Jemput LIKE page ini :))

Pengerah Jemari

Tentang Aku

Foto saya
Suka menulis, dengar lagu, baca novel dan berangan.

Rabu, 26 Oktober 2011

Sumber Inspirasi Baruku

Beberapa hari ini aku sering ditemani suara ini ketika mengadap kerja-kerja menaip dan menyunting mahupun membaca di rumah.




Sedap kan suara mamat ni? :))

Sabtu, 22 Oktober 2011

Hadiah untuk yang tersayang

Bunga?

Tak boleh makan!


Coklat?

Nanti gemuk!


Cincin berlian?

Nanti kena rompak!


Okey, tolak bunga, tolak coklat, tolak cincin berlian, tolak semua hadiah mahal-mahal. Gantikan hadiah-hadiah tersebut dengan buku ini untuk si dia :))



Buat pengetahuan anda, Aurora Creative Enterprise menyediakan pakej penghantaran Antologi Cerpen TENTANG CINTA sebagai HADIAH kepada sesiapa yang anda mahu buku itu dihantar berserta UCAPAN anda. Dalam pakej itu terdapat sebuah Antologi Cerpen TENTANG CINTA dan sekeping kad ucapan.

Caranya, berikan nama, alamat penerima dan UCAPAN anda. Pakej ini berharga RM18.00 sahaja. Sesuai untuk semua yang anda cintai sama ada dia tahu ataupun tidak...

E-melkan kepada aurorabookstore2@gmail.com

Jumaat, 21 Oktober 2011

Novel ON di Festival Buku Kanak-kanak

Sukar mendapatkan novel-novel terbitan One Nusantara? Berita baik buat anda yang tinggal di Kuala Lumpur dan sekitarnya!

One Nusantara akan membuka gerai di Festival Buku Kanak-kanak 2011 di Perpustakaan Kuala Lumpur pada 27 Oktober hingga 2 November ini. Jadi, jangan lupa mengunjungi gerai ON yang bernombor 29 ya.


Isnin, 17 Oktober 2011

Lima Langkah Mudah Tulis Novel

Soalan daripada adik Katie:

Salam... akak xnk bg tips ke nk menulis novel.. sy nk blaja tulis novel...cerita dah ada cuma cara nk tulis tu tngh blaja..


Kepada adik Katie,

Akak juga masih dalam proses belajar. Apa pun, akak cuba kongsikan beberapa tip yang akak tahu ya.

Langkah pertama:
Apabila mendapat sesuatu idea, CATATKAN supaya tidak lupa kerana biasanya idea bisa datang pada bila-bila masa dan di mana-mana saja. Kalau dulu, kita selalu mencatat dalam buku nota tapi mungkin sekarang kita sudah ada telefon bimbit dan komputer. Jadi, catatkan dalam apa-apa saja medium yang kita ada.

Langkah kedua:
Kemudian, berdasarkan idea yang kita dapat tadi, LAKARKAN jalan cerita atau sinopsis dari mula hingga akhir cerita yang kita nak tulis itu. Tentukan siapa watak utama kita dan apakah matlamat atau GOAL dia dalam cerita tersebut.

Langkah ketiga:
Daripada sinopsis tadi, KEMBANGKAN jalan cerita tersebut kepada insiden-insiden atau adegan-adegan yang menghalang watak utama kita itu daripada mencapai matlamatnya. CIPTAKAN masalah untuknya. Jangan biarkan dia mencapai matlamatnya itu dengan mudah. Kalau tak, tak jadilah cerita.

Langkah keempat:
SUSUNKAN insiden-insiden atau masalah-masalah tadi mengikut keutamaan. Kemudian, kembangkan setiap insiden itu berserta waktu, tempat dan watak yang terlibat.

Langkah kelima:
Apabila kita sudah ada rangka cerita dan susunan insiden, maka adalah lebih mudah untuk kita MENULIS! Jadi, mulalah menulis.


Itu saja? Sudah tentu bukan ini saja. Masih banyak yang perlu dilakukan sebelum kita menghantarnya kepada penerbit. Lima langkah ini hanya langkah asas. Selepas siap tulis, kita perlu membaca semula cerita yang kita sudah tulis itu. Baca dan sunting sehingga kita berasa puas hati. Selamat menulis!

Khamis, 13 Oktober 2011

Saya Tak Ada Twitter, Netlog dll

Ketika menjalankan aktiviti Google di ofis, aku terjumpa 'benda' ini.

Terima kasih, Azyan. Akak tak ada Twitter.


Dan kepada sesiapa yang pernah invite saya ke Twitter, Netlog dan lain-lain, jika saya tidak approve, bermakna saya tidak menggunakan rangkaian sosial tersebut :))

Teringat pertanyaan seorang adik di SMK Triang, Triang, Pahang semalam, "Pernah tak akak dapat komen negatif daripada pembaca?"

Hmmm...

Rabu, 12 Oktober 2011

Memperkenalkan... "baby pinky"!

ANTOLOGI CERPEN: TENTANG CINTA
Terbitan ACE
ISBN 978-967-10077-1-6


"9 penulis membicarakan tentang cinta...
19 cerpen menceritakan tentang cinta..."


Tonton trailernya di sini.

Antologi Cerpen: TENTANG CINTA on PhotoPeach




Harga RM18.00 tetapi boleh didapati dengan harga RM15.00 (termasuk harga pos) untuk 300 pembeli pertama!

Tempah segera menerusi e-mel
aurorabookstore2@gmail.com

Rabu, 5 Oktober 2011

Akan Datang


Tujuh hari lagi...

Ahad, 2 Oktober 2011

Kritikan Bukti Karya Kita Dibaca

‎"Saya lebih suka dikritik daripada kehadiran saya tidak disedari. Sesungguhnya perkara paling buruk yang boleh anda lakukan kepada seseorang pengarang adalah jangan bercakap apa-apa tentang karyanya." Samuel Johnson (Petikan daripada Life of Johnson oleh James Boswell, 26 Mac 1779)

Dipetik daripada blog Bahruddin Bekri :))