Jemput LIKE page ini :))

Pengerah Jemari

Tentang Aku

Foto saya
Suka menulis, dengar lagu, baca novel dan berangan.

Isnin, 26 Januari 2009

Apabila Pemilik Nama Itu Benar-benar Wujud ...

Biasanya penulis novel ataupun cerpen pasti memilih nama watak yang sedap didengar ataupun lain dari yang lain. Mungkin jugak nama yang jarang-jarang digunakan oleh penulis lain bagi mencipta kelainan. Apa ada pada nama? Bagi aku, nama watak yang aku gunakan dalam setiap novel aku sangat berbeza antara satu sama lain kerana aku tak suka menggunakan nama yang sama untuk dua cerita yang berbeza. Bukan saja pembaca yang akan keliru malah mungkin aku yang sebagai penulis pun akan turut keliru sama. Lebih-lebih lagi bila buat banyak cerita dalam satu masa.

Baru-baru ini aku dikejutkan dengan sapaan seorang individu yang mana namanya aku gunakan dalam salah satu e-novel aku. Pada mulanya aku ingatkan dia team Hujan yang mahu menegur aku tentang cerita aku yang mungkin kurang tepat mengenai Hujan tapi aku takkan mudah panik kerana aku sudah mendapat green light daripada Noh, yakni vokalis Hujan sendiri untuk menggunakan nama band mereka dalam cerita aku. Walaupun pihak penerbit menasihati aku supaya menukar nama band itu tapi aku rasa tak best pulak kalau tukar sebab apa yang aku tulis biasanya lahir dari isi hati aku sendiri. Aku lebih suka yang real and really exist.

Kenapa Hujan aku mintak permission untuk guna nama dia orang tapi senior aku tu tak? Sebab pertama, aku ingatkan benda tu perkara kecik aja dan takkan memberikan apa-apa pengaruh memandangkan aku hanya menggunakan namanya dan bukan karakternya. Aku rasa nama tu unik dan setakat ni aku belum pernah jumpa lagi nama tu dalam mana-mana novel ataupun e-novel yang aku baca. Sebab kedua, aku dengan dia tak pernah bertegur sapa dan mungkin jugak dia tak pernah kenal aku. Aku bukan tergolong dalam golongan pelajar popular di sekolah. So, aku rasa tak apa kut kalau aku guna nama dia. Lagipun kita orang bukannya jumpa dah pun.

Tapi itu cuma anggapan aku. Siapa sangka nama watak dalam e-novel aku tu menemukan aku dengan the real character in this reality world. Haha ... sungguh tak ku sangka. Jangan marah ya, Che Wan. Tu semua cuma rekaan. Anyway, terima kasih jugak sebab tolong promote blog tu secara tak langsung..ahak.. Jangan lepas ni pengetua pulak nak saman aku sudah. Aku ni dahlah tanam anggur aja. :D

Ahad, 25 Januari 2009

Bangku Sekolahku

Blog Bangku Sekolah Ilmar Imia sudah dibuka untuk bacaan umum. Berbeza dengan blog Cinta Ilmar Imia yang fokus pada tema cinta, blog ini lebih memfokuskan pada cerita-cerita remaja khususnya pelajar sekolah. Untuk cerita pertama, nikmatilah siri Pemuja Rahsia. Kalau nak tahu siapa yang memuja dan siapa yang dipuja, sila baca di sana ya. Segala kritik dan saran sangat dialu-alukan.

Selasa, 20 Januari 2009

Isnin, 19 Januari 2009

Cinta Matiku

Walaupun dah nak dekat seminggu aku tak update blog karya aku tapi sebenarnya aku masih menulis tapi menggunakan pen dan kertas. Bukan di komputer seperti selalu ... huhu ... Ini kerana otak aku mengalami trafik jam yang terlalu sesak dan mengambil masa yang lama untuk pulih seperti biasa. Sebab keduanya, laptop yang selalu aku gunakan untuk menaip sudah dikebas oleh adik bongsu pompuan aku untuk dibawa ke sebuah institusi tempatnya menuntut ilmu. Disebabkan dua alasan ini, maka aku mengambil keputusan membawa diri ke KL buat sementara bagi bertukar angin. Mungkin saja ilham menulis akan muncul di sana.

Hidup aku memang tak lengkap tanpa menulis biarpun hanya sebaris ayat. Menulis bukan sekadar hobi bagi aku tapi sudah menjadi sebahagian daripada jiwa aku. Ibarat keperluan dalam kehidupan aku. Sehari tak menulis, aku akan rasa macam ada sesuatu yang tak lengkap. Ibarat hidup tanpa udara, hidup tanpa makanan dan hidup tanpa berbumbung. Hehe ... Bahkan jika aku sibuk dengan hal lain sekalipun, aku akan sedaya mungkin mencari masa untuk menulis walaupun terpaksa berjaga malam sehingga ada kalanya perkara lain aku abaikan tanpa sedar semata-mata mahu menulis.

Aku juga pernah berasa putus asa untuk menulis lagi apabila satu-satunya pendrive yang mengandungi karya aku hilang. Memandangkan komputer aku sering rosak (maklumlah second hand), jadi kesemua hasil karya aku aku simpan dalam pendrive itu sebagai back up. Namun kehilangan pendrive itu benar-benar membuatkan aku hilang arah dan rasa malas hendak menulis lagi. Aku tak yakin aku dapat menulis cerita yang sama untuk kali yang kedua. Boleh dikatakan keadaan aku waktu itu ibarat orang yang kehilangan cinta hatinya. Sangat tak terurus dan meratapi kehilangannya berhari-hari.

Ternyata itu semua hanya sementara kerana aku jadi bersemangat semula tatkala ilham dan idea aku kembali menerjah ke kepala otak aku. Semua assignment aku tangguhkan semata-mata mahu mencurahkan ilham yang datang itu ke bentuk tulisan. Buat assignment pun aku tak pernah bersungguh-sungguh macam tu ... ahak ... Mungkin ada yang kata karya aku hampeh dan tak adalah sebagus mana tapi yang aku tahu aku sangat suka menulis dan puas hati bila dapat menulis. Jika ada orang kata aku tak ada bakat langsung dalam penulisan, then baru aku akan fikir untuk berhenti menulis. Boleh caya ke? Huhu ...

Rabu, 7 Januari 2009

Tip Menjadi Penulis Bestseller Dari Pengarang Bestseller

Tengah aku dok geledah internet, aku terjumpa benda ni. 5 ciri pengarang yang ingin karyanya menjadi bestseller dan hebat oleh Habiburrahman El-Shirazy:

a) Niat yang Kuat

Seseorang penulis seharusnya meletakkan satu niat yang kuat dan kukuh dalam hati sanubari mereka sebelum dan semasa berkarya. Niat ini seharusnya positif bagi menjadikan segala tulisan dibuat menyumbang kepada masyarakat. Ia bersesuaian dengan hadis Nabi yang mengatakan bahawa setiap sesuatu dimulakan dengan niat. Niat yang baik membawa penghasilan baik dan dirahmati Allah. Yang buruk dikeji dan dibalas dengan balasan buruk di akhirat kelak

b) Keberanian untuk Menulis

Seseorang pengarang harus bersedia untuk karyanya dibaca oleh orang lain. Apabila begitu mereka perlu terbuka menerima pandangan pelbagai pihak mengenai karyanya. Sesuatu karya yang ditulis tidak akan mungkin boleh jadi paling sempurna kerana kita ini manusia. Hamba Allah. Maklum balas pasaran dan pembaca akan dapat mematangkan penulisan seseorang pengarang itu.

c) Idealisme yang Diperjuangkan dan Kekuatan Jiwa

Seorang pengarang perlu ada perjuangan dalam penulisan. Mereka perlu meletakkan perjuangan sebagai sebab utama dalam penulisan. Perjuangan yang murni dan suci. Penulis tanpa perjuangan, tulisannya tidak dari hati. Kata-kata digunakan tidak meresap masuk ke dalam jiwa pembaca.

d) Ilmu, Wawasan dan Penguasaan Teknik Menulis yang Baik

Teknik dan ilmu kepengarangan amat penting dalam menjadikan seseorang penulis itu matan dalam menulis. Ilmu ini dapat ditimba dengan menghadiri bengkel dan seminar berkaitan dunia penulisan.

e) Akhlak yang Mulia

Akhlak adalah cermin diri. Ia adalah perkara paling besar perlu ada pada manusia. Penulis berakhlak baik berbanding dengan tidak amat besar bezanya dari sudut penulisan. Akhlak amat tergambar dalam penulisan kesemua pengarang. Pengarang yang baik menulis dengan penuh berhikmah dan kata-kata berilmu.

Isnin, 5 Januari 2009

Idea oh! Idea

Tetiba aku rasa otak aku blank. Aku tak dapat menulis. Kalau diikutkan, kepala otak aku ni memang sarat dengan idea. Nak buat cerita tu, nak buat cerita ni tapi kebanyakan idea yang datang hanya berbentuk sinopsis dan jalan cerita. Otak aku seolah-olah tak reti nak kembangkan idea tu menjadi sebuah cerita mahupun 1 bab. Mungkin aku terlalu lama terperuk dalam rumah so otak pun dah beku. Ditambah pulak dengan keadaan cuaca yang lembab dan dingin beberapa hari berturut. Mungkin aku perlu keluar berjalan-jalan tapi hujan lebat macam ni nak jalan macam mana? Huhu...

Sabtu, 3 Januari 2009

Sasaran 2009

Dah lama aku tak buat azam. Masa sekolah-sekolah dulu rajinlah pasang azam. Azam nak dapat 5A dalam UPSR, 8A dalam PMR and 10A dalam SPM. Azam UPSR sukses! Tercapai! PMR tersasar sikit. SPM pun tersasar 4 sasaran. Huhu... Sekarang umur aku dah nak masuk 24. What? 24? Macam tak percaya aja. Selepas lama tak buat azam, malam semalam aku terpikir nak buat azam ketika aku masih berjaga pukul 4 pagi. 3 azam aku tahun ni:

1). At least 1 novel aku dah publish

Dulu bila lepak kedai buku, aku selalu berangan-angan dalam banyak-banyak buku yang tersusun kat rak itu salah satunya adalah novel aku. Sedangkan tengok nama sendiri kat TV pun aku dah cukup excited, inikan pulak nama sendiri kat kulit buku novel yang mana merupakan hasil perah otak dan titik peluh aku sepenuhnya of course dengan bantuan editor.

2). Dapat kerja tetap sebelum bulan 6

Kenapa aku meletakkan sasaran kerja pada bulan 6? Sebabnya mak aku akan bersara pada bulan 6 ni so aku kena dapat kerja sebelum tarikh keramat tu sebab mesti aku yang akan menjadi salah seorang penyara keluarga selain kakak dan abang aku.

3). Nak masuk minang si dia

3 Julai nanti genaplah umur si dia 30 tahun. Bila dah masuk umur ni, mulalah soalan 'bila nak kahwin' akan menerjah ke gegendang telinga. Tambahan pula, semua kawan rapatnya sudah berkahwin dan mempunyai anak. Kalaulah aku ada 'kuasa', la ni jugak aku p pinang dia! Tak salah kan? Nabi Muhammad SAW pun Siti Khadijah yang pinang kan? Kan? Kan?

Ok, ok. Yang no 3 tu cuma imaginasi aku aja sebab tak mungkinlah seorang yang biasa macam aku ni nak jadi pacar seorang rockstar bak lagu Projek Pop tu, apakah mungkin seorang biasa menjadi pacar seorang superstar? Huahuahua ...

Jumaat, 2 Januari 2009

Budak S.M.A.R.T. Mahu Jadi Rockstar

Disebabkan ramai yang tak puas hati dengan kesudahan novel Budak S.M.A.R.T. (ramai ker?), majoritinyalah so aku decide untuk sambung siri ni tapi dalam siri yang lain yang aku beri judul Budak S.M.A.R.T. Mahu Jadi Rockstar.

Dalam Budak S.M.A.R.T. Mahu Jadi Rockstar ni nanti, aku akan ceritakan macam mana suka duka Riz dan kawan-kawannya untuk merealisasikan impian mereka bagi menubuhkan sebuah band muzik dan dikenali ramai. Berjaya ke tak dia orang ni buat band eh?

Para pembaca diharap dapat bersabar sebab aku sedang mengumpulkan materialnya di samping sibuk menguruskan hal ehwal rumahtangga...huahuahua... Sekarang ni pun aku baru dapat tajuk and sinopsis jalan cerita secara kasar.

Actually, aku pun tak sangka ramai yang baca cerita ni sebab bila aku hantar cerita ni kat penulisan2u, tak ramai orang yang komen pasal cerita ni so aku pun tak tahu apa pandangan orang tentang cerita ni. Best ke tak, ada ke orang baca cerita ni and so on.

Tapi sekarang aku tahu ada orang yang baca cerita aku ni. So untuk tidak menghampakan kau orang yang setia menantikan setiap bab cerita ni, aku akan cuba menyambung kesudahan cerita ni. So kalau nak tahu kesudahan cinta tiga segi antara Riz, Tya and Laily, just nantikan aja sambungannya ok?

Khamis, 1 Januari 2009

365 Hari Menjelang 2010

Setiap kali tiba tahun baru, mesti orang akan kaitkan dengan azam. Masa kecik-kecik dulu aku pun pernah pasang azam tapi lama-lama azam tu cuma sekadar azam. Perlu ke kita tanamkan azam setiap kali tiba tahun baru?

Tahun 2008 aku pernah berazam lepas habis study, aku tak nak menganggur lama-lama. Dua minggu pun dah cukup buat aku macam cacing kepanasan. Alhamdulillah sebaik-baik saja habis final exam, aku dipanggil temuduga di satu syarikat animasi. Walaupun jawatan yang ditawarkan bukan minat aku yang pertama tapi aku terima jugak kerja tu. Sekadar menambah ilmu dan menimba pengalaman. Tapi ternyata rezeki aku kat situ tak lama.

Lepas berhenti kerja, aku dok rumah jaga anak-anak kakak aku sementara tunggu orang panggil interbiu. Tapi aku dok rumah bukannya dok goyang kaki aja. Aku masih ada cita-cita dan impian. Cita-cita dan impian yang aku tak pernah uar-uarkan pada orang lain termasuk kawan-kawan aku. Kalau orang tanya aku nak jadi apa lepas dah habis study, aku takkan cakap yang aku nak jadi penulis novel. Aku cuma akan cakap aku nak jadi ni, nak jadi tu tapi takkan sesekali aku cakap aku nak jadi penulis novel.

Hanya beberapa orang kawan aku aja yang tahu cita-cita dan impian aku ni. Atas sokongan dan dorongan dia oranglah aku terus bertahan untuk mewujudkan mimpi aku yang selalu tertunda ni dan aku harap tahun 2009 ni aku dapat melihat sekurang-kurangnya satu novel aku berada di rak-rak kedai buku.