Jemput LIKE page ini :))

Pengerah Jemari

Tentang Aku

Foto saya
Suka menulis, dengar lagu, baca novel dan berangan.

Khamis, 31 Disember 2009

Pahit Manis 2009

1) Penerbitan manuskrip 'Budak SMART' ditunda sehingga menjangkau setahun.

2) Dituduh 'penulis agung' apabila aku berdegil mahu tarikh penerbitan dimasukkan dalam perjanjian.

3) Diugut supaya tidak menghantar manuskrip 'Budak SMART' ke syarikat penerbitan lain dengan alasan ISBN sudah didaftarkan tetapi mana pruf akhirnya?

4) Manuskrip 'Cinta Kan Membawamu Padaku' tertunda sejak akhir tahun 2008.

5) Diminta menukar nama pena dan judul novel.

6) Manuskrip 'Pemuja Rahsia' dilepas pandang dan akhirnya diminta perbaiki.


Namun semua rasa itu hilang dengan kelahiran novel ini :)


Menurut penerbit, Karnadya Solutions, novel ini sedang dalam proses 'distribution'.

'Budak SMART' dalam proses layout dan insyaAllah 'Pemuja Rahsia' akan menyusul tahun depan. Ketiga-tiganya diterbitkan oleh syarikat yang berlainan.

Alhamdulillah...

Khamis, 17 Disember 2009

Azam

Kurang sebulan saja lagi kita bakal melangkah ke tahun baru yakni tahun 2010. Setiap kali tibanya tahun baru, pastinya orang akan bercakap pasal azam. Alhamdulillah azam aku untuk tahun 2009 sudah terlaksana yakni mahu novel aku diterbitkan sekurang-kurangnya sebuah.

Untuk tahun 2010, aku mensasarkan tiga buah novel yang mana dua daripadanya sudah pun siap dan dalam proses baikpulih manakala yang ketiga pula sedang dirangka dan dalam proses proposal. Aku sudah ada sasaran penerbit untuk menerbitkan ketiga-tiga manuskrip ini. Harap-harapnya menjadi.

Selain azam menulis novel, aku juga berharap kerjaya aku akan lebih sukses dan mendatangkan kepuasan diri.

Sabtu, 5 Disember 2009

Rujukan

Sambil menulis, mencari ilham dan membuat rujukan dengan membaca novel-novel lain.

Sudah habis baca. Best!

Sedang dibaca. Menarik!

Akan disambung baca. Hehe...


Ingat assignment saja kena buat rujukan? Huhu...

Rabu, 2 Disember 2009

Pertandingan


Dah banyak kali rasa nak masuk pertandingan menulis novel tapi tak pernah tercapai sebab selalu dapat tahu lambat. Haish! Kerja banyak!

Sabtu, 28 November 2009

Buku

Satu sudah selesai dan bakal menjengah kedai buku.

Satu lagi pula sedang diusahakan menjelang pesta buku.

Dan satu lagi bakal menyusul selepas pesta buku.

Waaa...banyaknya kerja!!!

Khamis, 26 November 2009

Bakal Terbit Disember 2009


Dek kerana khuatir pembaca akan terkeliru dengan penulis lain, maka nama Ilmar Imia terpaksa ditukar kepada Fathi Ramli yakni Fatimah Ramli. Nama ini adalah gabungan nama dua insan yang paling aku sayang iaitu mak dan abah.

Mak, abah, ini hadiah daripada anakmu. Sesungguhnya anakmu ini memang serius hendak menjadi penulis. Bukan main-main, bukan omong kosong. InsyaAllah, akan ada buku yang kedua, ketiga, keempat dan seterusnya...amin...

Rabu, 25 November 2009

Dalam Dilema

Dilema I:
Tak tahu nak pilih novel yang mana satu untuk bengkel AVA. Dua-dua dah siap bab satu dan dua-dua sinopsisnya kena karang balik.

Dilema II:
Tak tahu nak terbitkan novel dengan syarikat sendiri yang baru nak terbitkan novel ataupun syarikat yang sudah ada nama dalam industri novel.

Dilema III:
Tak tahu nak teruskan novel di blog ataupun fokus pada versi cetakan saja.

Khamis, 19 November 2009

Bahan Bedah

Selepas hampir 8 bulan menunggu jawapan, akhirnya berakhir juga penantian aku. Aku baru saja menerima emel balasan daripada sebuah syarikat penerbitan berkenaan novel remaja aku. Seperti yang aku jangka, harus dibaiki!

Aku pun rasa cerita tu masih banyak kelemahan lantaran aku menyiapkannya dalam keadaan tergesa-gesa. Hampir tiap-tiap hujung minggu aku ke Petaling Jaya ataupun Shah Alam untuk menumpang laptop kawan demi menyiapkan manuskrip ini.

Sekarang, aku dah ada laptop (walaupun cuma laptop pinjam), bolehlah aku fokus pada manuskrip ini tanpa perlu berjalan jauh. Jadi, jimatlah sikit masa. Aku memang nak ambil manuskrip ini untuk dijadikan 'bahan bedah' masa bengkel novel AVA nanti :)

Khamis, 12 November 2009

Sambungan?

Dah berkurun blog Taipan Jemari aku tak berupdate. Ingatkan tak ada sesiapa pun yang kisah. Tup tup ada pembaca tegur mintak sambungan...huhu...ingatkan dah tak ada orang yang nak baca. Dah ada yang tegur ni, kenalah buat sesuatu. Jangan malas-malas lagi...hehe...

Sebenarnya aku kecewa dengan sesetengah penerbit yang macam acuh tak acuh saja untuk menerbitkan manukrip aku. Aku tahu penghasilan sebuah novel itu memakan masa yang lama tapi yang aku nak tahu cuma adakah karya aku diterima? Itu saja.

Daripada tiga manuskrip yang aku hantar, cuma satu saja yang bagi kepastian. Yang satu lagi tu aku dah malas nak ambil tahu. Anggap saja aku tak pernah berurusan dengan syarikat itu tapi manuskrip yang aku mintak pulangkan balik masih tak dipulangkan.

Yang satu lagi aku ambil keputusan untuk memberi mereka tempoh lagi setelah berbincang dengan editornya. Bukankah orang kata hero biasanya muncul di saat-saat akhir? Jadi, aku berfikir positif saja. Biarlah lambat asalkan berkualiti.

Selasa, 3 November 2009

Kasi Tukar!

Publisher call lagi. Aku rasa publisher ni lagi okey daripada yang dulu sebab diorang rajin call aku bila ada apa-apa. Tak macam yang dulu. Bila dapat manuskrip, terus senyap. Kenapa diorang call?

Kena tukar nama pena sebab takut pembaca keliru dengan penulis yang seorang lagi. Mulalah aku tak tahu nak guna nama apa lagi. Kalau nak diikutkan, aku boleh je guna nama watak dalam novel aku... Aina Nabila, Karina Norsaerah, Farisha Irwayu tapi aku rasa nama tu macam tak sesuai untuk aku...huhu...

Then, tajuk cerita pun mungkin kena tukar. Waa...aku sangat lemah dalam bab-bab bagi tajuk ni! Semua tajuk novel aku, aku hentam je asalkan ada tajuk...hehe...

Jumaat, 30 Oktober 2009

Aku Mahu Lebih

Bila aku selalu merungut itu ini,
orang kata aku tak tahu menghargai.

Bila aku mudah berpuas hati,
orang suruh aku usaha lebih lagi.

Haish!


*Baru siapkan pruf first editing untuk novel CKMP

Selasa, 20 Oktober 2009

Penghargaan

Dulu, aku selalu berangan-angan nak masukkan semua nama orang yang menyokong aku dalam kolum penghargaan bila aku ada novel sendiri. Tapi sekarang bila editor mintak aku tulis penghargaan untuk novel pertama aku, aku jadi blur. Tak tahu nak tulis apa.

Kalau ikutkan, memanglah banyak nama yang aku nak masukkan tapi ruang yang ada sangat terhad. Takut nanti ada yang berkecil hati pulak kalau aku tak masukkan nama dia...huhu... Ni baru nak tulis penghargaan tapi rasa macam nak buat rumusan karangan. Biar ringkas tapi padat!

Isnin, 19 Oktober 2009

Bengkel AVA 1

Bila disuruh komen tentang cerpen penulis lain, aku tak tahu nak komen apa. Yang aku tahu cuma dua benda, best ataupun tak best. Itu saja. Yang pasti, aku rasa kerdil dan tak tercapai dek akal bila baca cerpen-cerpen ahli AVA yang menyertai bengkel penulisan cerpen bersama Nisah Haron di Pusat Belia Antarabangsa semalam. Hebat! Aku rasa malu pula sebab cerita aku simple saja.


Tapi bila tiba bab sesi soal jawab, akulah orang yang paling banyak bertanya sampai aku terfikir, aku sorang saja ke yang tak tahu pasal benda ni? Huhu... Tapi aku terlupa satu soalan penting yang aku patut tanya pada Puan Nisah ataupun editor Tintarona, Encik Rozlan. Budak umur bawah 18 tahun boleh sain perjanjian sendiri tak?

Ahad, 11 Oktober 2009

Kembalikan Semangat Itu

Aku suka menulis. Setiap hari aku menulis walaupun cuma satu perkataan. Aku pantang jumpa pen dan kertas. Ada-ada saja yang dicoretkan. Kadang-kadang aku bukan tulis apapun. Hanya tulis nama sendiri hingga penuh satu kertas tu. Membazir dakwat dan kertas saja bukan? Hehe...

Tapi aku juga manusia biasa yang ada kalanya dilanda penyakit malas ataupun ketiadaan mood untuk menulis. Idea dalam kepala memang banyak sampaikan aku tak tahu nak buat yang mana dulu. Seorang teman penulis aku kata memanglah cerita aku lambat siap sebab aku suka menulis banyak cerita dalam masa yang sama. Dia menyarankan aku fokus pada satu cerita dahulu. Bila dah siap, baru fokus pada cerita yang lain pula.

Semangat menulis aku pula ada kalanya tinggi dan ada kalanya menurun. Bila kepala otak aku dah buntu, maka aku akan berkunjung ke kedai buku yang berdekatan dengan rumah sewa aku. Belek-belek dan melihat-lihat cover novel-novel yang ada di situ bagi menaikkan kembali semangat menulis aku. Aku jadi bersemangat bila tengok nama-nama penulis tu kerana aku juga ingin melihat nama aku tertera pada cover novel di kedai-kedai buku.

Cara yang berkesan untuk aku mencari idea pula adalah dengan membaca novel-novel lain ataupun dengan mendengar lagu. Justeru, aku sekarang sedang berusaha menyiapkan cerita AsyrAfia yang sudah lama tertangguh. Cerita ni dah lama aku ilhamkan cuma jalan cerita asalnya terpaksa aku ubah. Selain itu, aku juga sedang mencari penyudah untuk cerita Cinta Yang Aku Mahu dan kesinambungan Budak SMART.

Aku mahu menebus kekecewaan aku dengan terus menulis mengenai kisah Budak SMART. Aku takkan berhenti walaupun ditegah! Takkan sama sekali! Aku akan terus menulis dan menulis sampai ku menutup mata sebab nak tidur :)

Khamis, 8 Oktober 2009

Kata-kata Yang Aku Pegang

"Belum rezekilah tu. Hantar karya pada penerbit ni pun macam berniaga juga. Jangan harap dan tunggu dari apa yang dah kita serah pada penerbit tapi buatlah sebanyak yang boleh dan hantar lagi pada penerbit lain. Yang itu baru boleh digelar pengkarya terbaik."

Rabu, 7 Oktober 2009

Ubah Suai Rumah

Blog-blog aku sedang diubah suai sebab aku bosan tengok layout tu. Lagipun ada yang cakap blog tu buruk. Orang hias rumah sebelum raya tapi aku hias rumah lepas raya. Tak apalah, anggaplah ubah suai untuk sambut tahun baru :)

Blog Cinta Ilmar Imia

Blog Bangku Sekolah Ilmar Imia

Isnin, 5 Oktober 2009

Menanti Pasti

Aku perlukan jawapan yang pasti. Aku benci menunggu tanpa sebab yang jelas. Kalau jadi, katakan jadi. Tidaklah aku ternanti-nanti.

Rabu, 30 September 2009

Kurang Sihat

Makanya, entri di blog juga tergendala. Doakan aku cepat sembuh sebab aku pun dah rindu nak menulis dan nak menyambung cerita-cerita yang tergantung tu...

Apa berlaku pada Eisya seterusnya? Adakah hatinya akan terpikat dengan Ruri?

Afia pula bakal bertemu dengan seseorang yang akan mengubah hari-harinya!

Apa tindakan Iznul selepas dijemput ke pertunjukan fesyen oleh gadis yang baru dikenalinya?

Serta kisah Azrizal, Shafik dan Iqbal yang sedang giat mencari vokalis untuk band mereka.

TUNGGGGGUUUUU!!!

Isnin, 28 September 2009

Penantianku Terjawab Sudah

Dapat call daripada publisher. InsyaAllah cerita ni akan diterbitkan. Alhamdulillah :)

Cinta 'Kan Membawamu Padaku
2001-2008

Khamis, 24 September 2009

Terima Kasih PTS One!



Tak sangka dah besar macam ni pun boleh dapat sijil lagi. Ingatkan pelajar je yang dapat sijil :)

Khamis, 17 September 2009

Sedang Dalam Mood Cuti~

Cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti Cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti Cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti Cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti Cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti Cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti Cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti Cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti Cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti Cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti Cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti Cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti Cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti Cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti Cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti Cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti Cuti cuti cuti cuti cuti cuti Cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti Cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti Cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti cuti



~selamat hari raya~

Jumaat, 4 September 2009

Berita Yang Kunanti

Baru dapat call daripada sebuah publisher. Kena betulkan manuskrip. Hujung minggu ni akan jadi hari minggu yang sibuk! Kena lupakan plan nak pergi library buat seketika.

Isnin, 31 Ogos 2009

Merdeka?

Hari ni dah 31 Ogos. Esok dah masuk bulan September. Manuskrip tak siap lagi! Come on, Ilmar Imia. You can do it!

Jumaat, 21 Ogos 2009

Remaja@PTS One 2009


Aku malas nak taip panjang lebar. Pergi cari buku ni kat kedai buku (kalau cari kat kedai baju memanglah tak ada), lepas tu belek muka surat 299. Ada cerpen aku :)

Selasa, 18 Ogos 2009

Cerita-cerita di Bulan Puasa dan Raya

Sempena bulan puasa yang bakal tiba beberapa hari sahaja lagi ni, cerita di blog Cinta Ilmar Imia dan Bangku Sekolah Ilmar Imia akan dihentikan buat seketika dan akan digantikan dengan beberapa buah cerpen yang bertemakan Ramadan dan Syawal.

InsyaAllah, semua cerita ni akan disambung semula selepas hari raya nanti. Okey? Antara cerpen yang bakal memeriahkan blog Ilmar Imia sempena bulan Ramadan ini adalah 'Menjaga Hati', 'Dugaan-Nya' dan 'Hujan Raya'. Semoga terhibur.



Salam Ramadan daripada Ilmar Imia :)

Isnin, 10 Ogos 2009

Caramu Itu Dah Basi!

Ke mana hilangnya segala akal fikirmu
Sehingga kau lupa apa yang bukan milikmu
Sesukamu kau memburumu mangsamu
Kau buat ku terkeliru.... Aku benci oh caramu

Caramu copycat... Oooo Awww
Caramu copycat... Oooo Oooo
Caramu copycat... Oooo Awww
Caramu copycat...

Ku benci sikapmu haloba dunia semata
Sedarlah kau akhirnya segala tak ke mana
Tidakkah kau terasa malu dan terhina
Ku tetap membenci mu... Aku tahu oh caramu

Caramu copycat... Oooo Awww
Caramu copycat... Oooo Oooo
Caramu copycat... Oooo Awww
Caramu copycat...

Mengapa kau rela berdusta
Akhirnya segala pasti akan binasa

(Nanana Nana...)
(Nanana Nana...)
(Nanana Nana...)
(Nanana Nana...)


Copycat
A to Z

Jumaat, 31 Julai 2009

Perkembangan Manuskrip Ilmar Imia

1. Budak SMART ~ Ditulis sejak tahun 2000 dan dah banyak kali diolah, sudah tertangguh hampir setahun dengan syarikat penerbitan dan masih dalam perbincangan dengan syarikat penerbitan.

2. Cinta 'Kan Membawamu Padaku ~ Ditulis sejak tahun 2001 dan selesai pada tahun 2008. Juga terperam hampir setahun dan dalam penilaian semula oleh syarikat penerbitan.

3. Cinta Yang Aku Mahu ~ Masa mula-mula tulis tahun 2004, cerita ni pendek saja sebenarnya tapi atas respons yang memberangsangkan lama-lama jadi panjang pula.

4. AsyrAfia ~ Ditulis sejak tahun 2005. Sudah ada idea untuk sambung tapi tak tahu macam mana nak mulakan ayat.

5. Rantai Rasa Cinta ~ blank! Tak ada idea.

6. Pemuja Rahsia ~ Ditulis pada penghujung tahun 2008 dan berjaya disudahkan pada April 2009. Sudah 4 bulan di tangan editor sebuah syarikat penerbitan.

7. Rockstar Tertunda ~ Idea datang sedikit demi sedikit.

8. Untitled ~ Julai 2009, walaupun manuskrip lain belum siap, tapi aku tengah bersemangat nak tulis cerita ni dan macam-macam idea bermain di benak :)


*Idea cerita baru asyik datang, jadi bila manuskrip cerita lama nak siap? Haish!

Rabu, 29 Julai 2009

Teruja

Selepas tangis
Ilham pun mengintai
Melontar kata
Buat aku terfikir

Selepas hujan
Hari nampak berseri
Menggilap cermin hidup
Buat aku sedar

Harus bangkit semula
Sampai hatimu memandangku (Teruja)
Baru kau tahu tinggi langit
Dicabar cinta (Teruja)

Belaian angin
Bisa jadi ribut
Halus budi wanita
Bisa jadi keras

Bagai gelora
Merubah sempadan
Aku merintis
Dunia baru

Jumaat, 24 Julai 2009

Cukup Sudah!

Okey, cukup! Kalau kau rasa aku berlagak bagus, tak payah terbitkan novel aku. AKu tak heran pun! Kau yang offer aku. Bukan aku yang terhegeh-hegeh kat kau!

Mungkin aku penulis baru yang tak ada nama yang tak punya apa-apa. Tapi itu bukan alasan untuk kau buat aku macam ni. Sebagai penulis, aku ada hak untuk tahu pasal apa-apa perkembangan manuskrip aku. Kalau kau kata aku hanya berani dalam komputer, habis bila aku datang kat kau, kau tak ada, apa kes?

Kalau kau kata aku tak profesional sebab tak balas panggilan telefon kau... Bukan ke kau yang cakap aku ni bukan penulis 'agung'? Sebab aku bukan penulis 'agung'lah so aku tak ada banyak kredit nak telefon kau banyak kali. Cukuplah aku berhabis kredit telefon kau dalam masa beberapa bulan ni tapi hasilnya apa?

Dan terima kasih atas peringatan kau yang dunia penerbitan di Malaysia ni kecil kerana aku tak pernah bercadang untuk hantar manuskrip aku kat mana-mana penerbit lagi. Cukup sampai di sini!

Selasa, 21 Julai 2009

Give Up!

Geram betul aku dengan syarikat penerbitan yang satu ni. Dah dua kali aku datang pejabat dia orang tapi masih tak ada jalan penyelesaian. Kalau tak nak terbit, cakap sajalah! Tak payah nak berdalih-dalih itu ini. Aku tahulah aku ni baru nak masuk industri ni dan belum ada pengalaman tapi aku pun ada sedikit ilmu tentang benda ni.

