Jemput LIKE page ini :))

Pengerah Jemari

Tentang Aku

Foto saya
Suka menulis, dengar lagu, baca novel dan berangan.

Ahad, 29 November 2015

Corat-coret Ekspo Buku Malaysia 2015

Ingatkan tahun ini tak sempat nak join mana-mana pesta buku, tapi mungkin sudah rezeki. Dah hujung-hujung tahun ni dapat juga join pesta buku. Kali terakhir pergi pesta buku masa bulan April hari tu tapi datang tengok-tengok aje. Maklumlah, masa tu tak ada novel baru. Hee.

Alhamdulillah, masih sempat keluarkan novel baru sebelum tahun 2015 melabuhkan tirai dan dijemput bertemu pembaca untuk Ekspo Buku Malaysia kali ini. Kali pertama duduk di kerusi 'autograph signing' ni masa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014. Masa tu cuma berdua dengan Ellyne Alyana. Masa tu juga pertama kali sediakan gift untuk pembaca.

Well, kali ni bila dijemput untuk sesi autograf, saya setuju aje walaupun masa tu tak tahu saya akan digandingkan dengan penulis mana. Bila jadual keluar, telan air liurlah juga bila tengok nama-nama penulis yang digandingkan. Ada Melur Jelita, Hairynn Salehuddin dan Shaista Haziq. Mulalah rasa nak tarik diri. Huhu. Mujur juga penerbit beritahu awal, jadi sempatlah tempah gift. Memandangkan stok lampu epal tak banyak, jadi saya cuma tempah coklat daripada sini. Sticker pula saya tempah dengan Stickiz (facebook). 


Cenderahati tema hijau silver


Mula-mula nak tempah 100 kotak, tapi takut tak cukup pula. Jadi, saya tempahlah 150 kotak. Alih-alih saya dengar penulis lain sediakan 50 je. Haish~ Tapi tak apa. Biar lebih, jangan kurang. 

Nak dijadikan cerita, hari tu saya memang nak target nak gerak dari rumah pukul 9:00 pagi. Satu jam sebelum event. Tapi anak pula sedap tidur, tak sampai hati nak kejut. Lepas dia bangun, nak menyusu pula. Memang lambatlah jawabnya. Sepuluh minit sebelum pukul 10:00 baru gerak dari rumah. Elok-elok dah nak sampai PWTC, tersalah masuk lorong pula. Sudahnya, terpaksa pusing jauh T_____T

Tepat jam 10:42 pagi, orang kuat KS dah mesej tanya datang ke tak. Nasib baik masa tu dah sampai parking PWTC. Maka, terkocoh-kocohlah saya sambil dukung anak yang tengah tidur terus terjah depan Bilik Kedah dan Bilik Johor. Mujur semalam dah datang, so dah tahu kat mana tempatnya. Hehe.

Apa-apa pun, pengalaman pesta buku kali ni tentu saja akan saya pahat dalam ingatan. Walaupun tak sampai dua jam saya kat situ, dapat juga kenal-kenal dengan jiran sebelah iaitu penulis Hairynn Salehuddin. 


Colourful sangat! Hee


Alhamdulillah, tahun ini Cinta Gantung ada kawan baru. Tak adalah dia sorang-sorang aje kat situ macam pesta buku tahun lepas. Insya-Allah, tahun depan akan ada 'teman baru' lagi. Amin.

Terima kasih kepada pihak KaryaSeni dan Penulisan2u yang sudi menjemput penulis kerdil macam saya ni dan terima kasih juga buat semua pembaca yang sudi singgah berjumpa, bergambar bersama dan bagi hadiah. Lain kesempatan insya-Allah kita berjumpa lagi. 

Isnin, 23 November 2015

Ekspo Buku Malaysia 2015

Ingatkan tahun ini tak ada join mana-mana pesta buku, alhamdulillah dapat jemputan daripada KaryaSeni dan Penulisan2u untuk sama-sama memeriahkan Ekspo Buku Malaysia yang akan diadakan pada 25-29hb ini bertempat di PWTC. Jadi, inilah jadualnya ya. 




