Jemput LIKE page ini :))

Pengerah Jemari

Tentang Aku

Foto saya
Suka menulis, dengar lagu, baca novel dan berangan.

Ahad, 27 Julai 2014

Lima Saja!

Alhamdulillah, kita sudah sampai ke hari terakhir bulan Ramadan. Pasti ibu-ibu dan para isteri sedang sibuk di dapur menyediakan kuih raya dan juadah sempena hari raya esok.
 
Raya tahun ini saya lebih menumpukan pada kuih raya. Baju raya pun saya tak beli. Entah kenapa tahun ini macam tak rasa nak beli baju raya. Tup, tup, ada seorang kawan cakap baju yang saya hantar untuk dijahit sudah siap. Eh, bukan lepas raya ke? Patutlah saya tak rasa nak beli baju raya, rupa-rupanya baju dah siap. Hee~
 
Pasal kuih raya pula, sebelum ini saya beli saja tapi tahun ini saya nak buat kelainan. Jadi, saya buat sendiri. Walaupun asyik tak jadi saja tapi saya cuba lagi dan buat research dalam Internet sambil tanya kawan-kawan yang biasa buat kuih.
 
Dan akhirnya, saya berjaya buat 5 jenis kuih raya! Dua jenis tidak menggunakan oven dan tiga jenis menggunakan oven. Yeay!
 
 
Cornflakes Coklat
 
 
Biskut Jejari Coklat
 
 
Semperit Pandan
 
 
Semperit
 
 
Kuih Sarang Semut
 
 
Kesemua resepi saya rujuk dalam Internet. Antara kelima-lima kuih ini, Cornflakes Coklat dan Biskut Jejari Coklat paling senang nak buat sebab tak perlu guna oven. Resepi Semperit Pandan pula saya ambil daripada Resepi Planta dalam YouTube. Klik di sini. Kali pertama cuba terus jadi! Hee~
 
Kuih yang paling susah nak buat pula ialah kuih semperit. Banyak kali buat masih tak jadi-jadi. Ada juga saya tanyakan kepada mak saudara saya dan mak saudara suami tentang resepinya. Begitulah hasilnya. Masih belum sempurna tapi bolehlah dimakan.
 
Kuih sarang semut pula percubaan kedua baru jadi. Kena pandai bermain dengan suhu oven. Alhamdulillah, menjadi juga akhirnya.
 
Eh, rasanya ada satu jenis lagi iaitu Biskut Nestle Cornflakes Klasik tapi adik lelaki saya sudah 'culik' satu balang. Maka, tinggal lima sajalah.
 
Sebenarnya ada beberapa jenis kuih lagi yang saya tak sempat nak cuba. Mungkin lepas balik dari kampung boleh cuba buat. Kuih-kuih ini saya akan bawa balik ke kampung pada hari raya pertama (^_____^)
 
Untuk anda, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin...

Selasa, 15 Julai 2014

Senangnya Memasak

Kakak saya yang sulung kata saya semakin rajin memasak sejak dah kahwin ni. Yalah, mestilah rajin sebab dah ada suami. Lagipun dapur kat rumah tu saya yang punya, jadi suka hatilah nak buat apa-apa pun. Nak tunggang terbalik pun, tak ada siapa yang nak marah. Hehe~
 
Dulu saya rasa memasak ni susah. Nak kena ingat bahan dan terpaksa berpanas di dapur. Tapi bila tengok resepi dalam Internet, senang aje rupanya.
 
Okey, salah satu tip yang saya guna bila nak cari resepi dalam Internet, taipkan perkataan 'mudah' di hujung nama resepi. Ayam masak merah mudah, sayur campur mudah, siakap masam manis mudah... Ha, maka resepi yang ditunjukkan memang mudah dan senang nak buat!
 
 
Siakap Masam Manis
 
 
Ini menu berbuka saya dan suami semalam. Selalu baca nama menu ni dalam novel. Sedap sangat ke? Tu yang rasa nak cuba. Bila dah cuba, rasa nak makan lagi sampai suami komplen. Mahal katanya. Kalau makan selalu, boleh bankrap. Huhu~ 
 
Jadi, saya pun cadangkan kita orang masak sendiri. Hanya perlukan seekor ikan siakap, cili padi, bawang, halia, sos cili, sos tomato, air, nenas, tomato, garam, gula dan sedikit serbuk kunyit untuk menggoreng ikan. Senang aje, kan?

Sebelum tu pun saya masih sempat buat Kuih Buah Melaka. Hanya campurkan tepung pulut dengan air pandan dan pewarna hijau. Masak dalam periuk kemudian gaulkan dengan kelapa parut.
 
Kuih Buah Melaka
 
Jadi, siapa kata memasak itu susah?

Isnin, 14 Julai 2014

Kuih Raya Tahun Ini

Alhamdulillah, dah dua minggu kita berpuasa. Ini bermakna lagi dua minggu kita akan menyambut kedatangan bulan Syawal. Mungkin disebabkan itulah kat mana-mana tempat pun sesak dengan orang ramai. SACC Mall, PKNS, Plaza Alam Sentral, Giant, mahupun Aeon Big semuanya penuh dengan orang yang nak shopping raya!

Saya tak risau sangat pasal baju. Pakai aje baju yang ada. Yalah, sebab saya dah banyak baju baru gara-gara badan dah 'mengembang'. Hee~ Saya lebih risaukan kuih raya daripada baju raya. Memandangkan saya dah berazam tahun ni saya tak nak beli kuih raya, maka nak tak nak, kena buat juga walaupun cuma dua tiga jenis. 

Kuih pertama, kuih Cornflakes Coklat. Tak ada masalah. Dah pakar. Ahak~

 

Kuih kedua, Bebola Mentega Kacang. Baru buat beberapa biji. Sengaja nak rasa dulu.

 

Kuih ketiga, Biskut Nestle Cornflakes Klasik.

Kuih keempat, Cornflakes Madu.

Eh?

Dah tak ada kuih lain ke? Balik balik guna Cornflakes dan bahan-bahan yang sama. Cuma tukar perisa dan bentuk aje. Hee~

Ahad, 6 Julai 2014

Pengalaman Buat Kuih Raya Sendiri

Alhamdulillah, kita sudah masuk hari kelapan dalam bulan Ramadan. Sepanjang lapan hari ini memang saya tidak bukak laptop langsung. Manuskrip pun terperap saja walaupun sudah mencecah 200 muka surat lebih. Tak tahulah kenapa puasa kali ni rasa macam penat sangat. Balik kerja, memasak, lepas isyak terus tidur. Keesokannya bangun awal untuk bersahur. Begitulah hari-hari. Tengok laptop pun dah tak lalu.

Selepas buat kuih Cornflakes Coklat hari tu, saya cuba pula buat kuih lain seperti semperit dan sarang semut berpandukan resepi dalam Internet dan Youtube. Tengok orang buat macam senang, saya pun buatlah juga. Memang ikut resepi dalam Youtube sebijik-sebijik. Sukatan tepung, marjerin, telur... Tapi bila masuk oven, mak aih! Fail!

Okey, nak buat kuih bukan setakat tahu bancuhan dan bahan-bahan tapi juga kena tahu cara nak guna oven. Nak guna api atas ke, api bawah atau api atas bawah. Yalah, kalau tengok Youtube pun mana ada yang ajar guna oven. Semuanya setakat tunjuk buat bancuhan kuih, bentukkan dalam acuan kemudian bakar pada suhu sekian sekian selama sekian sekian. Kan?


Ni gambar Google tapi macam nilah rupa oven saya.
 

Dalam masa dua hari saja, dah berapa banyak bancuhan yang terpaksa saya buang. Kali pertama, saya cuba buat biskut Dahlia. Kata suami, bancuhan agak keras tapi rasanya ada. So, dikira tak jadi dan terpaksa dibuang.

Kali kedua, saya cuba buat kuih Sarang Semut pula. Siap pakai alat penimbang! Dah siap parut, masukkan ke dalam cawan kertas. Ada rupa. Rasanya pun sedap. Tapi bila masuk oven, lebur!

Kali ketiga, saya cuba buat semperit lepas mintak resepi daripada ibu saudara. Masalahnya pula doh tu macam tak bersatu. Pecah-pecah. So, tak dapat nak bentuk. Tapi bila rasa, okey aje.

Rasa give up pula nak buat kuih raya sendiri. Patutlah orang lebih suka beli. Tak payah susah-susah nak berlumur dengan tepung segala bagai. Masak lauk-pauk pun tak sesusah macam ni. Main campak-campak aje sesuka hati. Tapi jadi jugak. Agaknya saya lebih sesuai buat kuih yang tak perlu guna oven. Huhu~

Tapi bila mengenangkan banyak duit dah habis beli mixer, oven dan bahan-bahan macam orang nak berniaga, maka harus gagahkan diri buat sampai jadi!