Jemput LIKE page ini :))

Pengerah Jemari

Tentang Aku

Foto saya
Suka menulis, dengar lagu, baca novel dan berangan.

Ahad, 30 Mac 2014

29th on 29th

Alhamdulillah. Semalam genaplah usia saya 29 tahun. Sepatutnya saya pulang ke Kuantan untuk meraikan hari ulang tahun kelahiran dengan abang saya yang berkongsi tarikh lahir dengan saya. Namun atas sebab kerja, rancangan itu terpaksa dibatalkan.

Walaupun ada sedikit perasaan ralat kerana tidak dapat bersama keluarga, namun ucapan daripada mereka dari Kuantan menerusi telefon dan Facebook sedikit sebanyak mengubat hati saya. Tambahan pula, suami saya yang bersusah payah menyediakan kek dan hadiah untuk saya. Terima kasih, sayang.




 
Hadiah daripada suami (^_____^)
 
 
Tidak lupa juga buat kawan-kawan yang menghantarkan ucapan menerusi SMS dan Facebook (saya tak ada WhatsApp) terutama kawan-kawan satu ofis yang sudi meraikan saya sepanjang petang semalam. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih juga kepada Abang Long D sebab beri hadiah yang cantik. Hijau ialah hidup! Hehe~
 
 
 
 
Tidak lupa juga buat kawan-kawan, kenalan dan pembaca di Facebook. Sejujurnya, saya tidak mengharapkan apa-apa setiap kali tiba hari ulang tahun kelahiran saya. Namun apabila ada yang mengingati, itu sudah cukup membuatkan saya berasa dihargai. Terima kasih semua! (^______^)

Rabu, 26 Mac 2014

MH 370

 
 Sumber gambar: Google
 
Cepat atau lambat,
Walau penuh muslihat,
Akan tiba satu saat,
Kebenaran pasti terlihat,
Al-Fatihah untuk yang terlibat.

Khamis, 20 Mac 2014

Cinta Gantung: Review


Rupa-rupanya sudah ada orang review tentang novel ini. Baru hari ini saya sempat membacanya. Apa-apa komen saya terima. Terima kasih kepada pembaca yang sudi meninggalkan komen mereka di sini.

Klik sini --> review

Selasa, 4 Mac 2014

Cinta Gantung: Snap Sana Sini

Kepada mereka yang berada di sekitar Kuala Lumpur dan ingin mendapatkan novel Cinta Gantung...
 
 
 
MPH MidValley Megamall, KL (Gambar oleh Eja)
 
 
 
KL Sentral (Gambar oleh Poyo)


Isnin, 3 Mac 2014

Birthday :)


Selamat hari ulang tahun kelahiran buat adik kedua saya, Nuar dan husband saya. Tahun ini berkongsi kek ya. Thanks to Along yang sponsor kek ni dan Ajis (abang) yang sponsor piza. Hee~