Jemput LIKE page ini :))

Pengerah Jemari

Tentang Aku

Foto saya
Suka menulis, dengar lagu, baca novel dan berangan.

Rabu, 29 Februari 2012

Harga Promosi di Bookstation

Jikalau berkesempatan, aku pasti akan menjenguk jualan novel-novel aku di kedai buku bagi melihat sambutan pembaca. Antara yang aku sempat jenguk adalah MPH SACC Mall (Shah Alam), MPH Alamanda (Putrajaya), MPH Midvalley (Kuala Lumpur) dan juga Kinokuniya (KLCC).

Alhamdulillah, rata-ratanya mencatatkan jualan yang memberangsangkan dan ada juga yang sudah kehabisan stok.

Dan untuk pengetahuan kau orang, Bookstation sekarang sedang mengadakan jualan promosi dengan tawaran harga istimewa. Novel "Pemuja Rahsia" dan "Budak SMART" yang berharga RM19.90 kini boleh dibeli dengan harga RM14.93 saja. Begitu juga dengan novel-novel ON yang lain. Jadi, silalah jenguk ke sana ya.


Khamis, 16 Februari 2012

Aku, Kau & Komik

Adoi, ingatkan bulan Februari ni boleh relaks sikit tapi nampak gayanya memang tak boleh relaks lama sangat. Sebab banyak benda yang nak kena selesaikan. Biasalah, kerja memang tak pernah habis. 8.30 pagi sampai 5.30 petang di ofis. Balik rumah, sambung buat kerja sampai mengantuk.

Okey, jangan percaya. Gila ke nak buat kerja tak henti-henti? Mestilah ada rehat juga. Salah satunya, aku sempat curi-curi baca komik ni bila dah penat mengadap skrin laptop.




Ada 10 cerita daripada 10 pelukis dan memandangkan komik ni komik antologi, jadi bolehlah aku baca sikit-sikit. Maksudnya, habis satu cerita, aku sambung buat kerja balik. Macam tulah kiranya.

Apa dia? Oh, komik ni memang tak ada kat kedai lagi tapi aku dapat awal sebab aku special. Ahaks. Jangan lupa dapatkan ya.

Rabu, 8 Februari 2012

Peraduan Menulis Cerpen 'MCE'


Tema:
* Cinta
- diselitkan perkataan merah atau epal atau kedua-duanya.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:-
* Warganegara Malaysia
* Ahli KEN
* Minima 8 muka surat dan tidak melebihi 12 muka surat
* Jenis tulisan Times New Roman dan langkau dua baris (double spacing)
* Cerpen hendaklah ditulis dalam bahasa yang baik.
* Cerpen akan diadili oleh barisan juri yang terdiri daripada admin KEN.
* Keputusan juri adalah muktamad.
* Disiarkan di blog masing-masing berserta link alamat grup KEN dalam setiap penyertaan dengan slogan

"Rasa cinta kita seperti manisnya epal merah"

dan link cerpen tersebut disiarkan di grup KEN untuk bacaan semua ahli dan ADMIN.

* Tarikh MULA : 11 Februari 2012
* Tarikh tutup: 11 Mac 2012
* Keputusan akan diumumkan pada 31 MAC 2012


HADIAH

Tempat pertama:
* Empat buah karya penulis (Semanis Coklat, Adir yang Terpilih, Tentang Cinta dan Merah Cinta Epal)
* Sehelai mafela dari Tangkuban Perahu, Bandung


Tempat kedua:
* Novel 'Merah Cinta Epal'
* RM 30

Tempat Ketiga:
* Novel 'Merah Cinta Epal'
* Sebuah buku motivasi


Apa tunggu lagi? Mari sertai kami di sini :)

Jumaat, 3 Februari 2012

2012 Tahun Kebangkitan


Permulaan tahun baru yang sangat sibuk. Bulan Januari saja jadual sudah penuh dengan kerja-kerja penulisan. Harap-harapnya tahun ini akan lebih baik daripada tahun lepas. Eh, tentulah sebab tahun lepas aku langsung tak ada novel baharu. Jadi, tahun ini kena kerja lebih keras lagi. Berusaha!

Sekarang sudah masuk bulan dua dan alhamdulillah dua buah manuskrip sudah ‘dilepaskan’ ke tangan penerbit. Memandangkan tahun lepas aku tak ada novel baharu, jadi tahun ini aku akan cuba menghasilkan seberapa banyak manuskrip yang boleh. Kemungkinan tahun ini aku akan fokus kepada cerita kanak-kanak dan remaja saja. Ya, kau orang tak silap baca. Cerita kanak-kanak. Hehe~ Nantikan saja!

Bagi kau orang yang gemarkan cerita cinta pula, aku tak dapat berjanji tapi aku akan usahakan sesuatu. Doakan aku. Terima kasih atas sokongan kau orang.