Jemput LIKE page ini :))

Pengerah Jemari

Tentang Aku

Foto saya
Suka menulis, dengar lagu, baca novel dan berangan.

Selasa, 17 Jun 2014

Masih Ada yang Lebih Susah



Setiap pagi terpaksa bangun awal untuk kejar komuter nak pergi kerja kat Bangsar. Balik pulak bila langit dah gelap. Sedar tak sedar, dah setahun lebih menjalani rutin begini. Entah kenapa pagi ni rasa macam penat sangat. Rasa fed up dan malas nak pergi kerja. Rasa nak cari kerja lain yang lebih dekat dengan rumah. Pendek kata, kerja yang tak perlu berhabis hampir dua jam pergi dan balik naik KTM, LRT atau Star.

Kalau kerja dekat, mesti tak perlu susah payah bangun awal. Balik pun langit masih cerah. Maka, banyak kerja lain yang dapat dilakukan kat rumah. Misalnya, memasak untuk suami yang baru pulang dari pejabat. Malamnya pula boleh berehat-rehat atau menonton TV dengan suami atau menulis dengan senang hati.

Tapi nak buat macam mana, belum ada rezeki nak kerja kat Shah Alam walaupun dah banyak hantar resume. Pernah juga dipanggil temu duga tapi jawatan tu pula macam tak sesuai untuk orang yang dah kahwin macam saya walaupun jawatan tu pernah juga saya angan-angankan. Maka, terpaksalah dilupakan.

Salah satu sebab saya rasa malas ialah sebab penat menunggu. Walaupun kadang-kadang rasa macam dah keluar rumah awal tapi ada kalanya tren pula buat hal. Delay atau lambat tiba di stesen pada waktu yang sepatutnya. Lepas tu bila balik terpaksa berkejar-kejar. Kalau lambat, alamatnya terpaksalah menunggu 20 hingga 30 minit lagi. Pulak tu, kena berebut-rebut dan bersesak-sesak dengan orang ramai. Stres!
 
Dalam saya dok berkira-kira nak berhenti kerja tu, tiba-tiba saya ternampak seorang pemuda buta kemas berkemeja berjalan ke arah platform. Pemandangan ini bukan lagi asing. Setiap hari memang akan ada pemuda buta yang berjalan hanya berbekalkan sebatang tongkat. Tapi saya tak pasti orang yang sama atau orang lain-lain. Yang pastinya, mereka turut berkemeja seperti pemuda lain yang mahu ke pejabat. Kadang-kadang saya terfikir juga macam mana mereka menjalani rutin seharian mereka tanpa pancaindera melihat. Teringin juga nak tahu mereka kerja apa. Nampak macam kerja pejabat aje.

Pada waktu itu, barulah terdetik dalam hati, "Cuba tengok orang yang kurang bernasib baik, sedangkan mereka lagi 'kuat' daripada orang yang sempurna pancaindera. Sudah, jangan merungut! Banyak lagi orang yang tak ada kerja. Bersyukurlah..."

Saya insaf! T____T

Tiada ulasan: