Jemput LIKE page ini :))

Pengerah Jemari

Tentang Aku

Foto saya
Suka menulis, dengar lagu, baca novel dan berangan.

Rabu, 10 Disember 2014

Ekspo Buku Malaysia 2014

Assalamualaikum!

Hari ini sudah 10 Disember 2014! Hal ini bermakna Ekspo Buku Malaysia sudah bermula di PWTC! Bagi yang belum tahu, ekspo ini akan diadakan selama 4 hari iaitu bermula pada hari ini hingga 14 Disember nanti.

Seperti biasa, pelbagai diskaun dan hadiah menarik menanti para pengunjung. Walaupun baru hari pertama, kelihatan ramai juga pengunjung. Mungkin kerana masih dalam waktu cuti sekolah. Eh, saya tak pergi. Cuma tengok dalam Facebook penerbit KaryaSeni saja. Hee~

Buat masa ini, saya belum pasti sama ada saya akan pergi ke sana atau tidak. Bergantung pada kesihatan. Saya pun hampir confuse sebenarnya sebab banyak sangat pesta buku tahun ini. Apatah lagi dengan keadaan sekarang, saya sudah kurang berjalan. Jadi, bukan semua pesta buku saya dapat pergi.

Kalau anda nak tahu apa kelainan pesta buku yang ni, kenalah datang sendiri tengok ya.

Ahad, 23 November 2014

Jualan Buku Akhir Tahun 2014

Assalamualaikum.

Bermula 20 November yang lalu, suatu pesta buku atau lebih dikenali dengan Jualan Buku Akhir Tahun 2014 telah pun berlangsung di Dewan 6, KLCC sehingga 23 November iaitu hari ini. Cadangnya nak pergi jenguk sekejap tapi suami saya kata jauh kalau saya nak berjalan ke sana dengan keadaan sekarang. Jadi, terpaksalah kirim gambar sahaja. Sob... sob...
 
Ha, ini novel Cinta Gantung di booth KaryaSeni dan Penulisan2u. Kepada pembaca yang singgah ke sana, bolehlah dapatkan novel ini dengan harga istimewa. Dengar-dengarnya, ada diskaun hebat!
 
 
Novel Cinta Gantung di booth Pen2u
 
 
Selain novel Cinta Gantung, khabarnya dua buah novel remaja saya iaitu Budak SMART dan Pemuja Rahsia juga ada dijual di sana yakni di booth Gemilang Publishing. Kepada pembaca yang masih tercari-cari akan novel-novel ini, bolehlah dapatkannya di sana ya.
 
 
Novel Budak SMART dan Pemuja Rahsia di booth Gemilang Publishing
 
 
Dengar kata, Ana Muslim pun ada buka booth di sana. Jadi, bagi pembaca novel kanak-kanak, jangan lupa dapatkan novel kanak-kanak saya yang berjudul Aina Masuk Asrama, Mama Sayang Wawa dan Aku Nombor Satu di booth Ana Muslim ya.

Isnin, 10 November 2014

10.11.12

Waktu saya belajar di Shah Alam, dia pula menetap di Shah Alam. Tapi kami tak pernah bertemu apatah lagi berkenalan.


Waktu saya praktikal di PTS, dia pula melukis untuk PTS. Tapi kami tak pernah bertemu apatah lagi berkenalan.


Kami berkenalan dalam blog dan akhirnya bertemu di PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009. Waktu itu saya baru nak membina kerjaya tapi dia ada nama dalam industri. Saya hanya 'salesgirl' yang mempromosikan komik OKA tapi dia pula dah ada buku sendiri dan sibuk layan peminat yang mintak autograf.


Selepas 3 tahun berkawan, kami mengikat tali pertunangan pada 1 Julai 2012 dan 4 bulan kemudian sah menjadi suami isteri iaitu pada 10 November 2012. Kini, usia perkahwinan kami genap 2 tahun. Alhamdulillah...

Ahad, 26 Oktober 2014

KS dan Pen2u di Karnival Jom Heboh

Assalamualaikum.

Wah, lama betul saya tak update blog ini! Maklumlah, agak kurang sihat sejak kebelakangan ini. Ini pun baru baik daripada demam sejak Khamis yang lalu.
 
Dah dekat sebulan juga saya tak buka laptop. Hanya baru-baru ini baru ada mood nak buka laptop. Sempat juga menaip sebuah cerpen tapi masih belum digilap sepenuhnya. Hanya menaip apa-apa yang ada dalam kepala pada waktu itu.
 
Bulan ini masuk 9 bulan novel Cinta Gantung berada di pasaran. Alhamdulillah, menerusi surat yang diterima daripada pihak Penulisan2u semalam, sambutan terhadap novel ini sangat menggalakkan. Terima kasih kepada pembaca yang menyokong novel ini meskipun konfliknya tidaklah terlalu berat dan mungkin agak 'keanak-anakkan' bagi sesetengah pembaca.
 
Oh ya, buat anda yang masih belum memiliki novel Cinta Gantung, anda berpeluang mendapatkannya di beberapa karnival yang akan disertai oleh pihak Penulisan2u dan KaryaSeni.
 






Menurut bos besar KaryaSeni, pihak Penulisan2u dan KaryaSeni juga akan memeriahkan Karnival Jom Heboh di Selangor dan Kedah nanti. Jadi, jangan lupa singgah di booth kami ya (^____^)

Sabtu, 30 Ogos 2014

Pesta Buku Selangor 2014

Pesta Buku Selangor 2014 di SACC, Shah Alam sudah pun bermula semalam. Saya sempat ke sana sekejap sahaja memandangkan ada hal penting. Saya sempat 'memborong' beberapa buah novel di KaryaSeni dan kedai buku Online Bookseller. Antaranya ialah Projek Memikat Suami (Hanina Abdullah), Meh Sandarkan Padaku (Aifa Batrisya), Sejak Kita Bertemu (Camellia), Rahsia Gadis VIP (Maria Kajiwa) dan Lamaran Untuk Teman Hati (Wawa Taufik).
 
Novel Projek Memikat Suami dan Sejak Kita Bertemu sebenarnya saya nak hadiahkan kepada seorang kawan ofis yang akan berkahwin pada hari ini. Hehe~ Tak pernah dibuat orang bagi hadiah novel untuk hadiah kahwin! Tapi saya dah sediakan satu hadiah lagi yang sesuai untuk orang yang baru mendirikan rumah tangga. Hee~
 
Kepada sesiapa yang ingin berkunjung ke SACC, novel-novel saya boleh didapati di booth KaryaSeni (Cinta Gantung) dan Ana Muslim (Aina Masuk Asrama, Mama Sayang Wawa dan Aku Nombor Satu).
 
 
Gambar-gambar yang sempat diambil.
 
 
Berikut adalah lokasi booth KaryaSeni dan Ana Muslim.


Booth KaryaSeni dan Penulisan2u

Booth Ana Muslim
 
 
Pesta buku ini akan berlangsung lebih kurang selama 10 hari. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk ke SACC yang terletak bersebelahan dengan Kompleks PKNS dan berdepan dengan SACC Mall. Dengar khabar, pelakon pun ada di sana.

Khamis, 21 Ogos 2014

Pengalaman berada di konti Putra FM

Seawal jam 9:00 pagi lagi saya dan suami sudah bertolak ke Serdang untuk menghadiri sesi temubual di radio Putra FM milik UPM. Kami bertolak awal supaya tak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan sebagai langkah persediaan awal.

Tup, tup, dalam pukul 10:00 pagi kami sudah sampai di Serdang. Jadi, kami singgah di The Mines dulu sebab saya nak beli sedikit cenderahati untuk staf Putra FM. Lepas tu kami terus bertolak ke UPM mencari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Dengan adanya bantuan GPS, perjalanan kami sangat lancar.

 
Okey, sebenarnya tak adalah lancar sangat pun. Ada juga salah masuk lorong dan terpaksa patah balik. Ha, itulah gunanya keluar awal. Hehe~ Waktu kami tiba di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi pun, jam baru menunjukkan 10:30 pagi. Jadi, kami membuat keputusan untuk mencari stesen radio Putra FM sambil berjalan-jalan di sekitar fakulti.

Dipendekkan cerita, waktu tu saya memang dah nervous. Masa tulah perut nak sakit, jantung berdegup kencang, badan rasa tak sihat... macam ada rama-rama dalam perut. Tapi masih duduk relaks sambil main WhatsApp dan Facebook (sanggup buat data plan untuk sehari semata-mata nak update Facebook). Hee~

 
Pukul 11:30 pagi, kami terus pergi ke konti untuk berjumpa dengan staf Putra FM. Borak-borak sementara menunggu jam 12:00 tengah hari. Tiga minit sebelum pukul 12:00, dia orang dah panggil masuk konti. Mulalah nervous balik!

 
Saya tak tahu apa yang saya 'merapu' sepanjang temubual berlangsung. Semuanya saya cakap secara spontan aje. Mungkin sebab tu ada ayat yang berterabur. Saya cuma berdoa mudah-mudahan temubual cepat berlalu. Hehe~


Apa-apa pun, ini merupakan pengalaman baru buat saya. Terima kasih kepada pihak KaryaSeni dan Penulisan2u yang sudi memberikan ruang dan peluang kepada saya serta pihak Putra FM sendiri yang memberi layanan yang baik.

Oh, rupa-rupanya DJ tu orang kampung saya juga dan bekas pelajar UiTM! Sama-sama orang Kuantan tapi berjumpa di Serdang. Sama-sama pelajar UiTM tapi berjumpa di UPM. Hee~

Selasa, 19 Ogos 2014

Temu Bual dalam Novel di Putra

 
Tarikh: 21 Ogos 2014
Hari: Khamis
Masa: 12:00 tengah hari hingga 1:00 petang
 
Boleh dengar di putrafm.upm.edu.my
Alamat e-mail ini terproteksi dari bot spam, Anda harus mengaktifkan Javascript untuk melihatnya.
 
Hai, rasa nervous pulak! Walaupun waktu belajar kat UiTM Shah Alam dulu pernah jugak merasa jadi DJ untuk assignment Broadcast Production. Hehe~

Isnin, 4 Ogos 2014

Cerita Raya

Cuti raya dah habis. Ramai yang dah kembali bekerja. Untuk mengelakkan kesesakan jalan raya, saya dan suami pulang awal sedikit ke Shah Alam. Maka, pagi hari Sabtu kami sudah bertolak pulang ke tempat mencari rezeki.
 
Memandangkan sebelum balik kampung hari tu, tak sempat nak kemas rumah, maka dua hari cuti yang ada digunakan untuk mengemas rumah. Saya juga sempat menyiapkan dua jenis kuih untuk dibawa ke ofis. Dulu beli tepung tak ingat dunia, dah macam orang nak berniaga. So, sekarang terpaksalah menghabiskan tepung-tepung tu.
 
Untuk menebus ketidakpuasan hati saya, saya buat semula kuih semperit. Kali ini saya ikut saranan mak cik supaya menggaulkan kesemua bahan untuk mengelakkan mentega dan gula kembang supaya bila bakar nanti kuih tak kembang. Alhamdulillah, hasilnya dapat 'bunga' yang cantik sedikit daripada hari tu. Rasanya pun mirip dengan semperit yang biasa mak cik saya buat. Yeay! Mak cik sarankan saya buat sampai mahir.


Semperit Mak Busu :p
 
Malamnya pula saya cuba satu resepi baru. Senang aje! Caranya sama macam buat kuih Cornflakes Coklat tapi menggunakan coklat putih dan tambahkan beberapa bahan lain seperti badam dan kismis. Resepi asal ada letak kuaci dan bijan tapi saya tak letak sebab tak berapa gemar.
 
Mutiara Coklat Kekacang (Kelas kan namanya?)
 
 
Bila bawak pergi ofis, ramai yang kata sedap. Belum sampai waktu balik dah habis. Ada yang cari resepi ni dalam Internet. Hmm, saya tak pasti sama ada resepi kuih ni ada dalam Internet atau tak sebab saya ambil resepi kuih ni dari belakang kotak Cornflakes kat rumah mak abah masa raya hari tu. Hee~


 
Termasuk dua jenis kuih ni, maka ada enam jenis kuih yang saya buat tahun ini. Dan kuih yang paling menjadi kegemaran keluarga saya ialah...

CORNFLAKES COKLAT
(Walaupun ada dua balang tapi tetap habis dulu.)

Tempat kedua...
BISKUT JEJARI COKLAT


Kedua-dua kuih ni tak perlu guna oven. Mungkin sebab guna coklat Beryl, tu yang semua orang suka. Ahak~ Untuk kuih Mutiara Coklat Kekacang pun saya guna jenama Beryl. Agaknya kalau saya bawak balik kuih ni, mesti kuih ni pun keluarga saya suka :)

Ahad, 27 Julai 2014

Lima Saja!

Alhamdulillah, kita sudah sampai ke hari terakhir bulan Ramadan. Pasti ibu-ibu dan para isteri sedang sibuk di dapur menyediakan kuih raya dan juadah sempena hari raya esok.
 
Raya tahun ini saya lebih menumpukan pada kuih raya. Baju raya pun saya tak beli. Entah kenapa tahun ini macam tak rasa nak beli baju raya. Tup, tup, ada seorang kawan cakap baju yang saya hantar untuk dijahit sudah siap. Eh, bukan lepas raya ke? Patutlah saya tak rasa nak beli baju raya, rupa-rupanya baju dah siap. Hee~
 
Pasal kuih raya pula, sebelum ini saya beli saja tapi tahun ini saya nak buat kelainan. Jadi, saya buat sendiri. Walaupun asyik tak jadi saja tapi saya cuba lagi dan buat research dalam Internet sambil tanya kawan-kawan yang biasa buat kuih.
 
Dan akhirnya, saya berjaya buat 5 jenis kuih raya! Dua jenis tidak menggunakan oven dan tiga jenis menggunakan oven. Yeay!
 
 
Cornflakes Coklat
 
 
Biskut Jejari Coklat
 
 
Semperit Pandan
 
 
Semperit
 
 
Kuih Sarang Semut
 
 
Kesemua resepi saya rujuk dalam Internet. Antara kelima-lima kuih ini, Cornflakes Coklat dan Biskut Jejari Coklat paling senang nak buat sebab tak perlu guna oven. Resepi Semperit Pandan pula saya ambil daripada Resepi Planta dalam YouTube. Klik di sini. Kali pertama cuba terus jadi! Hee~
 
Kuih yang paling susah nak buat pula ialah kuih semperit. Banyak kali buat masih tak jadi-jadi. Ada juga saya tanyakan kepada mak saudara saya dan mak saudara suami tentang resepinya. Begitulah hasilnya. Masih belum sempurna tapi bolehlah dimakan.
 
Kuih sarang semut pula percubaan kedua baru jadi. Kena pandai bermain dengan suhu oven. Alhamdulillah, menjadi juga akhirnya.
 
Eh, rasanya ada satu jenis lagi iaitu Biskut Nestle Cornflakes Klasik tapi adik lelaki saya sudah 'culik' satu balang. Maka, tinggal lima sajalah.
 
Sebenarnya ada beberapa jenis kuih lagi yang saya tak sempat nak cuba. Mungkin lepas balik dari kampung boleh cuba buat. Kuih-kuih ini saya akan bawa balik ke kampung pada hari raya pertama (^_____^)
 
Untuk anda, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin...

Selasa, 15 Julai 2014

Senangnya Memasak

Kakak saya yang sulung kata saya semakin rajin memasak sejak dah kahwin ni. Yalah, mestilah rajin sebab dah ada suami. Lagipun dapur kat rumah tu saya yang punya, jadi suka hatilah nak buat apa-apa pun. Nak tunggang terbalik pun, tak ada siapa yang nak marah. Hehe~
 
Dulu saya rasa memasak ni susah. Nak kena ingat bahan dan terpaksa berpanas di dapur. Tapi bila tengok resepi dalam Internet, senang aje rupanya.
 
Okey, salah satu tip yang saya guna bila nak cari resepi dalam Internet, taipkan perkataan 'mudah' di hujung nama resepi. Ayam masak merah mudah, sayur campur mudah, siakap masam manis mudah... Ha, maka resepi yang ditunjukkan memang mudah dan senang nak buat!
 
 
Siakap Masam Manis
 
 
Ini menu berbuka saya dan suami semalam. Selalu baca nama menu ni dalam novel. Sedap sangat ke? Tu yang rasa nak cuba. Bila dah cuba, rasa nak makan lagi sampai suami komplen. Mahal katanya. Kalau makan selalu, boleh bankrap. Huhu~ 
 
Jadi, saya pun cadangkan kita orang masak sendiri. Hanya perlukan seekor ikan siakap, cili padi, bawang, halia, sos cili, sos tomato, air, nenas, tomato, garam, gula dan sedikit serbuk kunyit untuk menggoreng ikan. Senang aje, kan?

Sebelum tu pun saya masih sempat buat Kuih Buah Melaka. Hanya campurkan tepung pulut dengan air pandan dan pewarna hijau. Masak dalam periuk kemudian gaulkan dengan kelapa parut.
 
Kuih Buah Melaka
 
Jadi, siapa kata memasak itu susah?

Isnin, 14 Julai 2014

Kuih Raya Tahun Ini

Alhamdulillah, dah dua minggu kita berpuasa. Ini bermakna lagi dua minggu kita akan menyambut kedatangan bulan Syawal. Mungkin disebabkan itulah kat mana-mana tempat pun sesak dengan orang ramai. SACC Mall, PKNS, Plaza Alam Sentral, Giant, mahupun Aeon Big semuanya penuh dengan orang yang nak shopping raya!

Saya tak risau sangat pasal baju. Pakai aje baju yang ada. Yalah, sebab saya dah banyak baju baru gara-gara badan dah 'mengembang'. Hee~ Saya lebih risaukan kuih raya daripada baju raya. Memandangkan saya dah berazam tahun ni saya tak nak beli kuih raya, maka nak tak nak, kena buat juga walaupun cuma dua tiga jenis. 

Kuih pertama, kuih Cornflakes Coklat. Tak ada masalah. Dah pakar. Ahak~

 

Kuih kedua, Bebola Mentega Kacang. Baru buat beberapa biji. Sengaja nak rasa dulu.

 

Kuih ketiga, Biskut Nestle Cornflakes Klasik.

Kuih keempat, Cornflakes Madu.

Eh?

Dah tak ada kuih lain ke? Balik balik guna Cornflakes dan bahan-bahan yang sama. Cuma tukar perisa dan bentuk aje. Hee~

Ahad, 6 Julai 2014

Pengalaman Buat Kuih Raya Sendiri

Alhamdulillah, kita sudah masuk hari kelapan dalam bulan Ramadan. Sepanjang lapan hari ini memang saya tidak bukak laptop langsung. Manuskrip pun terperap saja walaupun sudah mencecah 200 muka surat lebih. Tak tahulah kenapa puasa kali ni rasa macam penat sangat. Balik kerja, memasak, lepas isyak terus tidur. Keesokannya bangun awal untuk bersahur. Begitulah hari-hari. Tengok laptop pun dah tak lalu.

Selepas buat kuih Cornflakes Coklat hari tu, saya cuba pula buat kuih lain seperti semperit dan sarang semut berpandukan resepi dalam Internet dan Youtube. Tengok orang buat macam senang, saya pun buatlah juga. Memang ikut resepi dalam Youtube sebijik-sebijik. Sukatan tepung, marjerin, telur... Tapi bila masuk oven, mak aih! Fail!

Okey, nak buat kuih bukan setakat tahu bancuhan dan bahan-bahan tapi juga kena tahu cara nak guna oven. Nak guna api atas ke, api bawah atau api atas bawah. Yalah, kalau tengok Youtube pun mana ada yang ajar guna oven. Semuanya setakat tunjuk buat bancuhan kuih, bentukkan dalam acuan kemudian bakar pada suhu sekian sekian selama sekian sekian. Kan?


Ni gambar Google tapi macam nilah rupa oven saya.
 

Dalam masa dua hari saja, dah berapa banyak bancuhan yang terpaksa saya buang. Kali pertama, saya cuba buat biskut Dahlia. Kata suami, bancuhan agak keras tapi rasanya ada. So, dikira tak jadi dan terpaksa dibuang.

Kali kedua, saya cuba buat kuih Sarang Semut pula. Siap pakai alat penimbang! Dah siap parut, masukkan ke dalam cawan kertas. Ada rupa. Rasanya pun sedap. Tapi bila masuk oven, lebur!

Kali ketiga, saya cuba buat semperit lepas mintak resepi daripada ibu saudara. Masalahnya pula doh tu macam tak bersatu. Pecah-pecah. So, tak dapat nak bentuk. Tapi bila rasa, okey aje.

Rasa give up pula nak buat kuih raya sendiri. Patutlah orang lebih suka beli. Tak payah susah-susah nak berlumur dengan tepung segala bagai. Masak lauk-pauk pun tak sesusah macam ni. Main campak-campak aje sesuka hati. Tapi jadi jugak. Agaknya saya lebih sesuai buat kuih yang tak perlu guna oven. Huhu~

Tapi bila mengenangkan banyak duit dah habis beli mixer, oven dan bahan-bahan macam orang nak berniaga, maka harus gagahkan diri buat sampai jadi!

Isnin, 30 Jun 2014

Kuih Raya Mokmi

Berminggu-minggu yang lalu, ada seorang kawan ofis saya meminta saya buatkan kek batik untuknya. Kemudian, saya teringat pula seorang kawan ofis saya yang lain ada meminta saya buatkan kuih sagu. Kalau saya buatkan untuk orang ni aje, nanti yang seorang lagi tu akan terasa pula. Maka, saya cuba juga penuhi kedua-dua permintaan.

Memandangkan ofis saya akan menganjurkan sedikit jamuan sempena menyambut ketibaan Ramadan, jadi saya bercadang nak bawa kuih sagu pada hari tersebut memandangkan macam ramai aje yang akan bawa kek. Sehari sebelumnya saya bawa kek batik untuk kawan saya yang 'mengidam' ni. Selain kek batik, saya juga bawa kuih raya yang pertama kali saya buat iaitu Cornflakes Coklat. Sebelum ni saya pernah bawa juga tapi guna coklat jenama lain.

Nak dijadikan cerita, kawan saya yang 'mengidam' kek batik ni menjadi PR tak berbayar saya dengan mempromosikan kuih raya dan kek batik saya kepada kawan-kawan ofis yang lain. Tup, tup, datang seorang kakak ni dari jabatan lain. Dia rasa kuih saya dan beritahu nak order tiga balang untuk anak-anaknya. Saya rasa macam... err... biar betul? Senang aje kut nak buat kuih tu. Sesiapa pun boleh buat rasanya. Kata kawan saya tu, memanglah semua orang boleh buat tapi tak semua orang ada masa nak buat. Dia kata lagi, inilah masanya untuk saya cari pendapatan lebih.

Tapi saya masih teragak-agak sebab saya dah buat jadual untuk menulis sepanjang bulan ni. Mana ada masa nak buat kuih untuk orang. Untuk diri sendiri pun masih terkial-kial nak belajar.

Saya masih tak percaya sebenarnya, ada juga orang nak order kuih saya yang simple tu.

Sekali lagi saya tanya kakak tu. Betul ke nak order kuih dengan saya. Kakak tu kata betullah dan macam tak kisah berapa pun harganya.

Okey, dan saya pun mula memikirkan nama untuk bisnes saya ni.

Nak letak Biskut A (A untuk nama saya, Aimi atau boleh juga A untuk kualiti yang terbaik).

Atau Biskut Mak Mi (panggilan anak-anak saudara saya kepada saya).

Atau mungkin Kuih Raya Mokmi :)


Bawa balik kampung sekejap aje dah habis!
 
 
Oh ya, selamat menjalani ibadah puasa buat semua! Saya belum berkesempatan singgah ke bazar. Dua hari ini masih gagahkan diri untuk memasak. Hehe~

Rabu, 18 Jun 2014

Kuih Raya Saya yang Pertama

Puasa pun belum tapi saya dah gigih cari resepi kuih raya dalam Internet. Hehe~ Dan rupa-rupanya ada kuih yang senang nak dibuat. Cuma perlukan Cornflakes dan coklat masakan!

Begitu senang?



TAMBAH



Cairkan coklat masakan, kemudian gaulkan dengan Cornflakes sampai sebati. Bila dah sebati, masukkan ke dalam cawan kertas dengan sudu kecik. Kalau nak menarik, letakkan gula manik yang warna-warni tu. Ada juga yang letak badam. Terpulang pada cita rasa masing-masing.

Dan inilah hasilnya...


Cornflakes Coklat


Kalau tahu ada resepi yang senang macam ni, dah lama saya buat. Ahak~ Selama 29 tahun hidup, inilah kali pertama saya buat kuih raya sendiri. Sebelum ni cuma tolong-tolong mak aje. Entah kenapa tiba-tiba rasa nak buat kuih raya sendiri tahun ni.

Mungkin sebab selalu beli kuih tapi rasanya tak seberapa. Tambahan pula, tahun ni adalah tahun kedua saya akan menyambut hari raya sebagai isteri orang. Jadi, sampai bila nak beli 'kuih tunjuk' aje, kan?

Lepas ni nak buat kuih Coklat Crispy Badam pulak. Sama aje, cuma perlukan coklat masakan, badam dan crispy. Alah, kita buat yang senang-senang aje dulu. Nanti bila dah pro, baru buat kuih yang susah sikit. Hee~

Selasa, 17 Jun 2014

Masih Ada yang Lebih Susah



Setiap pagi terpaksa bangun awal untuk kejar komuter nak pergi kerja kat Bangsar. Balik pulak bila langit dah gelap. Sedar tak sedar, dah setahun lebih menjalani rutin begini. Entah kenapa pagi ni rasa macam penat sangat. Rasa fed up dan malas nak pergi kerja. Rasa nak cari kerja lain yang lebih dekat dengan rumah. Pendek kata, kerja yang tak perlu berhabis hampir dua jam pergi dan balik naik KTM, LRT atau Star.

Kalau kerja dekat, mesti tak perlu susah payah bangun awal. Balik pun langit masih cerah. Maka, banyak kerja lain yang dapat dilakukan kat rumah. Misalnya, memasak untuk suami yang baru pulang dari pejabat. Malamnya pula boleh berehat-rehat atau menonton TV dengan suami atau menulis dengan senang hati.

Tapi nak buat macam mana, belum ada rezeki nak kerja kat Shah Alam walaupun dah banyak hantar resume. Pernah juga dipanggil temu duga tapi jawatan tu pula macam tak sesuai untuk orang yang dah kahwin macam saya walaupun jawatan tu pernah juga saya angan-angankan. Maka, terpaksalah dilupakan.

Salah satu sebab saya rasa malas ialah sebab penat menunggu. Walaupun kadang-kadang rasa macam dah keluar rumah awal tapi ada kalanya tren pula buat hal. Delay atau lambat tiba di stesen pada waktu yang sepatutnya. Lepas tu bila balik terpaksa berkejar-kejar. Kalau lambat, alamatnya terpaksalah menunggu 20 hingga 30 minit lagi. Pulak tu, kena berebut-rebut dan bersesak-sesak dengan orang ramai. Stres!
 
Dalam saya dok berkira-kira nak berhenti kerja tu, tiba-tiba saya ternampak seorang pemuda buta kemas berkemeja berjalan ke arah platform. Pemandangan ini bukan lagi asing. Setiap hari memang akan ada pemuda buta yang berjalan hanya berbekalkan sebatang tongkat. Tapi saya tak pasti orang yang sama atau orang lain-lain. Yang pastinya, mereka turut berkemeja seperti pemuda lain yang mahu ke pejabat. Kadang-kadang saya terfikir juga macam mana mereka menjalani rutin seharian mereka tanpa pancaindera melihat. Teringin juga nak tahu mereka kerja apa. Nampak macam kerja pejabat aje.

Pada waktu itu, barulah terdetik dalam hati, "Cuba tengok orang yang kurang bernasib baik, sedangkan mereka lagi 'kuat' daripada orang yang sempurna pancaindera. Sudah, jangan merungut! Banyak lagi orang yang tak ada kerja. Bersyukurlah..."

Saya insaf! T____T

Sabtu, 14 Jun 2014

Cerah, Langsing dan Cergas

Assalamualaikum!

Beberapa hari ini saya banyak buat kajian tetap produk-produk kesihatan + kecantikan. Tiba-tiba rasa nak cuba bila baca blog seorang blogger ini. Kalau dulu kawan-kawan ofis sibuk dengan Harum Malam (selalu nak tersebut Harum Manis), saya macam tak berminat.
 
Tapi bila semua baju dah tak muat (walaupun belum pernah beranak), mulalah rasa stres! Daripada saiz S bertukar ke saiz M dan sekarang pula saiz M pun rasa macam ngam-ngam aje. Tak boleh jadi ni! Kena buat sesuatu. Jadi, saya pun mulakan kajian produk yang harus saya ambil.
 
 
Harum Malam
 
Berdasarkan komen kawan-kawan ofis yang menggunakan produk ini, macam-macam kesan bergantung pada setiap individu. Ada yang rasa lebih bertenaga dan kurang letih, ada pula yang rasa badan gatal-gatal. Jadi, kesannya tidak sama untuk setiap individu. Tapi senang nak ambil, cuma makan satu sudu pagi dan satu sudu malam. Tapi entah kenapa saya tak berani nak cuba produk ni.
 
 
Perla Chocolate Milk
 
Muka saya pada asalnya tak adalah segelap sekarang tapi sebab masa sekolah dulu suka berjemur, maka inilah kesannya. Kalau satu badan yang gelap tak apa, ini muka aje gelap tapi tangan dan kaki cerah. Huhu~ Jadi, mulalah berangan nak cerah balik. Tengok produk ni, minum 1-2 minggu kulit akan jadi putih, gebu dan berseri. Cepatnya! Takutlah pula. Lagipun saya tak naklah cerah sangat, cuma nak samakan muka dengan badan aje. Cara pengambilan hanya sekali sehari.
 
 
Perl Xlim
 
Memandangkan badan saya sekarang sudah menghampiri saiz L setelah hampir 2 tahun berkahwin, mula terfikir nak kuruskan badan balik. Bak kata seorang kawan, "Jangan besarkan baju tapi kecikkan badan!" Produk ini dicadangkan untuk mereka yang ingin langsing. Ada perisa kopi dan coklat. Cara pengambilan dua kali sehari. Tapi saya nak langsing dan cerah. Okey, tengok produk lain dulu.
 
 
Ephyra
 
Lepas sembang-sembang dengan seorang kawan ofis, dia kata nak cuba produk ni. Macam okey aje katanya. Jadi, kami bercadang nak beli hujung bulan ni lepas dapat gaji. Tapi ada pula kawan di ofis mencadangkan InnerShine pula.
 
 
Inner Shine
 
Wah! Bertambah susah nak buat pilihan. Kemudian, kawan lain pula cakap pasal Blinq. Katanya, seorang kawan ofis kami juga mengambil produk ini dan nampak perubahannya. Kulit jadi cerah, badan jadi langsing dan nampak cergas bertenaga!
 
 
Blinq
 
Produk ni pun nampak macam okey dan sesuai diamalkan pada bulan Ramadan yang akan datang sebab ia akan mengekalkan tenaga kita sepanjang hari. .Jadi, saya pun cuba bertanya pada kawan yang pernah minum tu dan dia kata memang berkesan tapi dia dah lama berhenti minum sebab dia ambil produk lain pula. Kemudian, dia tanya saya, nak set untuk apa sama ada untuk subur, untuk kurus atau lain. Kemudian, dia cadangkan produk Shaklee ESP untuk kulit cerah, badan langsing dan kekal cergas.
 
Shaklee
 
Pesannya, kena pilih betul-betul sebab ini soal kesihatan kita untuk jangka panjang. Kalau kesan dalam sekelip mata pun tapi kalau memudaratkan diri kemudian hari, tak guna juga. Okey, saya pun dah makin pening. Tiba-tiba jadi rambang mata!

Rabu, 11 Jun 2014

MPH Cawangan NU Sentral Bakal DIbuka!

Salam, pembaca semua.

Korang tahu tak ada mall baru yang telah dibuka bersebelahan dengan KL Sentral? Agak besar juga. Khabarnya akan ada pawagam juga. Dan yang paling best sekali, kedai buku MPH juga akan dibuka di sana! Hmm, lepas ni hari-harilah lepak sana lepas waktu kerja. Hee~
 
Tapi hari tu MPH ada buat macam bookfair di ruang legar NU Sentral ni. Saya pun sempat juga jenguk-jenguk buku-buku di sana. Ingatkan nak beli stok novel Cinta Gantung tapi sayangnya cuma ada dua naskhah aje. Bila tanya staf MPH di situ, katanya itu aje stok yang ada. Huhu~
 

Ada satu naskhah aje lagi tapi itu pun dah dibuka plastiknya.
 
 
Ini pula di MPH cawangan Jusco, Bukit Raja, Klang.
 
Patutlah cari kat rak tak jumpa, rupa-rupanya dah diletakkan berdekatan dengan pintu masuk. Alhamdulillah, stok makin berkurangan. Maknanya, adalah orang yang beli. Hehe~
 
 
Menara CG di MPH cawangan SACC Mall, Shah Alam.
 
 
Waktu pergi MPH kat SACC Mall bulan lepas, terkejut berbaur tergamam bila tengok menara CG ni dari luar kedai. Macam tak percaya aje. Bukan calang-calang novel yang boleh dipamerkan macam ni. Harap-harap lakulah. Hehe~
 
Tapi bila saya datang balik minggu lepas, menara CG ni dah tak ada. Sedih~ Bila masuk dalam, oh, rupa-rupanya dah tinggal sikit. Mungkin dah tak cukup nak buat menara. (nak sedapkan hati sendiri) Hee~
 
Kepada yang sudah mendapatkan novel sulung saya bersama Penulisan2u ini, terima kasih banyak-banyak. Jangan lupa hantar komen kepada saya ya. Tak apa, komenlah apa-apa aje. Saya terima semua komen baik atau buruk.

Ahad, 25 Mei 2014

Piala Thomas 2014

 
 
Mereka sudah cuba sedaya upaya dan sehabis tenaga tapi mungkin sudah takdir. Tak perlu nak salahkan sesiapa. Kalau kita kecewa, mereka berkali-kali ganda lebih kecewa.
 
Saya faham perasaan 'itu' kerana saya juga pernah berada di gelanggang pertandingan walaupun tidak sebesar Piala Thomas. Huhu~

Sabtu, 17 Mei 2014

Instagram

Beberapa bulan lalu atau lebih tepat lagi akhir bulan 3 yang lalu, masa saya baru beli handset baru, ada kawan tanya, "Tak nak buat Instagram?"

Jawab saya, "Err, nanti dululah. Banyak sangat bendanya. Dahlah baru buat Whatsapp."

Lepas tu, seorang kawan lagi tanya, "Kau ada Instagram?"

Saya kata, "Tak ada. Malas nak buat."

Dan semalam pula, seorang kawan lain pula bertanya, "Tak nak buat Instagram? Boleh letak gambar novel."

Haah, saya memang ada terfikir pasal tu. Jadi, saya pun minta tolong dia buatkan. Sudahnya, saya pun terjebak juga dengan benda alah ni.

Tapi dah pesan pada diri sendiri, tak ada post gambar muka sendiri. No! No! No!


Ahad, 11 Mei 2014

Hari Ibu



Untuk mereka yang ada anak, hargailah anak anda kerana tidak semua orang berpeluang merasai nikmat menjadi ibu...

Sesungguhnya kehidupan realiti tak semudah dalam novel.

-bercinta-berkahwin-dapat anak-happy ending-

Isnin, 5 Mei 2014

Cerpen 'Anak' dalam MW 2-8 Mei 2014

Pada kebiasaannya, saya memang suka membelek majalah terbitan Karangkraf ini, iaitu Mingguan Wanita. Belek bahagian cerpen sajalah. Hehe~ Hari ini rasa nak belek majalah itu. Sekali tengok bahagian cerpen... Eh, cerpen aku!



Semoga cerpen ini menjadi peringatan buat kita semua. Fikirlah perasaan orang sama. Jangan bercakap ikut sedap mulut saja.

Jumaat, 2 Mei 2014

Cerita PBAKL 1 Mei



Alhamdulillah, selesai sudah sesi bertemu pembaca novel Cinta Gantung di Bilik Kelantan (booth KaryaSeni dan Penulisan2u), PWTC semalam. Kesemua cenderahati ini juga sudah selamat diserahkan kepada tuan baharu. Harap tuan mereka akan menjaga mereka baik-baik. Hee~




Terima kasih kepada pihak Penulisan2u yang sudi menjemput saya walaupun saya masih baharu, Kak Eppy yang 'jaga' kita orang dan tidak lupa juga kepada semua pembaca yang membeli novel CG. Kepada Kak Ann, terima kasih sudi datang dari Penang dan beri jeruk Pak Ali.

Selasa, 22 April 2014

Bunga Beruang

Malam semalam dapat berita daripada Kak Syahirah Hussin yang memberitahu bahawa tempahan bunga telur teddy bear saya untuk Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC nanti sudah siap. Yeay! Kak Syahirah telah mengirimkan gambar-gambar ini kepada saya.
 
Tema: Hijau + merah jambu (30 pieces)
 
 
Tema: Biru + kuning (30 pieces)


Seperti yang saya uar-uarkan sebelum ini, bunga beruang ini akan saya bawa ketika sesi bertemu pembaca di booth KaryaSeni dan Penulisan2u pada 1 Mei nanti (10:00 pagi hingga 1:00 petang).

Ada yang bertanya sama ada saya akan berada di PWTC pada hari Sabtu dan Ahad. Saya mungkin akan berada di sana pada hari Ahad (27 April) untuk bertemu rakan-rakan penulis tetapi saya tidak akan duduk di booth memandangkan pihak penerbit sudah menetapkan tarikh untuk setiap penulis.

Ada juga yang bertanya sekiranya mereka sudah membeli novel Cinta Gantung, bolehkah mereka mendapatkan bunga beruang ini? Sudah tentu. Datang sahaja berjumpa saya di booth dengan membawa novel Cinta Gantung dan saya akan berikan bunga beruang ini. Hehe~

Jadi, kita jumpa di sana ya! (^_______^)


Jumaat, 18 April 2014

PBAKL '14

Jadual sesi autograf penulis KaryaSeni dan Penulisan2u sudah pun dikeluarkan. Seperti yang pernah saya beritahu, saya akan berada di booth KS & Pen2u pada tanggal 1 Mei 2014 bersamaan dengan hari Khamis pukul 10:00 pagi hingga 1:00 petang.
 

 
 
Saya sudah menyiapkan beberapa hadiah untuk diberikan kepada pembaca yang datang menemui saya di sana.  Antaranya ialah tiga teddy bear ini.
 
 
 
 
Ada yang bertanya, "Tiga aje ke?"
 
Untuk teddy bear ini, sememangnya saya cuma sediakan tiga untuk tiga pembaca bertuah. Tapi yang lain-lain tu jangan risau sebab anda tetap dapat teddy bear. Cuma saiznya adalah lebih kecil daripada teddy bear di atas.