Jemput LIKE page ini :))

Pengerah Jemari

Tentang Aku

Foto saya
Suka menulis, dengar lagu, baca novel dan berangan.

Rabu, 27 Januari 2010

Aku Juga Seorang Pembaca

Dek kerana otak yang sedang membeku, aku bercuti daripada menulis buat seketika dan aktif membaca karya-karya penulis lain. Antaranya Di Mana Terangnya Bulan oleh Bahruddin Bekri (lepas ni nak cari novel Kita Hanya di Seberang Jalan pula) dan tiga buah novel garapan Nurul Syahida, Soalnya Hati, Plain Jane dan Aku Kan Novelis! (wajib baca!) yang direkemenkan oleh seorang teman :)




Ya, aku juga seorang pembaca!

Rabu, 20 Januari 2010

Checklist 2010

1. My Honey, Hani DONE

2. Budak SMART ALMOST DONE

3. Pemuja Rahsia ON PROGRESS

4. Cinta Yang Aku Mahu HOLD

5. AsyrAfia HOLD

6. Penulis Tertunda PROPOSAL APPROVED

7. ...sambungan Budak SMART DRAF


Banyaknya perancangan! Entah terbuat ke tak ni...

Isnin, 18 Januari 2010

Apa Yang Tak Best?

Ada orang kata novel 'My Honey, Hani' ni tak best. Cuma 2 bintang daripada 5 bintang...huhu... Tapi aku tak terkejut sebab masa dalam proses penilaian pun, pihak pengurusan KD pun cakap, ada yang suka dan ada yang tak suka dengan manuskrip aku ni. Bila aku baca balik pun, adakalanya aku sendiri pun rasa cerita tu tak berapa best. Mungkin daripada segi olahan ayat kut. Aku pun masih belajar.

Kalau dulu, bila orang cakap cerita aku tak best, aku jadi down. Rasa macam aku tak ada bakat langsung dalam bidang penulisan. Perasan je lebih! Tapi bila seorang kawan aku kata bukan semua orang suka karya yang sama. Lumrah ada yang suka dan ada yang tak suka. Apa pun, aku sentiasa cuba memperbaik penulisan aku dari semasa ke semasa.

Kepada yang sudah membeli dan membaca novel sulung aku ni, terima kasih banyak-banyak. Maaf kalau novel aku buat kau orang rasa rugi beli novel aku dan buang masa baca novel aku yang tak best ni.

Sabtu, 16 Januari 2010

Aku Gembira

Proposal sudah diluluskan!

Kena mula mengarang balik.

Bila nak mula ek? (garu kepala)

Jumaat, 8 Januari 2010

1 Novel, 1 Blog

Memandangkan karya yang terbit kat blog dikatakan dah tak eksklusif lagi kalau diterbitkan dalam versi cetak, makanya aku menutup blog novel itu dan akan berusaha menerbitkan cerita-cerita aku dalam versi cetakan walaupun terpaksa mengambil masa bertahun-tahun. Insya-Allah...

Alhamdulillah, My Honey, Hani (tajuk asal Cinta Kan Membawamu Padaku) akhirnya diterbitkan dalam versi cetakan selepas lapan tahun aku menulis cerita itu. Sekarang, aku sedang menyempurnakan beberapa manuskrip lagi untuk diterbitkan.

Selepas Budak SMART siap, aku akan teruskan dengan Pemuja Rahsia yang juga pernah dipaparkan di blog Taipan Jemari Ilmar Imia. Dan selepas itu, aku akan teruskan dengan cerita baru jika diluluskan oleh editor dan mungkin sambungan kisah Budak SMART sebab majoriti pembaca nak tahu kesudahannya.

Aku akan wujudkan blog baru bagi mempromosikan setiap novel aku yang terbit. Dalam blog tu, aku akan bercerita mengenai pembikinan novel tu dan sedikit sedutan bab. Jadi, pembaca boleh baca dulu kat blog tu sebelum beli. Untuk permulaan, aku dah pun buka blog My Honey, Hani.

Selasa, 5 Januari 2010

Alamak!

Baru aje nak merajinkan diri tahun baru ni (azam barulah konon), laptop baru pulak tak ada microsoft word. Macam mana nak menaip ni? :(