Mungkin salah aku sendiri yang terburu-buru buat keputusan tapi benda dah jadi. Tak guna dikesalkan. Memang aku nak karya aku diterbitkan tapi bukan sekadar terbit lepas tu lenyap. Aku tahu syarikat tu nak bagi aku peluang tapi bukan sekadar peluang yang aku inginkan. Aku nak lebih daripada 'peluang' itu. Aku ada matlamat dalam industri ni.

Orang kata, sekali buat silap, jangan ulang kesilapan yang sama. Maka, benda ni jadi pengajaran pada aku. Nasib baik sekarang aku dah kenal ramai orang dan ada tempat untuk bertanya. Aku harap benda ni selesai dengan cara baik...

Khamis, 16 Julai 2009

Penulis Tertunda

Mereka berhasil membakarku tuk segera membuktikannya
Dengan alasan hari-hari ku yang tak begitu menceriakan

Aku memang penulis yang tertunda, kata orang hidupku bosan
Sebosan bagai burung yang terkurung di dalam sangkaran

Hidupku bertahan ker'na tekadku mewujudkan mimpi yang tertunda...

Aku penulis tertunda... berbekal laptop ku jalani hidup
Aku penulis tertunda... tak ada waktu untuk memikirkan mereka yang mencampakkan ku

Lihat nanti jika ku menguasai chart buku di MPH...
Akan ku tunjuki mobil yang cantik dan kau akan menyedari

Hidupku bertahan ker'na tekadku mewujudkan mimpi yang tertunda...


*diubah daripada lagu Rockstar Tertunda (Jagostu)

Jumaat, 10 Julai 2009

Langkah Permulaan

Dalam pada aku terumbang-ambing menanti perkembangan manuskrip aku daripada tiga syarikat penerbitan, seorang editor daripada salah sebuah syarikat itu menyarankan aku menulis sebuah cerpen yang berkisahkan puasa dan raya untuk dimuatkan dalam novel puasa dan raya syarikat itu sementara menunggu manuskrip aku itu dinilai semula. Kira sebagai pengenalan untuk novel pertama aku tu. Masa yang diberi cuma sehari kalau boleh. Okey, aku sahut cabaran itu!

Makanya, malam itu juga aku mula merangka-rangka jalan cerita dan keesokannya aku curi-curi menaip di pejabat. Nasib baik kerja tengah tak banyak...hehe... dan akhirnya, dapat juga aku siapkan cerpen tu dalam masa setengah hari. Oh, ini cerpen yang paling cepat yang pernah aku siapkan! Petang tu juga aku emelkan kepada editor yang berkenaan. Berdebar-debar juga hati aku. Tak tahulah diterima ke tak. Tawakal sajalah. Harap-harap diterimalah ya...amin...

Dan pagi tadi aku sempat bertanya kepada editor tu tentang cerpen aku. Editor tu kata okey dan dia dah pun masukkan dalam layout buku tu. Oh, My God! Macam tak percaya pula. Adakah impian aku untuk melihat buku yang ada nama aku terlaksana? Okey, walaupun cuma buku kompilasi dengan penulis lain. Tapi mungkin inilah permulaannya... Terima kasih kepada cik editor yang sudi memberi peluang kepada aku.

Aku selalu mengikuti perkembangan penulis lain di blog mereka dan salah seorangnya adalah Ain Maisarah. Aku rasa dia ni dahsyatlah sebab dia siap buat road tour ke sekolah-sekolah lagi. Aku teringin nak jadi macam dia tapi aku tak nak orang kenal muka aku...hehe... Kejayaan dia buat aku jadi berkobar-kobar nak siapkan manuskrip sampaikan aku terfikir nak buat novel Aku Mahu Lebih Sukses Daripada Ain Maisarah! Agak-agak Ain Maisarah bagi tak? :)

Jumaat, 3 Julai 2009

Aktifkan Dirimu!

Aku dah ada laptop di rumah sewa tapi aku malas pulak nak menaip. Macam tulah manusia. Bila benda tu tak ada, tercari-cari. Bila dah ada depan mata, buat-buat tak tahu pulak. Haish! Aku bukan apa. Cuma aku rasa aku lebih suka menaip pakai komputer. Boleh tekan kuat-kuat dan lebih puas menaip...hehe... Apa-apa pun aku akan berusaha memberikan yang terbaik untuk semua yang sentiasa menantikan buah tangan terbaru daripada aku. Terima kasih sangat-sangat atas sokongan kau orang. Semoga impian kau orang jugak tercapai. Amin...

Selain mengaktifkan diri dengan aktiviti menaip seperti biasa, aku jugak melibatkan diri dengan aktiviti sosial bersama penulis-penulis lain di bawah naungan Agensi Villa Aksara (AVA). Besok merupakan perjumpaan pertama semua ahli dengan teraju AVA. Aku harap perjumpaan itu nanti akan memberikan sesuatu yang manfaat pada diri aku dan semua ahli. InsyaAllah... Dulu masa sekolah, malas nak terlibat dengan persatuan. Sekarang, dah besar, dah kerja, baru nak aktif dalam aktiviti sosial :D

Aku ni memang pendiam. Mungkin disebabkan sifat pendiam aku ni, ramai orang ingat aku ni sombong. Tapi bila aku berminat nak tahu tentang seuatu perkara, maka pada waktu itulah aku akan jadi seorang yang banyak tanya. Aku akan tanya sampai aku puas hati. Seorang kawan aku kata sifat tu memang sinonim dengan penulis. Haha... nak tergelak aku dengar. Aku penulis? Layak ke aku dapat gelaran tu?

Jumaat, 12 Jun 2009

Takkan Pernah Berhenti Berharap

Selama aku menulis sejak sekolah rendah, memang tak ada satu pun cerita aku yang habis. Semuanya akan tergantung di tengah jalan memandangkan aku ni menulis ikut mood dan keadaan persekitaran. So, bila tak ada mood dan aku tak selesa dengan persekitaran aku, maka aku pun tak menulislah. Sebab tu aku rasa aku tak boleh jadi penulis novel sepenuh masa kut...huhu...

Namun hujung tahun lepas, suatu keajaiban telah berlaku. Aku berjaya siapkan 3 manuskrip yang dah lama terbengkalai! Itu pun sebab ada 3 syarikat penerbitan yang mintak manuskrip penuh aku. Kalau tak, memang tak siaplah cerita aku ni. Semangat nak menulis tu pun hasil respon pembaca yang mahukan ending cerita aku. Maka, terpaksalah aku memerah idea dan korbankan waktu tidur untuk siapkan ketiga-tiga manuskrip tu.

Dan sekarang, satu manuskrip aku, Budak S.M.A.R.T. sudah pun masuk ke proses terakhir penerbitan dan insyaAllah akan terbit tahun ni jugak (walaupun aku agak kecewa dengan cara syarikat penerbitan ni menguruskan manuskrip aku tu) manakala dua lagi masih dalam proses penilaian dua syarikat penerbitan. Harap-harapnya diterimalah walaupun aku terpaksa menunggu lama. Menunggu tu pasti ada hikmahnya kan?

Macam mana dengan manuskrip lain yang tergantung? Akan aku siapkan bila aku dah jumpa laptop nanti! Cuma sekarang aku memerlukan ruang untuk merehatkan minda. Jangan risau. Aku tak berhenti menulis. Cuma berehat seketika. Aku pasti kembali dengan idea dan garapan yang lebih memuaskan. Nantikan saja :D

Jumaat, 5 Jun 2009

Hapus Aku



Kubutuh waktu
Berikan aku sedikit waktu
Biar saja waktu
Hapus aku ...

Ahad, 24 Mei 2009

Ketandusan Idea



Otakku beku
Ideaku kelu
Fikiranku kuyu

Apakah ubatnya? :(

Selasa, 7 April 2009

Aku TerkeZZZut ...!!

Tengah aku dok melilau baca blog orang, tetiba aku terjumpa gadget menarik iaitu NeoCounter yang mana kita boleh tahu berapa orang yang baca blog kita. Aku pun sajalah explore untuk tahu berapa ramai yang baca blog novel aku ni sebab aku tengok tak ada orang komen pun kat cerita aku ni. Tak ada orang baca kut ataupun cerita aku tak best.

Kalau tak ada orang baca, memang aku nak delete aja blog novel aku ni. Baik aku simpan untuk baca sendiri aja tapi aku betul-betul terkejut bila tengok jumlah pembaca setiap hari. WoW! Betul ke blog aku ni? Ke salah blog? Oh, rupa-rupanya kau orang baca senyap-senyap ya! Haish!

Aku tak kisah kalau orang tak komen tapi sekurang-kurangnya tick la samada cerita aku tu kelakar ke, menarik ke, sedih ke ataupun cool so aku boleh tahu tahap penulisan aku. Apapun, terima kasih sebab sudi baca karya aku yang tak seberapa ni. Arigato gozaimasu!

Isnin, 30 Mac 2009

Ya, Aku Bukan Siapa-siapa

Bila aku dah pandai buat blog sendiri ni, aku rasa aku dah lama tak hantar cerpen ataupun novel aku di penulisan2u. Pertama, sebab dia lambat nak upload. Aku buat blog sendiri pun sebab blog tu lambat. Kedua, aku rasa tersinggung dan sakit hati dengan sesetengah tukang komen yang berasa diri mereka sangat bagus! Lalu aku membawa diri dan membuka blog 'Cinta Ilmar Imia'.

Walaupun pembacanya tidak seramai di penulisan2u tetapi di sini aku lebih merasai kepuasan dan dapat menilai sendiri penulisan aku melalui komen-komen yang betul-betul membina, bukannya menjatuhkan. Lagipun, aku percaya orang yang melayari blog aku pastilah sebab mereka sukakan cerita aku kerana aku belum jumpa lagi tukang komen yang menyakitkan hati dalam blog aku seperti di penulisan2u.

Tidakkah kau tahu penulis itu juga manusia yang punya suara untuk dilontarkan? Jika tukang komen boleh mengata karya penulis sesuka hati, kenapa pula penulis tidak boleh membidasnya? Penulis lain mungkin mempunyai tahap kesabaran yang tinggi bila karya mereka dikritik habis-habisan tapi bukan aku. Aku tahu aku bukan penulis yang bagus tapi kau juga bukan pengkritik yang bagus!

Beginilah selalunya manusia. Bila mereka sukakan karya kita, mereka akan memuji melambung-lambung tetapi bila karya kita dirasakan seperti sampah maka akan terhamburlah segala caci maki yang menggunung. Bila kita bukan siapa-siapa, orang langsung tidak memandang tetapi bila kita sudah punya nama dan become somebody, maka berebut-rebutlah mereka untuk mendekati. Tepuk dada, tanya selera.


*ada kalanya aku pun rasa macam nak delete aje blog novel aku...

Rabu, 25 Mac 2009

Novel WYBMD

Aku rasa macam nak buat 'Will You Be My Driver' dalam versi novel.

Apa pendapat kau orang? :D

Haish ... bila takde laptop, masa tu la idea nak datang. Dahlah cerita lain tak habis lagi.

Ok, buat masa ni aku akan fokus pada CYAM dan PR. Then, baru aku akan sambung AsyrAfia dan RRC di samping mula mengarang cerita Budak SMART Mahu Jadi Rockstar. Bab 1 sudah hampir siap!

Jumaat, 13 Mac 2009

Budak S.M.A.R.T. Lagi

Dua tiga hari ni aku tengok polling Budak S.M.A.R.T. kat bawah blog CII begitu cepat meningkat. Ramai sangat ke orang yang suka cerita tu? Ke ada yang sengaja nak main-mainkan aku? Huhu ... cerita ni aku tulis masa aku form 3. Idea cerita ni tercetus dari pemerhatian aku di sekolah dan ada jugak melalui pengalaman aku sendiri. Tapi aku tak nak cakap yang mana satu pengalaman aku :D Of cause la masa tu cerita-cerita band indie ni tak wujud lagi tapi aku ni jenis penulis yang sentiasa edit and update cerita aku dari masa ke masa selagi aku tak puas hati. Dari tahun 2000 hingga tahun 2008, mestilah banyak yang dah aku ubah dan akhirnya inilah hasilnya.

Kalau ada sesiapa nak tahu, manuskrip Budak S.M.A.R.T. ni pernah ditolak oleh 2 buah syarikat penerbitan dengan alasan manuskrip ni tak sesuai dengan polisi syarikat dia orang sebab mengetengahkan tema cinta remaja ... huhu ... dan hujung tahun lepas tetiba ada sebuah syarikat penerbitan yang menawarkan untuk menerbitkan manuskrip aku lepas dia orang baca karya aku kat penulisan2u. Mula-mula aku ragu-ragu jugak tapi sorang member aku cakap apa salahnya cuba so aku pun bagilah manuskrip ni pada dia orang hujung tahun lepas. Awal bulan 2 hari tu dia orang cakap tengah proses suntingan tapi sekarang aku tak tahu apa jadi pada manuskrip tu sebab orang tu pun senyap ja. Jadi terbit ke tak ni? :(

~edited~

perkembangan terbaru

"Novel budak smart akan keluar ke pasaran dalam jangka masa sebulan dari tarikh hari ini (19 Mac 2009) atau paling lewat dua bulan. Proses editing telah selesai sekarang dalam proses layout dan penyediaan cover. Kemudian kami akan hantar untuk di cetak." (penerbit)

Isnin, 9 Mac 2009

Kumahu!

Aku perlukan PC ataupun laptop!

Hidup aku tak lengkap tanpanya...

:(

Sabtu, 21 Februari 2009

Perihal Nama Pena

Aku rasa penggunaan nama pena bukanlah perkara baru dalam industri penerbitan buku. Majoriti penulis di Malaysia menggunakan nama pena. Persoalannya, betul ke penulis yang menggunakan nama pena ni tak jujur dengan pembaca?

Aku sendiri menggunakan nama pena atas alasan aku tidak mahu orang mengenali aku sebagai aku. Aku tidak mahu kawan-kawan aku tahu siapa Ilmar Imia kerana bila mereka tahu akan timbul soal menjaga hati. Aku tahu ada sesetengah kawan aku yang serba salah apabila aku meminta pendapat mereka tentang karya aku. Dah nama pun komen, mestilah ada yang bagus dan tak bagus kan? Aku tak kisah kalau orang nak kata cerita aku membosankan ke ataupun tak bagus. Cuma bagi tahulah sebab apa dan apa yang harus diperbaiki. Bukan sebab mereka tak suka dengan hero ataupun heroin cerita tu!

Salah satu lagi sebab aku menggunakan nama pena kerana aku rasa nama pena ni lebih catchy daripada nama sebenar aku. Bukan nak kata nama sebenar aku tak bagus. Aku suka nama yang mak dan abah bagi cuma aku mahu mencipta satu identiti untuk karya aku. Sebab bila di alam maya, aku guna nama pena lain. Dalam penulisan, aku guna nama lain. Kira macam branding lah ... haha ... Walau bagaimanapun, nama pena aku tetap tak jauh beza dengan nama sebenar aku kerana aku mahukan nama yang dekat dengan diri aku. Kalau kau orang pandai, mesti kau orang dapat agak nama betul aku kan? :D (kalau tahu, diam-diam aja la)

Selasa, 17 Februari 2009

Khamis, 12 Februari 2009

TAG Senang Hati

Walaupun aku dah jawab TAG ni tapi sebab aku tengah senang hati, aku jawab sekali lagi untuk memuaskan hati Cinta. OK, Cik Cinta?

5 characteristics of your dream guy/girl
1) Pandai main gitar macam Azrizal (Budak S.M.A.R.T.)
2) Setia macam Dimas (CKMP)
3) Memiliki senyuman manis macam Abang Baka (CYAM)
4) Tak mudah mengalah macam Irwan (CYAM)
5) Mengutamakan orang yang disayangi macam Iznul (RRC)

5 characteristics that you have never like in a guy/girl
1) pandai menabur janji tapi memungkiri macam Hazami (RRC)
2) suka menipu
3) hanya memandang kecantikan luaran macam Fazren (CYAM)
4) pasrah pada takdir tanpa berusaha macam Ash (AsyrAfia)
5) Tak berani meluahkan perasaan sebenar macam Danish (CYAM)

5 feelings that you have when you're out with the one you admire
1) berdebar-debar
2) senyum tanpa sebab
3) rasa bahagia
4) sentiasa ingin kelihatan cantik di matanya
5) rasa nak tengok muka dia aja

5 places that you want to travel with your loved one
1) Rumah
2) Kedai buku
3) Kedai CD/kaset
4) konsert/gig
5) Cyber cafe

5 special things that you would give to your loved one
1) kasih sayang
2) perhatian
3) kepercayaan
4) harta benda
5) novel yang aku tulis sendiri :D

5 songs that you will sing to your partner
1) Sempurna ANDRA & THE BACKBONE
2) My Heart IRWANSYAH & ACHA sEPTRIASA
3) Cinta Abadi TOFU
4) Keabadian Cinta ANUAR ZAIN
5) Kamek Sayang Kitak HUJAN

5 friends that you want to tag
1) - 5) Semua orang yang membaca entri ini :D


*Pesanan buat pembaca yang sudi menjengah blog enovel aku, enovel aku akan disambung bila aku balik ke kampung dua hari lagi kerana sekarang aku masih berada di KL. Harap maklum. :D

Sabtu, 7 Februari 2009

Primata Cantik

5:30 petang aku terus bukak TV untuk tengok Primata Cantik kat TV9. Semalam aku tak tengok sebab aku ke KL. Tapi bila aku bukak TV, kok cerita lain? Apa Primata Cantik sudah habis? Apa jadi pada Lisa yang diculik ibu tirinya? Siapa yang Lisa pilih? Raka ataupun Ncup? Waduh, kenapa aku selalu aja terlepas episod akhir. Dulu pun, dah penat-penat tengok Pangako Sayo beratus-ratus episod tup tup episod akhir aku tak tengok. Hot Shot pun sama. Huhu ... ada sesiapa yang boleh ceritakan kesudahan Primata Cantik kat aku tak?

Jumaat, 6 Februari 2009

Hari Yang Melelahkan

Aku lapar, mengantuk, letih, penat, capek, lelah semua ada. Kejap di Pahang, kejap di KL. Tak larat nak mengarang. AsyrAfia 15 dan Rantai Rasa Cinta 8 sudah hampir siap. Pemuja Rahsia 10 dan Cinta Yang Aku Mahu 31 masih kabur-kabur walaupun idea sambungan sudah ada. Besok aku sambung aktiviti mengarang ya. Mahu istirahat dulu. Kalau free, layanlah cerita dalam Khayalan Ilmar Imia dulu, antara skrip aku yang tak sempat nak divisualkan. Memandangkan aku tak nak hasil kerja aku terkubur begitu saja, maka aku posting di sini untuk tatapan umum. Sila komen ya. :D

*masih di KL menanti detik 8 malam untuk berangkat pulang

Isnin, 26 Januari 2009

Apabila Pemilik Nama Itu Benar-benar Wujud ...

Biasanya penulis novel ataupun cerpen pasti memilih nama watak yang sedap didengar ataupun lain dari yang lain. Mungkin jugak nama yang jarang-jarang digunakan oleh penulis lain bagi mencipta kelainan. Apa ada pada nama? Bagi aku, nama watak yang aku gunakan dalam setiap novel aku sangat berbeza antara satu sama lain kerana aku tak suka menggunakan nama yang sama untuk dua cerita yang berbeza. Bukan saja pembaca yang akan keliru malah mungkin aku yang sebagai penulis pun akan turut keliru sama. Lebih-lebih lagi bila buat banyak cerita dalam satu masa.

Baru-baru ini aku dikejutkan dengan sapaan seorang individu yang mana namanya aku gunakan dalam salah satu e-novel aku. Pada mulanya aku ingatkan dia team Hujan yang mahu menegur aku tentang cerita aku yang mungkin kurang tepat mengenai Hujan tapi aku takkan mudah panik kerana aku sudah mendapat green light daripada Noh, yakni vokalis Hujan sendiri untuk menggunakan nama band mereka dalam cerita aku. Walaupun pihak penerbit menasihati aku supaya menukar nama band itu tapi aku rasa tak best pulak kalau tukar sebab apa yang aku tulis biasanya lahir dari isi hati aku sendiri. Aku lebih suka yang real and really exist.

Kenapa Hujan aku mintak permission untuk guna nama dia orang tapi senior aku tu tak? Sebab pertama, aku ingatkan benda tu perkara kecik aja dan takkan memberikan apa-apa pengaruh memandangkan aku hanya menggunakan namanya dan bukan karakternya. Aku rasa nama tu unik dan setakat ni aku belum pernah jumpa lagi nama tu dalam mana-mana novel ataupun e-novel yang aku baca. Sebab kedua, aku dengan dia tak pernah bertegur sapa dan mungkin jugak dia tak pernah kenal aku. Aku bukan tergolong dalam golongan pelajar popular di sekolah. So, aku rasa tak apa kut kalau aku guna nama dia. Lagipun kita orang bukannya jumpa dah pun.

Tapi itu cuma anggapan aku. Siapa sangka nama watak dalam e-novel aku tu menemukan aku dengan the real character in this reality world. Haha ... sungguh tak ku sangka. Jangan marah ya, Che Wan. Tu semua cuma rekaan. Anyway, terima kasih jugak sebab tolong promote blog tu secara tak langsung..ahak.. Jangan lepas ni pengetua pulak nak saman aku sudah. Aku ni dahlah tanam anggur aja. :D

Ahad, 25 Januari 2009

Bangku Sekolahku

Blog Bangku Sekolah Ilmar Imia sudah dibuka untuk bacaan umum. Berbeza dengan blog Cinta Ilmar Imia yang fokus pada tema cinta, blog ini lebih memfokuskan pada cerita-cerita remaja khususnya pelajar sekolah. Untuk cerita pertama, nikmatilah siri Pemuja Rahsia. Kalau nak tahu siapa yang memuja dan siapa yang dipuja, sila baca di sana ya. Segala kritik dan saran sangat dialu-alukan.

Selasa, 20 Januari 2009

Isnin, 19 Januari 2009

Cinta Matiku

Walaupun dah nak dekat seminggu aku tak update blog karya aku tapi sebenarnya aku masih menulis tapi menggunakan pen dan kertas. Bukan di komputer seperti selalu ... huhu ... Ini kerana otak aku mengalami trafik jam yang terlalu sesak dan mengambil masa yang lama untuk pulih seperti biasa. Sebab keduanya, laptop yang selalu aku gunakan untuk menaip sudah dikebas oleh adik bongsu pompuan aku untuk dibawa ke sebuah institusi tempatnya menuntut ilmu. Disebabkan dua alasan ini, maka aku mengambil keputusan membawa diri ke KL buat sementara bagi bertukar angin. Mungkin saja ilham menulis akan muncul di sana.

Hidup aku memang tak lengkap tanpa menulis biarpun hanya sebaris ayat. Menulis bukan sekadar hobi bagi aku tapi sudah menjadi sebahagian daripada jiwa aku. Ibarat keperluan dalam kehidupan aku. Sehari tak menulis, aku akan rasa macam ada sesuatu yang tak lengkap. Ibarat hidup tanpa udara, hidup tanpa makanan dan hidup tanpa berbumbung. Hehe ... Bahkan jika aku sibuk dengan hal lain sekalipun, aku akan sedaya mungkin mencari masa untuk menulis walaupun terpaksa berjaga malam sehingga ada kalanya perkara lain aku abaikan tanpa sedar semata-mata mahu menulis.

Aku juga pernah berasa putus asa untuk menulis lagi apabila satu-satunya pendrive yang mengandungi karya aku hilang. Memandangkan komputer aku sering rosak (maklumlah second hand), jadi kesemua hasil karya aku aku simpan dalam pendrive itu sebagai back up. Namun kehilangan pendrive itu benar-benar membuatkan aku hilang arah dan rasa malas hendak menulis lagi. Aku tak yakin aku dapat menulis cerita yang sama untuk kali yang kedua. Boleh dikatakan keadaan aku waktu itu ibarat orang yang kehilangan cinta hatinya. Sangat tak terurus dan meratapi kehilangannya berhari-hari.

Ternyata itu semua hanya sementara kerana aku jadi bersemangat semula tatkala ilham dan idea aku kembali menerjah ke kepala otak aku. Semua assignment aku tangguhkan semata-mata mahu mencurahkan ilham yang datang itu ke bentuk tulisan. Buat assignment pun aku tak pernah bersungguh-sungguh macam tu ... ahak ... Mungkin ada yang kata karya aku hampeh dan tak adalah sebagus mana tapi yang aku tahu aku sangat suka menulis dan puas hati bila dapat menulis. Jika ada orang kata aku tak ada bakat langsung dalam penulisan, then baru aku akan fikir untuk berhenti menulis. Boleh caya ke? Huhu ...

Rabu, 7 Januari 2009

Tip Menjadi Penulis Bestseller Dari Pengarang Bestseller

Tengah aku dok geledah internet, aku terjumpa benda ni. 5 ciri pengarang yang ingin karyanya menjadi bestseller dan hebat oleh Habiburrahman El-Shirazy:

a) Niat yang Kuat

Seseorang penulis seharusnya meletakkan satu niat yang kuat dan kukuh dalam hati sanubari mereka sebelum dan semasa berkarya. Niat ini seharusnya positif bagi menjadikan segala tulisan dibuat menyumbang kepada masyarakat. Ia bersesuaian dengan hadis Nabi yang mengatakan bahawa setiap sesuatu dimulakan dengan niat. Niat yang baik membawa penghasilan baik dan dirahmati Allah. Yang buruk dikeji dan dibalas dengan balasan buruk di akhirat kelak

b) Keberanian untuk Menulis

Seseorang pengarang harus bersedia untuk karyanya dibaca oleh orang lain. Apabila begitu mereka perlu terbuka menerima pandangan pelbagai pihak mengenai karyanya. Sesuatu karya yang ditulis tidak akan mungkin boleh jadi paling sempurna kerana kita ini manusia. Hamba Allah. Maklum balas pasaran dan pembaca akan dapat mematangkan penulisan seseorang pengarang itu.

c) Idealisme yang Diperjuangkan dan Kekuatan Jiwa

Seorang pengarang perlu ada perjuangan dalam penulisan. Mereka perlu meletakkan perjuangan sebagai sebab utama dalam penulisan. Perjuangan yang murni dan suci. Penulis tanpa perjuangan, tulisannya tidak dari hati. Kata-kata digunakan tidak meresap masuk ke dalam jiwa pembaca.

d) Ilmu, Wawasan dan Penguasaan Teknik Menulis yang Baik

Teknik dan ilmu kepengarangan amat penting dalam menjadikan seseorang penulis itu matan dalam menulis. Ilmu ini dapat ditimba dengan menghadiri bengkel dan seminar berkaitan dunia penulisan.

e) Akhlak yang Mulia

Akhlak adalah cermin diri. Ia adalah perkara paling besar perlu ada pada manusia. Penulis berakhlak baik berbanding dengan tidak amat besar bezanya dari sudut penulisan. Akhlak amat tergambar dalam penulisan kesemua pengarang. Pengarang yang baik menulis dengan penuh berhikmah dan kata-kata berilmu.

