Jemput LIKE page ini :))

Pengerah Jemari

Tentang Aku

Foto saya
Suka menulis, dengar lagu, baca novel dan berangan.

Sabtu, 30 Ogos 2014

Pesta Buku Selangor 2014

Pesta Buku Selangor 2014 di SACC, Shah Alam sudah pun bermula semalam. Saya sempat ke sana sekejap sahaja memandangkan ada hal penting. Saya sempat 'memborong' beberapa buah novel di KaryaSeni dan kedai buku Online Bookseller. Antaranya ialah Projek Memikat Suami (Hanina Abdullah), Meh Sandarkan Padaku (Aifa Batrisya), Sejak Kita Bertemu (Camellia), Rahsia Gadis VIP (Maria Kajiwa) dan Lamaran Untuk Teman Hati (Wawa Taufik).
 
Novel Projek Memikat Suami dan Sejak Kita Bertemu sebenarnya saya nak hadiahkan kepada seorang kawan ofis yang akan berkahwin pada hari ini. Hehe~ Tak pernah dibuat orang bagi hadiah novel untuk hadiah kahwin! Tapi saya dah sediakan satu hadiah lagi yang sesuai untuk orang yang baru mendirikan rumah tangga. Hee~
 
Kepada sesiapa yang ingin berkunjung ke SACC, novel-novel saya boleh didapati di booth KaryaSeni (Cinta Gantung) dan Ana Muslim (Aina Masuk Asrama, Mama Sayang Wawa dan Aku Nombor Satu).
 
 
Gambar-gambar yang sempat diambil.
 
 
Berikut adalah lokasi booth KaryaSeni dan Ana Muslim.


Booth KaryaSeni dan Penulisan2u

Booth Ana Muslim
 
 
Pesta buku ini akan berlangsung lebih kurang selama 10 hari. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk ke SACC yang terletak bersebelahan dengan Kompleks PKNS dan berdepan dengan SACC Mall. Dengar khabar, pelakon pun ada di sana.

Khamis, 21 Ogos 2014

Pengalaman berada di konti Putra FM

Seawal jam 9:00 pagi lagi saya dan suami sudah bertolak ke Serdang untuk menghadiri sesi temubual di radio Putra FM milik UPM. Kami bertolak awal supaya tak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan sebagai langkah persediaan awal.

Tup, tup, dalam pukul 10:00 pagi kami sudah sampai di Serdang. Jadi, kami singgah di The Mines dulu sebab saya nak beli sedikit cenderahati untuk staf Putra FM. Lepas tu kami terus bertolak ke UPM mencari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Dengan adanya bantuan GPS, perjalanan kami sangat lancar.

 
Okey, sebenarnya tak adalah lancar sangat pun. Ada juga salah masuk lorong dan terpaksa patah balik. Ha, itulah gunanya keluar awal. Hehe~ Waktu kami tiba di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi pun, jam baru menunjukkan 10:30 pagi. Jadi, kami membuat keputusan untuk mencari stesen radio Putra FM sambil berjalan-jalan di sekitar fakulti.

Dipendekkan cerita, waktu tu saya memang dah nervous. Masa tulah perut nak sakit, jantung berdegup kencang, badan rasa tak sihat... macam ada rama-rama dalam perut. Tapi masih duduk relaks sambil main WhatsApp dan Facebook (sanggup buat data plan untuk sehari semata-mata nak update Facebook). Hee~

 
Pukul 11:30 pagi, kami terus pergi ke konti untuk berjumpa dengan staf Putra FM. Borak-borak sementara menunggu jam 12:00 tengah hari. Tiga minit sebelum pukul 12:00, dia orang dah panggil masuk konti. Mulalah nervous balik!

