercadang nak bawa kuih sagu pada hari tersebut memandangkan macam ramai aje yang akan bawa kek. Sehari sebelumnya saya bawa kek batik untuk kawan saya yang 'mengidam' ni. Selain kek batik, saya juga bawa kuih raya yang pertama kali saya buat iaitu Cornflakes Coklat. Sebelum ni saya pernah bawa juga tapi guna coklat jenama lain.

Nak dijadikan cerita, kawan saya yang 'mengidam' kek batik ni menjadi PR tak berbayar saya dengan mempromosikan kuih raya dan kek batik saya kepada kawan-kawan ofis yang lain. Tup, tup, datang seorang kakak ni dari jabatan lain. Dia rasa kuih saya dan beritahu nak order tiga balang untuk anak-anaknya. Saya rasa macam... err... biar betul? Senang aje kut nak buat kuih tu. Sesiapa pun boleh buat rasanya. Kata kawan saya tu, memanglah semua orang boleh buat tapi tak semua orang ada masa nak buat. Dia kata lagi, inilah masanya untuk saya cari pendapatan lebih.

Tapi saya masih teragak-agak sebab saya dah buat jadual untuk menulis sepanjang bulan ni. Mana ada masa nak buat kuih untuk orang. Untuk diri sendiri pun masih terkial-kial nak belajar.

Saya masih tak percaya sebenarnya, ada juga orang nak order kuih saya yang simple tu.

Sekali lagi saya tanya kakak tu. Betul ke nak order kuih dengan saya. Kakak tu kata betullah dan macam tak kisah berapa pun harganya.

Okey, dan saya pun mula memikirkan nama untuk bisnes saya ni.

Nak letak Biskut A (A untuk nama saya, Aimi atau boleh juga A untuk kualiti yang terbaik).

Atau Biskut Mak Mi (panggilan anak-anak saudara saya kepada saya).

Atau mungkin Kuih Raya Mokmi :)


Bawa balik kampung sekejap aje dah habis!
 
 
Oh ya, selamat menjalani ibadah puasa buat semua! Saya belum berkesempatan singgah ke bazar. Dua hari ini masih gagahkan diri untuk memasak. Hehe~

Tiada ulasan: