Jemput LIKE page ini :))

Pengerah Jemari

Tentang Aku

Foto saya
Suka menulis, dengar lagu, baca novel dan berangan.

Isnin, 9 Mei 2016

Cerita PBAKL di MAEPS, Serdang

Buat pertama kalinya, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang berlangsung sejak 29 April lalu diadakan di MAEPS, Serdang. Tempatnya sangatlah besar tetapi perlu berjalan jauh dari tempat letak kereta. Selain itu, booth-booth juga terletak di dalam empat dewan yang berlainan. A, B, C dan D. Ke ada dewan E, F etc? Tak pasti pula saya. He he.

Seperti yang diuar-uarkan, saya berada di booth KaryaSeni dan Penulisan2u pada 2 Mei 2016 yakni pada hari Isnin bermula jam 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang. Sempatlah juga bertemu dengan penulis-penulis yang bertugas dari pukul 10:00 pagi hingga 12:00 tengah hari iaitu Illa Shanahila (Dalam Hati Ada Dia? dan Pencuri Cinta Kelas Satu), Tini Hardanisyah (Awak Ilham Saya), Ania Malna (Beijing, Aku Cinta Dia! dan Cintaku Tertinggal di Korea) dan Shaista Haziq (Sungguh, Saya Cintakan Awak).




Slot tengah hari pula saya bersama penulis ZER. Hah, istimewa buat pembaca yang membeli novel Cinta Gantung dan Bukan Tak Suka, dapat mug percuma yang saya tempah khas untuk pesta buku kali ini. 




Antara mereka yang bertuah itu ialah
1. Siti Iesnorhana
2. Azlin
3. Nurul Adilah
4. Nurathirah
5. Ainatul Nabihah
6. Nur Syakilla Putri
7. Nurfatihah
8. Umi Hanag
9. Siti Nur Aisyah
10. Kasmawati
11. Intan
12. Siti Norsyafiqah & Laila
13. Iela Fazila
14. Ain Nadhirah

Terima kasih atas sokongan anda. Juga buat pihak KaryaSeni dan Penulisan2u yang sudi menjemput saya untuk memeriahkan pesta buku kali ini. Sempat juga seorang staf berpesan kepada saya, "Harap bila next session, ada novel ketiga ya." 

Gulp! 

Insya-Allah, sedang diusahakan. Huhu.

Sebelum balik, saya sempat singgah booth Ana Muslim untuk jenguk tiga 'anak' saya di sana. Rupa-rupanya Aina Masuk Asrama dah masuk cetakan ketiga manakala Aku Nombor Satu cetakan kedua. Hanya Mama Sayang Wawa yang masih belum diulang cetak. Haha.

Khamis, 28 April 2016

PBAKL 2016

Jadual bertugas untuk Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 sudah keluar! Saya akan berada di booth Penulisan2u pada 2 Mei iaitu hari Isnin, jam 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang.




Macam biasa, bila pesta buku ni, kalau beli novel akan dapat free gift daripada penulis. Jadi, kalau rasa-rasa nak free gift novel Cinta Gantung dan Bukan Tak Suka, bolehlah datang jumpa saya nanti ya.

Jumaat, 22 April 2016

6 Hari Lagi


Ada ke yang nak jumpa saya ? Hee~

Ahad, 3 Januari 2016

Hitam Putih 2015

Tahun 2015 sudah pun melabuhkan tirainya. Namun begitu, sebahagian daripada peristiwa pada tahun 2015 masih segar dalam ingatan saya. Mana taknya, tahun 2015 merupakan tahun yang menguji kami suami isteri. 

Akhir tahun 2014 dan awal tahun 2015, suami saya dimasukkan ke wad kerana sakit pada kaki dan selamat menjalani pembedahan. Namun, suami saya tidak dapat berjalan hampir 3 bulan lamanya. Saya pula ketika itu sedang mengandung 4 bulan. Tapi alhamdulillah, kesihatan saya masih baik dan dapat berdikari pergi check up di klinik kesihatan tiap-tiap bulan macam biasa. Suami hanya sempat temankan saya check up dua kali sahaja iaitu sewaktu buka buku pink (buku rekod ibu mengandung) dan masa minum air gula. 

