Jemput LIKE page ini :))

Pengerah Jemari

Tentang Aku

Foto saya
Suka menulis, dengar lagu, baca novel dan berangan.

Jumaat, 29 Julai 2011

Duit Raya dari Syurga

Dua hari sahaja lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadan. Tapi ada yang sudah sibuk hendak raya. Okey, kalau begitu, apa kata kau orang dapatkan komik raya ini sekali? Hehehe.




Menghimpunkan kisah-kisah pembangun jiwa dalam bentuk komik. Menampilkan penulis dan pelukis hebat seperti Poyo, Jas, Bophairy, Pac, Ard One, Ash Kun, Amykamen, Nazry, Afiq dan Choppy.

Selamat menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri sebulan kemudian =)

Khamis, 28 Julai 2011

Novel "Pemuja Rahsia" Diulang Cetak

Alhamdulillah, selepas novel "Budak SMART", novel "Pemuja Rahsia" juga turut diulang cetak buat kali kedua.




Buku di bawah ialah buku cetakan pertama manakala buku di atas ialah buku cetakan kedua.

Untuk cetakan kedua ini, ada tiga perubahan yang telah dibuat. Siapa tahu apakah perubahan itu? =)

Rabu, 27 Julai 2011

Oh, lupa!

Baru saja ingat malam ini mahu merajinkan diri menyudahkan manusrip "Kugiran SMART" memandangkan laptop dan fail-fail dalamnya sudah selamat.

Namun tiba-tiba, aku teringat tentang projek cerpen bersama kawan-kawan yang masih belum disunting sebelum dihantar untuk dinilai.

Mujur cerpen-cerpen ini sudah siap ditulis. Tapi ketika aku membaca catatan lama di blog semalam, muncul pula idea baru!

Isnin, 25 Julai 2011

Ayuh Kerja!

Akhirnya, dapat juga laptop aku pulang dengan selamat.

Masa untuk menyambung kerja yang tertunda!

Rabu, 20 Julai 2011

Kosong

Baru mendapat berita daripada Dr. Laptop. Katanya, laptop aku mungkin perlu diformat semula.

Oh, tidak! Sekiranya diformat semula, maka segala kerja-kerja penulisan yang ada di dalamnya akan hilang.

Jika semuanya hilang, mungkin aku juga akan berhenti menulis kerana semangat itu sudah berkubur bersama manuskrip-manuskrip yang hilang itu.

Sejak laptop aku rosak hari itu pun aku sudah tiada semangat untuk menulis. Seolah-olah otak aku turut sama kosong bersama laptop yang rosak itu...

Ahad, 17 Julai 2011

Rapuh

Entah mengapa sejak akhir-akhir ini aku seolah-olah kehilangan semangat untuk menulis. Komputer riba rosak mungkin salah satu penyebabnya. Selain itu, mungkin juga atas beberapa sebab lagi. Berita gembira yang tidak berapa menggembirakan, penantian yang melelahkan dan macam-macam lagi.

Biasanya bagi menaikkan semula semangat yang kian rapuh, aku akan pergi ke kedai buku untuk melihat buku-buku baru yang berada di pasaran sekarang sambil mencari idea. Adakalanya aku akan mendapat idea hanya dengan menyelak dan membelek buku-buku tersebut.

Jika cara di atas tidak berkesan, aku akan memborong beberapa buah buku untuk dibaca seperti hari ini. Selepas dua hari aku bersantai bersama keluarga di Putrajaya, aku terus ke kedai buku Kinokuniya, KLCC memandangkan kedai buku yang berada berdekatan dengan rumah sewa aku tidak banyak buku baru.







Inilah buku-buku yang aku beli. Mudah-mudahan semangat aku akan kembali apabila membaca buku-buku ini kerana sudah ada pembaca yang bertanyakan tentang novel baru aku. Hua...

Ahad, 10 Julai 2011

Berhenti Menulis

Nampak gayanya kerja-kerja penulisan terpaksa dihentikan buat sementara waktu kerana komputer riba kesayanganku ini terpaksa dihantar ke hospital untuk menerima rawatan gara-gara kesihatannya yang tidak berapa baik kebelakangan ini.




Terlampau kuat bekerjalah ni kut. Huhu. Semoga cepat sembuh ya!

Aku menanti kepulanganmu.

Isnin, 4 Julai 2011

Untuk yang Ingin atau Sedang Bercinta

Hai, beruntungnya 'berkawan' dengan kartunis ini ya. Selalu dapat komik percuma tanpa diminta. Haha.




Kepada anda yang meminati cerita cinta romantik, bolehlah cuba baca komik yang bertemakan cinta terbitan Komik M ini. Mengandungi 9 kisah cinta daripada 9 orang kartunis yang berbeza.

Sweet, sweet juga. Namun, komik ini turut tidak lupa menyelitkan beberapa panduan dan peringatan kepada pasangan yang sedang bercinta khususnya kepada para remaja yang baru hendak belajar bercinta.

Jadi, jangan lupa mendapatkannya ya! Khabarnya komik ini baru sahaja keluar dari kilang. Hehe.