Seperti yang tertera dalam jadual, saya akan berada di booth KaryaSeni dan Penulisan2u pada 28hb bersama Melur Jelita, Shaista Haziq dan Hairynn Salehuddin. Seram pula tengok nama-nama ni. Rasa kerdil sangat. Hee. 

Bagi yang sudah memiliki novel Bukan Tak Suka, berita baik buat anda yang ingin mengetahui sambungan kisah rumah tangga Danish dan Elfira, anda bolehlah mendapatkan Antologi Cerpen dan Mini Novel Melodi Cinta Edisi 2 di sana. Ya, kali ini kisah rumah tangga mereka. Bukan kisah student lagi.



Belum pun sampai pukul tujuh malam, sekali lagi isterinya mengadu lapar dan nak makan piza pula. Isterinya ada bela apa-apa ke? Mana tahu kalau yang makan tu bukan isterinya, tapi belaannya?
-Bukan Tak Mahu-


Insya-Allah, ada cenderahati istimewa untuk anda yang menemui saya di Bilik Kedah Johor pada pukul 10:00 pagi hingga 12:00 tengah hari. Nak tahu apa dia? Ha, kenalah datang jumpa saya! :))

Nota kaki: Siang tadi sempat jenguk carta MPH. BTS kembali masuk dalam carta, no 12!

Ahad, 15 November 2015

Carta MPH


Carta Bestseller MPH (local) yang terkini


Pertama kali tengok Bukan Tak Suka tersenarai dalam carta, rasa macam tak percaya. Rasa macam bermimpi. Rasa macam tak mungkin. Tapi kalau betul Bukan Tak Suka dapat sambutan daripada pembaca, alhamdulillah sangat. 

Mungkin bagi sesetengah pembaca, Bukan Tak Suka cuma cerita biasa-biasa saja. Tapi sebagai penulis, saya sudah berusaha sehabis baik untuk berikan yang terbaik. Hasilnya, saya merasa juga tengok novel sendiri masuk carta di kedai buku terutamanya MPH.

Walaupun ada yang kata carta tu tak bermakna apa-apa tapi bagi penulis yang suam-suam kuku macam saya ni, benda ni jadi semangat dan dorongan kepada saya untuk lebih berusaha menghasilkan karya yang lebih baik pada masa akan datang. Ya, saya tahu Bukan Tak Suka mungkin bukan sebuah karya yang sempurna tapi setiap kali saya tulis manuskrip baharu, saya selalu tanamkan dalam diri yang manuskrip kali ini mesti lebih baik daripada yang sebelumnya.

Selama beberapa minggu Bukan Tak Suka berada dalam carta, kejap nombor 10, kejap nombor 17, kejap nombor 10 balik, kejap nombor 6, malah mungkin lepas ni Bukan Tak Suka tak ada dalam carta lagi, harapan saya semoga novel ini dapat memberikan sesuatu kepada pembaca.


Minggu pertama


Minggu kedua


Minggu ketiga


Buat anda yang sudah memiliki novel Bukan Tak Suka, terima kasih banyak-banyak atas sokongan anda. Insya-Allah, kita berjumpa di Pesta Buku Malaysia pada 28 November nanti di Bilik Kedah & Johor ya. Masih berkira-kira nak beri gift apa. Tinggal dua minggu saja lagi!

Selasa, 10 November 2015

Anniversary ke-3 Ber-3

"Tarikh kahwin bila?"
"10hb 11."
"Saya tanya tarikh kahwin, bukan tarikh hari ni."
"Ya, saya kahwin 10hb 11, 2012."
"Anniversary la hari ni?"

Tahun lepas pada tarikh ini mama baru buka buku pink kat klinik kesihatan memandangkan Altamis sudah hampir 3 bulan dalam perut mama.

Tahun ini pada tarikh yang sama, Altamis sudah 6 bulan 2 minggu dalam pelukan mama dan papa.

Alhamdulillah, tahun ini anniversary ke-3 mama dan papa kami dapat bersama bertiga dengan Altamis.