Tentulah bila tengok orang lain datang dengan suami masing-masing, rasa sedihlah juga. Anak pertama, kan? Kalau boleh, mestilah nak suami ada sekali. Tapi bila kenangkan orang yang tinggal berasingan dengan suami atau orang yang dah tak ada suami, mesti lagi kesian check up sorang-sorang, terus tak jadi layan perasaan. Lagipun kalau suami ikut sekali, kesian kat suami kena tunggu lama tanpa buat apa-apa. So, tak apalah. 

Walaupun baru kali pertama mengandung, tapi alhamdulillah tak ada banyak masalah. Semuanya dipermudahkan oleh Allah SWT. Tak ada morning sickness yang teruk, tak ada muntah-muntah, jarang-jarang ambil MC dan tak ada mengidam apa-apa sangat. Cuma 3 bulan yang pertama, saya tak lalu makan. Tiap-tiap hari cuma makan roti disapu Planta dan ditabur gula sekali-sekala. Itu pun dah rasa sedap sangat. Hee. Muntah pun seingat saya hanya 4 kali. Itu pun sebab makan makanan yang masam. Dan ada sekali saya hampir pitam di dalam komuter. Huhu.

Apa-apa pun, saya bersyukur masih ada saudara-mara yang sanggup membantu. Maklum sahaja, saya tak boleh drive (lesen memandu ada tapi tak pernah drive lepas lulus exam). Huhu.

Bulan April. Macam biasa, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kat PWTC. Walaupun tak ada buku baru, tapi saya rasa tak lengkap hidup sebagai penulis kalau saya tak pergi. Tapi suami tak bagi saya pergi memandangkan kandungan saya sudah 8 bulan 3 minggu. Tapi saya berkeras nak pergi. Jadi, suami pun terpaksa akur. 

Sepanjang di PWTC, saya banyak berjalan dan singgah di booth berjumpa rakan-rakan penulis dan editor. Keesokannya, badan saya rasa penat sangat. Mungkin saya terlalu banyak berjalan semalam. Jadi, saya hanya berehat di rumah. 

Pagi Isnin, 27 April 2015. Sepatutnya saya ada check up tapi kepala saya rasa sakit sangat. Sakit yang tak pernah saya rasa seumur hidup saya. Masa tu saya cuma fikir mungkin ajal saya dah sampai. Saya beritahu suami dan cakap saya nak tidur dulu. Mungkin lepas bangun nanti, okeylah agaknya. Saya suruh suami saya pergi kerja. Selepas itu, saya dah tak ingat apa-apa.

Sehari dua selepas itu, saya menyedari yang saya berada di hospital. Suami saya datang dan beritahu baby dah selamat. Saya masih blur-blur. Baby? Bukan ke baby belum cukup 9 bulan? Takkan dah keluar? Kenapa saya tak ingat apa-apa? 

Maka, bermulalah pengalaman saya tinggal di hospital selama 11 hari. Selepas dibenarkan keluar dari hospital, saya balik ke Kuantan untuk berpantang. 

Dalam berpantang, saya masih sempat menghabiskan manuskrip Bukan Tak Suka. Setiap kali anak tidur, saya ambil kesempatan untuk menaip. Bukan saya tak nak berehat tapi mengenangkan janji saya pada penerbit, jadi saya gagahi juga untuk habiskan manuskrip tersebut. 

Akhirnya, bulan Oktober, saya dapat lihat novel baru saya diterbitkan. Tak sangka sebab ingatkan tahun depan (tahun 2016) baru terbit.


Sewaktu Ekspo Buku Malaysia di PWTC pada 28 November yang lalu.


Bukan itu saja, malah saya tak sangka yang saya berkesempatan memeriahkan Ekspo Buku Malaysia yang telah diadakan di PWTC pada November. Terima kasih kepada Penulisan2u yang masih percaya dengan karya saya. Harapan saya semoga setiap karya saya tidak menghampakan para pembaca. Mudah-mudahan kita dapat berjumpa lagi dalam karya yang seterusnya. 

Selamat tinggal, 2015! (^______^)