Jemput LIKE page ini :))

Pengerah Jemari

Tentang Aku

Foto saya
Suka menulis, dengar lagu, baca novel dan berangan.

Jumaat, 31 Julai 2009

Perkembangan Manuskrip Ilmar Imia

1. Budak SMART ~ Ditulis sejak tahun 2000 dan dah banyak kali diolah, sudah tertangguh hampir setahun dengan syarikat penerbitan dan masih dalam perbincangan dengan syarikat penerbitan.

2. Cinta 'Kan Membawamu Padaku ~ Ditulis sejak tahun 2001 dan selesai pada tahun 2008. Juga terperam hampir setahun dan dalam penilaian semula oleh syarikat penerbitan.

3. Cinta Yang Aku Mahu ~ Masa mula-mula tulis tahun 2004, cerita ni pendek saja sebenarnya tapi atas respons yang memberangsangkan lama-lama jadi panjang pula.

4. AsyrAfia ~ Ditulis sejak tahun 2005. Sudah ada idea untuk sambung tapi tak tahu macam mana nak mulakan ayat.

5. Rantai Rasa Cinta ~ blank! Tak ada idea.

6. Pemuja Rahsia ~ Ditulis pada penghujung tahun 2008 dan berjaya disudahkan pada April 2009. Sudah 4 bulan di tangan editor sebuah syarikat penerbitan.

7. Rockstar Tertunda ~ Idea datang sedikit demi sedikit.

8. Untitled ~ Julai 2009, walaupun manuskrip lain belum siap, tapi aku tengah bersemangat nak tulis cerita ni dan macam-macam idea bermain di benak :)


*Idea cerita baru asyik datang, jadi bila manuskrip cerita lama nak siap? Haish!

Rabu, 29 Julai 2009

Teruja

Selepas tangis
Ilham pun mengintai
Melontar kata
Buat aku terfikir

Selepas hujan
Hari nampak berseri
Menggilap cermin hidup
Buat aku sedar

Harus bangkit semula
Sampai hatimu memandangku (Teruja)
Baru kau tahu tinggi langit
Dicabar cinta (Teruja)

Belaian angin
Bisa jadi ribut
Halus budi wanita
Bisa jadi keras

Bagai gelora
Merubah sempadan
Aku merintis
Dunia baru

Jumaat, 24 Julai 2009

Cukup Sudah!

Okey, cukup! Kalau kau rasa aku berlagak bagus, tak payah terbitkan novel aku. AKu tak heran pun! Kau yang offer aku. Bukan aku yang terhegeh-hegeh kat kau!

Mungkin aku penulis baru yang tak ada nama yang tak punya apa-apa. Tapi itu bukan alasan untuk kau buat aku macam ni. Sebagai penulis, aku ada hak untuk tahu pasal apa-apa perkembangan manuskrip aku. Kalau kau kata aku hanya berani dalam komputer, habis bila aku datang kat kau, kau tak ada, apa kes?

Kalau kau kata aku tak profesional sebab tak balas panggilan telefon kau... Bukan ke kau yang cakap aku ni bukan penulis 'agung'? Sebab aku bukan penulis 'agung'lah so aku tak ada banyak kredit nak telefon kau banyak kali. Cukuplah aku berhabis kredit telefon kau dalam masa beberapa bulan ni tapi hasilnya apa?

Dan terima kasih atas peringatan kau yang dunia penerbitan di Malaysia ni kecil kerana aku tak pernah bercadang untuk hantar manuskrip aku kat mana-mana penerbit lagi. Cukup sampai di sini!

Selasa, 21 Julai 2009

Give Up!

Geram betul aku dengan syarikat penerbitan yang satu ni. Dah dua kali aku datang pejabat dia orang tapi masih tak ada jalan penyelesaian. Kalau tak nak terbit, cakap sajalah! Tak payah nak berdalih-dalih itu ini. Aku tahulah aku ni baru nak masuk industri ni dan belum ada pengalaman tapi aku pun ada sedikit ilmu tentang benda ni.

Mungkin salah aku sendiri yang terburu-buru buat keputusan tapi benda dah jadi. Tak guna dikesalkan. Memang aku nak karya aku diterbitkan tapi bukan sekadar terbit lepas tu lenyap. Aku tahu syarikat tu nak bagi aku peluang tapi bukan sekadar peluang yang aku inginkan. Aku nak lebih daripada 'peluang' itu. Aku ada matlamat dalam industri ni.

Orang kata, sekali buat silap, jangan ulang kesilapan yang sama. Maka, benda ni jadi pengajaran pada aku. Nasib baik sekarang aku dah kenal ramai orang dan ada tempat untuk bertanya. Aku harap benda ni selesai dengan cara baik...