Sabtu, 17 Oktober 2015

BTS di MPH

Hari tu pergi MPH (SACC Mall, Shah Alam) tengok Bukan Tak Suka disusun dua baris. Hari ni pergi MPH tengok Bukan Tak Suka dah tinggal sebaris!


Gambar yang diambil pada 10 Oktober lalu


Gambar hari ini (17 Oktober)


Alhamdulillah, mudah-mudahan kisah Elfira dan Danish dapat memenuhi selera pembaca walaupun ceritanya hanya berkisarkan kehidupan pelajar universiti. 

Sabtu, 10 Oktober 2015

BTS sudah masuk kedai!

Assalamualaikum, pembaca sekalian!

Berita baik buat anda yang berada di sekitar KL Sentral. Novel Bukan Tak Suka dan novel-novel Penulisan2u serta KaryaSeni untuk terbitan bulan Oktober sudah pun ada di kedai buku Sun@Mag yang terletak di tingkat 1, KL Sentral. Jadi, kepada anda yang ingin mendapatkan novel-novel tersebut dengan cepat, bolehlah berkunjung ke sana ya.
 
 
 
 
Jika anda mahu beli daripada saya, boleh juga tetapi mungkin lambat sedikit kerana saya perlu menunggu stok daripada Penulisan2u sampai. Tambahan pula, saya juga bekerja. Maka, waktu untuk ke pejabat pos juga agak terbatas. Tapi kalau anda sanggup tunggu, saya okey aje. Hee.

Sabtu, 3 Oktober 2015

Nak Beli Novel BTS?

Berita baik untuk orang Penang! Novel Bukan Tak Suka aka BTS dan novel-novel bulan Oktober daripada KaryaSeni dan Penulisan2u boleh didapati di Jom Heboh yang berlangsung di Stadium Batu Kawan hujung minggu ini. Dengarnya, boleh dapat harga istimewa tau. Hee.
 
 
 
 
Buat makluman anda juga, novel-novel ini juga sudah boleh dibeli secara online. Juga dengan harga istimewa. Jadi, untuk yang tidak dapat ke Batu Kawan, bolehlah beli melalui online ya.
 



Ada yang bertanya untuk beli BTS daripada saya. Buat masa ini, stok BTS tiada dengan saya. Insya-Allah, kalau sudah ada nanti saya uar-uarkan. Apa-apa pun, terima kasih atas sokongan anda!

Rabu, 30 September 2015

Novel Baharu - Bukan Tak Suka

Yeay! Blurb dan cover rasmi dah keluar daripada Penulisan2u. Jangan lupa dapatkan novel ni di pasaran nanti ya. Hee.




Tajuk: Bukan Tak Suka
Penulis: Ilmar Imia
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0567-90-7
Harga: RM23 (Semenanjung) // RM26 (Sabah & Sarawak)
Terbitan : Oktober 2015
Diskaun : RM3
Postage : Percuma
Cara Beli : www.p2u.my @ Aplikasi Penerbitan Karyaseni

ELFIRA, si gadis santai dan selalu ceria. Namun, moodnya jadi tak menentu tatkala terpaksa berpasangan dengan DANISH, si studen repeater, untuk assignment kali ini. Bermacam-macam yang buruk dia dengar tentang lelaki itu. Tak datang kelas, pendiam dan sebagainya. Memang tak ngamlah dengan dia.
“Berilah nombor telefon, mak tiri.” - Danish
“Eee, suka-suka hati aje panggil orang mak tiri. Sejak bila pula saya kahwin dengan ayah awak?” - Elfira

Lantaran sikap Elfira yang gemar marah-marah dan garang, Danish sering memanggilnya dengan panggilan ‘mak tiri’. Pada mulanya Elfira tidak menyukai panggilan itu tetapi lama-kelamaan dia mula merasakan itu satu panggilan manja buatnya. Sikap Danish yang sentiasa tenang membuatkan dia mula berasa selesa apabila bersama dengan lelaki itu.
Saat hati mula berbunga-bunga cinta, Elfira mengambil keputusan untuk menjauhi Danish kerana dia yakin Danish sudah berpunya. Elfira sanggup menukar partner tugasannya dengan ANZALNA, sahabat baiknya, semata-mata untuk melupakan perasaannya itu.
Anzalna, si gadis cantik persis Neelofa yang menjadi pujaan ramai lelaki sehinggakan dia tidak suka ada orang yang lebih daripada dia terutamanya Elfira. Sungguh dia dengki dengan segala yang berkaitan dengan Elfira termasuklah Danish. Anzalna sanggup lakukan apa sahaja asalkan Danish menjadi miliknya. Anzalna juga tegar menyatakan kepada Danish bahawa Elfira sudah bertunang walaupun perkara itu tidak pernah berlaku.
“Kenapa awak bersusah payah ambil hati ibu dan keluarga saya? Mungkin awak boleh mengaburi mata ibu dan keluarga saya tapi bukan saya.” - Danish
“Apa yang awak cakapkan ni? Saya tak faham. Saya tak ada niat apa-apa pun.” - Anzalna
“Saya tahu awak faham maksud saya. Walau apa pun niat awak, saya harap awak lupakanlah. Saya tak ada hati kepada awak. Hati saya dah ada seseorang.” - Danish
Apa motif Anzalna yang sebenarnya dalam menambat hati Danish? Bagaimana pula perasaan Elfira apabila mendapat tahu yang Anzalna cuba memikat hati Danish? Dan siapa dalam hati Danish? Semuanya terjawab dalam Bukan Tak Suka.

Selasa, 29 September 2015

Akan Datang Oktober 2015



Alhamdulillah, ada juga "buah tangan" untuk tahun ini. Hee. Nantikan Oktober ini ya :))

Selasa, 30 Jun 2015

Saya dan Susu

Orang kata, makanan yang terbaik untuk bayi adalah susu ibu tapi tak semua ibu bertuah dapat berbuat begitu termasuk saya. Saya bersalin secara pembedahan. Jadi, saya tak berpeluang menyusukan anak saya sejurus dia dilahirkan. Malah, beberapa hari selepas dilahirkan barulah saya dipertemukan dengannya memandangkan kesihatan saya tak begitu memberangsangkan. Hal ini bermakna sejak lahir lagi dia sudah 'merasa' susu formula.

Pada suatu hari, tiba-tiba seorang misi datang kepada saya dan menyuruh saya memerah susu. Saya blur. Macam-macam soalan bermain dalam benak saya. Buat apa nak perah susu? Macam mana nak perah? Saya kata saya tak ada susu. Dan misi tu pun beredar. Esoknya, sekali lagi saya disuruh perah susu. Saya beritahu lagi yang saya tak ada susu. Misi tu tak puas hati lalu dia tolong perahkan untuk saya. Ternyata saya tak bercakap bohong. Memang tak ada!

Alhamdulillah, lepas dah beberapa kali pam, adalah juga susu walaupun sikit aje. Satu aun pun tak sampai. Huhu. Dah macam-macam produk cuba untuk banyakkan susu tapi tetap macam tu juga sampaikan rasa putus asa.

"Awak tak minum susu ke?" Tanya misi.
"Saya minum susu kotak Dutch Lady tu tapi cirit-birit," jawab saya.
"Cubalah susu tepung. Anmum ke..." Misi memberi cadangan.
"Baiklah." Saya akur sajalah.

Selepas membuat kajian dan perbandingan dalam Internet, saya buat keputusan untuk cuba susu Enfamama. Tapi susah pula nak jumpa. Puas suami pergi cari kat kedai, asyik habis stok aje. Laku sungguh susu ni ya. Akhirnya, suami jumpa kat sebuah farmasi. Tu pun tinggal satu aje katanya. Makanya, dengan semangat yang berkobar-kobar saya pun cuba minum susu tu. Rasa susu tu okey aje. Boleh telan. Tapi tak lama lepas tu, mulalah berlari ke tandas!

Entah sejak bila pula badan ni tak dapat minum susu padahal waktu kecik-kecik dulu okey aje minum susu. Bila buat kajian dalam Internet, memang ada orang yang tak boleh minum susu. Tapi daripada sumber tersebut, katanya boleh gantikan susu dengan produk tenusu lain macam keju, yogurt atau aiskrim.