 
Saya tak tahu apa yang saya 'merapu' sepanjang temubual berlangsung. Semuanya saya cakap secara spontan aje. Mungkin sebab tu ada ayat yang berterabur. Saya cuma berdoa mudah-mudahan temubual cepat berlalu. Hehe~


Apa-apa pun, ini merupakan pengalaman baru buat saya. Terima kasih kepada pihak KaryaSeni dan Penulisan2u yang sudi memberikan ruang dan peluang kepada saya serta pihak Putra FM sendiri yang memberi layanan yang baik.

Oh, rupa-rupanya DJ tu orang kampung saya juga dan bekas pelajar UiTM! Sama-sama orang Kuantan tapi berjumpa di Serdang. Sama-sama pelajar UiTM tapi berjumpa di UPM. Hee~

Selasa, 19 Ogos 2014

Temu Bual dalam Novel di Putra

 
Tarikh: 21 Ogos 2014
Hari: Khamis
Masa: 12:00 tengah hari hingga 1:00 petang
 
Boleh dengar di putrafm.upm.edu.my
Alamat e-mail ini terproteksi dari bot spam, Anda harus mengaktifkan Javascript untuk melihatnya.
 
Hai, rasa nervous pulak! Walaupun waktu belajar kat UiTM Shah Alam dulu pernah jugak merasa jadi DJ untuk assignment Broadcast Production. Hehe~

Isnin, 4 Ogos 2014

Cerita Raya

Cuti raya dah habis. Ramai yang dah kembali bekerja. Untuk mengelakkan kesesakan jalan raya, saya dan suami pulang awal sedikit ke Shah Alam. Maka, pagi hari Sabtu kami sudah bertolak pulang ke tempat mencari rezeki.
 
Memandangkan sebelum balik kampung hari tu, tak sempat nak kemas rumah, maka dua hari cuti yang ada digunakan untuk mengemas rumah. Saya juga sempat menyiapkan dua jenis kuih untuk dibawa ke ofis. Dulu beli tepung tak ingat dunia, dah macam orang nak berniaga. So, sekarang terpaksalah menghabiskan tepung-tepung tu.
 
Untuk menebus ketidakpuasan hati saya, saya buat semula kuih semperit. Kali ini saya ikut saranan mak cik supaya menggaulkan kesemua bahan untuk mengelakkan mentega dan gula kembang supaya bila bakar nanti kuih tak kembang. Alhamdulillah, hasilnya dapat 'bunga' yang cantik sedikit daripada hari tu. Rasanya pun mirip dengan semperit yang biasa mak cik saya buat. Yeay! Mak cik sarankan saya buat sampai mahir.


Semperit Mak Busu :p
 
Malamnya pula saya cuba satu resepi baru. Senang aje! Caranya sama macam buat kuih Cornflakes Coklat tapi menggunakan coklat putih dan tambahkan beberapa bahan lain seperti badam dan kismis. Resepi asal ada letak kuaci dan bijan tapi saya tak letak sebab tak berapa gemar.
 
Mutiara Coklat Kekacang (Kelas kan namanya?)
 
 
Bila bawak pergi ofis, ramai yang kata sedap. Belum sampai waktu balik dah habis. Ada yang cari resepi ni dalam Internet. Hmm, saya tak pasti sama ada resepi kuih ni ada dalam Internet atau tak sebab saya ambil resepi kuih ni dari belakang kotak Cornflakes kat rumah mak abah masa raya hari tu. Hee~


 
Termasuk dua jenis kuih ni, maka ada enam jenis kuih yang saya buat tahun ini. Dan kuih yang paling menjadi kegemaran keluarga saya ialah...

CORNFLAKES COKLAT
(Walaupun ada dua balang tapi tetap habis dulu.)

Tempat kedua...
BISKUT JEJARI COKLAT


Kedua-dua kuih ni tak perlu guna oven. Mungkin sebab guna coklat Beryl, tu yang semua orang suka. Ahak~ Untuk kuih Mutiara Coklat Kekacang pun saya guna jenama Beryl. Agaknya kalau saya bawak balik kuih ni, mesti kuih ni pun keluarga saya suka :)