Jemput LIKE page ini :))

Pengerah Jemari

Tentang Aku

Foto saya
Suka menulis, dengar lagu, baca novel dan berangan.

Jumaat, 30 Oktober 2009

Aku Mahu Lebih

Bila aku selalu merungut itu ini,
orang kata aku tak tahu menghargai.

Bila aku mudah berpuas hati,
orang suruh aku usaha lebih lagi.

Haish!


*Baru siapkan pruf first editing untuk novel CKMP

Selasa, 20 Oktober 2009

Penghargaan

Dulu, aku selalu berangan-angan nak masukkan semua nama orang yang menyokong aku dalam kolum penghargaan bila aku ada novel sendiri. Tapi sekarang bila editor mintak aku tulis penghargaan untuk novel pertama aku, aku jadi blur. Tak tahu nak tulis apa.

Kalau ikutkan, memanglah banyak nama yang aku nak masukkan tapi ruang yang ada sangat terhad. Takut nanti ada yang berkecil hati pulak kalau aku tak masukkan nama dia...huhu... Ni baru nak tulis penghargaan tapi rasa macam nak buat rumusan karangan. Biar ringkas tapi padat!

Isnin, 19 Oktober 2009

Bengkel AVA 1

Bila disuruh komen tentang cerpen penulis lain, aku tak tahu nak komen apa. Yang aku tahu cuma dua benda, best ataupun tak best. Itu saja. Yang pasti, aku rasa kerdil dan tak tercapai dek akal bila baca cerpen-cerpen ahli AVA yang menyertai bengkel penulisan cerpen bersama Nisah Haron di Pusat Belia Antarabangsa semalam. Hebat! Aku rasa malu pula sebab cerita aku simple saja.


Tapi bila tiba bab sesi soal jawab, akulah orang yang paling banyak bertanya sampai aku terfikir, aku sorang saja ke yang tak tahu pasal benda ni? Huhu... Tapi aku terlupa satu soalan penting yang aku patut tanya pada Puan Nisah ataupun editor Tintarona, Encik Rozlan. Budak umur bawah 18 tahun boleh sain perjanjian sendiri tak?

Ahad, 11 Oktober 2009

Kembalikan Semangat Itu

Aku suka menulis. Setiap hari aku menulis walaupun cuma satu perkataan. Aku pantang jumpa pen dan kertas. Ada-ada saja yang dicoretkan. Kadang-kadang aku bukan tulis apapun. Hanya tulis nama sendiri hingga penuh satu kertas tu. Membazir dakwat dan kertas saja bukan? Hehe...

Tapi aku juga manusia biasa yang ada kalanya dilanda penyakit malas ataupun ketiadaan mood untuk menulis. Idea dalam kepala memang banyak sampaikan aku tak tahu nak buat yang mana dulu. Seorang teman penulis aku kata memanglah cerita aku lambat siap sebab aku suka menulis banyak cerita dalam masa yang sama. Dia menyarankan aku fokus pada satu cerita dahulu. Bila dah siap, baru fokus pada cerita yang lain pula.

Semangat menulis aku pula ada kalanya tinggi dan ada kalanya menurun. Bila kepala otak aku dah buntu, maka aku akan berkunjung ke kedai buku yang berdekatan dengan rumah sewa aku. Belek-belek dan melihat-lihat cover novel-novel yang ada di situ bagi menaikkan kembali semangat menulis aku. Aku jadi bersemangat bila tengok nama-nama penulis tu kerana aku juga ingin melihat nama aku tertera pada cover novel di kedai-kedai buku.

Cara yang berkesan untuk aku mencari idea pula adalah dengan membaca novel-novel lain ataupun dengan mendengar lagu. Justeru, aku sekarang sedang berusaha menyiapkan cerita AsyrAfia yang sudah lama tertangguh. Cerita ni dah lama aku ilhamkan cuma jalan cerita asalnya terpaksa aku ubah. Selain itu, aku juga sedang mencari penyudah untuk cerita Cinta Yang Aku Mahu dan kesinambungan Budak SMART.

Aku mahu menebus kekecewaan aku dengan terus menulis mengenai kisah Budak SMART. Aku takkan berhenti walaupun ditegah! Takkan sama sekali! Aku akan terus menulis dan menulis sampai ku menutup mata sebab nak tidur :)

Khamis, 8 Oktober 2009

Kata-kata Yang Aku Pegang

"Belum rezekilah tu. Hantar karya pada penerbit ni pun macam berniaga juga. Jangan harap dan tunggu dari apa yang dah kita serah pada penerbit tapi buatlah sebanyak yang boleh dan hantar lagi pada penerbit lain. Yang itu baru boleh digelar pengkarya terbaik."

Rabu, 7 Oktober 2009

Ubah Suai Rumah

Blog-blog aku sedang diubah suai sebab aku bosan tengok layout tu. Lagipun ada yang cakap blog tu buruk. Orang hias rumah sebelum raya tapi aku hias rumah lepas raya. Tak apalah, anggaplah ubah suai untuk sambut tahun baru :)

Blog Cinta Ilmar Imia

Blog Bangku Sekolah Ilmar Imia

Isnin, 5 Oktober 2009

Menanti Pasti

Aku perlukan jawapan yang pasti. Aku benci menunggu tanpa sebab yang jelas. Kalau jadi, katakan jadi. Tidaklah aku ternanti-nanti.