Isnin, 5 Januari 2009

Idea oh! Idea

Tetiba aku rasa otak aku blank. Aku tak dapat menulis. Kalau diikutkan, kepala otak aku ni memang sarat dengan idea. Nak buat cerita tu, nak buat cerita ni tapi kebanyakan idea yang datang hanya berbentuk sinopsis dan jalan cerita. Otak aku seolah-olah tak reti nak kembangkan idea tu menjadi sebuah cerita mahupun 1 bab. Mungkin aku terlalu lama terperuk dalam rumah so otak pun dah beku. Ditambah pulak dengan keadaan cuaca yang lembab dan dingin beberapa hari berturut. Mungkin aku perlu keluar berjalan-jalan tapi hujan lebat macam ni nak jalan macam mana? Huhu...

Sabtu, 3 Januari 2009

Sasaran 2009

Dah lama aku tak buat azam. Masa sekolah-sekolah dulu rajinlah pasang azam. Azam nak dapat 5A dalam UPSR, 8A dalam PMR and 10A dalam SPM. Azam UPSR sukses! Tercapai! PMR tersasar sikit. SPM pun tersasar 4 sasaran. Huhu... Sekarang umur aku dah nak masuk 24. What? 24? Macam tak percaya aja. Selepas lama tak buat azam, malam semalam aku terpikir nak buat azam ketika aku masih berjaga pukul 4 pagi. 3 azam aku tahun ni:

1). At least 1 novel aku dah publish

Dulu bila lepak kedai buku, aku selalu berangan-angan dalam banyak-banyak buku yang tersusun kat rak itu salah satunya adalah novel aku. Sedangkan tengok nama sendiri kat TV pun aku dah cukup excited, inikan pulak nama sendiri kat kulit buku novel yang mana merupakan hasil perah otak dan titik peluh aku sepenuhnya of course dengan bantuan editor.

2). Dapat kerja tetap sebelum bulan 6

Kenapa aku meletakkan sasaran kerja pada bulan 6? Sebabnya mak aku akan bersara pada bulan 6 ni so aku kena dapat kerja sebelum tarikh keramat tu sebab mesti aku yang akan menjadi salah seorang penyara keluarga selain kakak dan abang aku.

3). Nak masuk minang si dia

3 Julai nanti genaplah umur si dia 30 tahun. Bila dah masuk umur ni, mulalah soalan 'bila nak kahwin' akan menerjah ke gegendang telinga. Tambahan pula, semua kawan rapatnya sudah berkahwin dan mempunyai anak. Kalaulah aku ada 'kuasa', la ni jugak aku p pinang dia! Tak salah kan? Nabi Muhammad SAW pun Siti Khadijah yang pinang kan? Kan? Kan?

Ok, ok. Yang no 3 tu cuma imaginasi aku aja sebab tak mungkinlah seorang yang biasa macam aku ni nak jadi pacar seorang rockstar bak lagu Projek Pop tu, apakah mungkin seorang biasa menjadi pacar seorang superstar? Huahuahua ...

Jumaat, 2 Januari 2009

Budak S.M.A.R.T. Mahu Jadi Rockstar

Disebabkan ramai yang tak puas hati dengan kesudahan novel Budak S.M.A.R.T. (ramai ker?), majoritinyalah so aku decide untuk sambung siri ni tapi dalam siri yang lain yang aku beri judul Budak S.M.A.R.T. Mahu Jadi Rockstar.

Dalam Budak S.M.A.R.T. Mahu Jadi Rockstar ni nanti, aku akan ceritakan macam mana suka duka Riz dan kawan-kawannya untuk merealisasikan impian mereka bagi menubuhkan sebuah band muzik dan dikenali ramai. Berjaya ke tak dia orang ni buat band eh?

Para pembaca diharap dapat bersabar sebab aku sedang mengumpulkan materialnya di samping sibuk menguruskan hal ehwal rumahtangga...huahuahua... Sekarang ni pun aku baru dapat tajuk and sinopsis jalan cerita secara kasar.

Actually, aku pun tak sangka ramai yang baca cerita ni sebab bila aku hantar cerita ni kat penulisan2u, tak ramai orang yang komen pasal cerita ni so aku pun tak tahu apa pandangan orang tentang cerita ni. Best ke tak, ada ke orang baca cerita ni and so on.

Tapi sekarang aku tahu ada orang yang baca cerita aku ni. So untuk tidak menghampakan kau orang yang setia menantikan setiap bab cerita ni, aku akan cuba menyambung kesudahan cerita ni. So kalau nak tahu kesudahan cinta tiga segi antara Riz, Tya and Laily, just nantikan aja sambungannya ok?

Khamis, 1 Januari 2009

365 Hari Menjelang 2010

Setiap kali tiba tahun baru, mesti orang akan kaitkan dengan azam. Masa kecik-kecik dulu aku pun pernah pasang azam tapi lama-lama azam tu cuma sekadar azam. Perlu ke kita tanamkan azam setiap kali tiba tahun baru?

Tahun 2008 aku pernah berazam lepas habis study, aku tak nak menganggur lama-lama. Dua minggu pun dah cukup buat aku macam cacing kepanasan. Alhamdulillah sebaik-baik saja habis final exam, aku dipanggil temuduga di satu syarikat animasi. Walaupun jawatan yang ditawarkan bukan minat aku yang pertama tapi aku terima jugak kerja tu. Sekadar menambah ilmu dan menimba pengalaman. Tapi ternyata rezeki aku kat situ tak lama.

Lepas berhenti kerja, aku dok rumah jaga anak-anak kakak aku sementara tunggu orang panggil interbiu. Tapi aku dok rumah bukannya dok goyang kaki aja. Aku masih ada cita-cita dan impian. Cita-cita dan impian yang aku tak pernah uar-uarkan pada orang lain termasuk kawan-kawan aku. Kalau orang tanya aku nak jadi apa lepas dah habis study, aku takkan cakap yang aku nak jadi penulis novel. Aku cuma akan cakap aku nak jadi ni, nak jadi tu tapi takkan sesekali aku cakap aku nak jadi penulis novel.

Hanya beberapa orang kawan aku aja yang tahu cita-cita dan impian aku ni. Atas sokongan dan dorongan dia oranglah aku terus bertahan untuk mewujudkan mimpi aku yang selalu tertunda ni dan aku harap tahun 2009 ni aku dapat melihat sekurang-kurangnya satu novel aku berada di rak-rak kedai buku.