Khamis, 16 Julai 2009

Penulis Tertunda

Mereka berhasil membakarku tuk segera membuktikannya
Dengan alasan hari-hari ku yang tak begitu menceriakan

Aku memang penulis yang tertunda, kata orang hidupku bosan
Sebosan bagai burung yang terkurung di dalam sangkaran

Hidupku bertahan ker'na tekadku mewujudkan mimpi yang tertunda...

Aku penulis tertunda... berbekal laptop ku jalani hidup
Aku penulis tertunda... tak ada waktu untuk memikirkan mereka yang mencampakkan ku

Lihat nanti jika ku menguasai chart buku di MPH...
Akan ku tunjuki mobil yang cantik dan kau akan menyedari

Hidupku bertahan ker'na tekadku mewujudkan mimpi yang tertunda...


*diubah daripada lagu Rockstar Tertunda (Jagostu)

Jumaat, 10 Julai 2009

Langkah Permulaan

Dalam pada aku terumbang-ambing menanti perkembangan manuskrip aku daripada tiga syarikat penerbitan, seorang editor daripada salah sebuah syarikat itu menyarankan aku menulis sebuah cerpen yang berkisahkan puasa dan raya untuk dimuatkan dalam novel puasa dan raya syarikat itu sementara menunggu manuskrip aku itu dinilai semula. Kira sebagai pengenalan untuk novel pertama aku tu. Masa yang diberi cuma sehari kalau boleh. Okey, aku sahut cabaran itu!

Makanya, malam itu juga aku mula merangka-rangka jalan cerita dan keesokannya aku curi-curi menaip di pejabat. Nasib baik kerja tengah tak banyak...hehe... dan akhirnya, dapat juga aku siapkan cerpen tu dalam masa setengah hari. Oh, ini cerpen yang paling cepat yang pernah aku siapkan! Petang tu juga aku emelkan kepada editor yang berkenaan. Berdebar-debar juga hati aku. Tak tahulah diterima ke tak. Tawakal sajalah. Harap-harap diterimalah ya...amin...

Dan pagi tadi aku sempat bertanya kepada editor tu tentang cerpen aku. Editor tu kata okey dan dia dah pun masukkan dalam layout buku tu. Oh, My God! Macam tak percaya pula. Adakah impian aku untuk melihat buku yang ada nama aku terlaksana? Okey, walaupun cuma buku kompilasi dengan penulis lain. Tapi mungkin inilah permulaannya... Terima kasih kepada cik editor yang sudi memberi peluang kepada aku.

Aku selalu mengikuti perkembangan penulis lain di blog mereka dan salah seorangnya adalah Ain Maisarah. Aku rasa dia ni dahsyatlah sebab dia siap buat road tour ke sekolah-sekolah lagi. Aku teringin nak jadi macam dia tapi aku tak nak orang kenal muka aku...hehe... Kejayaan dia buat aku jadi berkobar-kobar nak siapkan manuskrip sampaikan aku terfikir nak buat novel Aku Mahu Lebih Sukses Daripada Ain Maisarah! Agak-agak Ain Maisarah bagi tak? :)

Jumaat, 3 Julai 2009

Aktifkan Dirimu!

Aku dah ada laptop di rumah sewa tapi aku malas pulak nak menaip. Macam tulah manusia. Bila benda tu tak ada, tercari-cari. Bila dah ada depan mata, buat-buat tak tahu pulak. Haish! Aku bukan apa. Cuma aku rasa aku lebih suka menaip pakai komputer. Boleh tekan kuat-kuat dan lebih puas menaip...hehe... Apa-apa pun aku akan berusaha memberikan yang terbaik untuk semua yang sentiasa menantikan buah tangan terbaru daripada aku. Terima kasih sangat-sangat atas sokongan kau orang. Semoga impian kau orang jugak tercapai. Amin...

Selain mengaktifkan diri dengan aktiviti menaip seperti biasa, aku jugak melibatkan diri dengan aktiviti sosial bersama penulis-penulis lain di bawah naungan Agensi Villa Aksara (AVA). Besok merupakan perjumpaan pertama semua ahli dengan teraju AVA. Aku harap perjumpaan itu nanti akan memberikan sesuatu yang manfaat pada diri aku dan semua ahli. InsyaAllah... Dulu masa sekolah, malas nak terlibat dengan persatuan. Sekarang, dah besar, dah kerja, baru nak aktif dalam aktiviti sosial :D

Aku ni memang pendiam. Mungkin disebabkan sifat pendiam aku ni, ramai orang ingat aku ni sombong. Tapi bila aku berminat nak tahu tentang seuatu perkara, maka pada waktu itulah aku akan jadi seorang yang banyak tanya. Aku akan tanya sampai aku puas hati. Seorang kawan aku kata sifat tu memang sinonim dengan penulis. Haha... nak tergelak aku dengar. Aku penulis? Layak ke aku dapat gelaran tu?