Aiskrim tu macam best aje bunyinya (^______^)

Tapi suami kata aiskrim tu kan sejuk. Mana boleh makan. Kan tengah berpantang lagi T_______T

Khamis, 4 Jun 2015

Saya Kini Seorang Ibu (^_____^)

3 JUN 2015


Sepatutnya tarikh ini adalah tarikh saya dijangka bersalin. Tapi atas kehendak takdir, saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 1.985 kilogram pada 27 April 2015 melalui pembedahan. Kira-kira sebulan lebih awal.

Sehari selepas menghadiri pesta buku di PWTC yakni hari sabtu, badan saya terasa penat sangat. Justeru, saya hanya menghabiskan masa berehat di rumah pada keesokan harinya. Mana tak penat, sepanjang hari saya berjalan tanpa rehat berjumpa dengan kawan-kawan. Antaranya, Ratu Bulan, Maria Kajiwa, Nadir Shazly dan editor Ana Muslim, Yana. Mungkin inilah balasannya apabila melawan cakap suami. Suami tak bagi pergi tapi degil nak pergi juga T____T

Lebih teruk lagi, saya mengalami sakit kepala yang teramat sangat pada pagi Isnin. Rasa macam saya akan menemui ajal pada hari itu. Memang tak tahan sangat. Sangka saya, mungkin saya kepenatan dan tak cukup tidur. Jadi, saya beritahu suami yang saya mahu tidur dulu kerana sepatutnya saya perlu ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan bulanan pagi itu. Selepas itu saya dah tak ingat apa-apa.

Sejurus saya buka mata, saya lihat wajah suami saya dan dia beritahu baby sudah keluar. Saya kehairanan. Macam-macam soalan bermain dalam kepala.


"Baby dah keluar?"
"Macam mana pula baby boleh keluar?"
"Bukan ke masih belum cukup 9 bulan?"


Menurut cerita suami saya, saya tak sedarkan diri. Justeru, saya dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulans. Doktor cakap saya perlu dibedah segera demi keselamatan diri saya dan bayi dalam kandungan kerana saya mengalami eklampsia (sila google). Saya pernah dengar perkataan ini ketika membuat kajian tentang kehamilan tapi tak pernah terfikir perkara ini akan berlaku kepada saya.


Apa-apa pun, syukur alhamdulillah semuanya sudah selamat. Baby pun sudah berusia 38 hari (1 bulan 8 hari) hari ini. Hal ini bermakna ada 6 hari saja lagi untuk berpantang. Yeay!


Apa? Kena berpantang 100 hari?


Tidak!!!

Ahad, 29 Mac 2015

30

Alhamdulillah, hari ini genaplah usia saya 30 tahun. Terasa tua pula. Ahak~ Sepatutnya kehidupan waktu usia begini sudah boleh dianggap stabil tapi walau apa-apa pun, saya bersyukur masih punya ibu bapa, adik-beradik, suami dan anak yang bakal lahir (setelah hampir dua tahun berkahwin) serta kerjaya tetap.

Sejujurnya, saya bukanlah orang yang gemar menyambut hari lahir sendiri. Ada orang ingat dan kirim ucapan pun sudah memadai bagi saya. Tapi memandangkan suami beria-ia nak belanja, maka saya pun cadangkan kami pergi tengok wayang. Tapi dalam keadaan berbadan dua ni, mestilah tak boleh tengok cerita seram-seram T____T

Jadi, kami tengok cerita kartun ajelah. Walaupun cerita kartun tapi tetap ada mesej yang ingin disampaikan. Entah kenapa mengalir juga air mata bila tengok cerita ni. Anak dalam perut pula asyik tendang-tendang sepanjang cerita. Sama ada dia suka atau bunyi yang kuat tu mengganggu dia. Hee~




Selasa, 3 Februari 2015

Sekitar PBS 2015 di SACC

Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan singgah di SACC untuk turut merasai kemeriahan Pesta Buku Selangor yang sedang berlangsung di sana. Tapi saya tak beli banyak buku pun. Cuma beli 2 buah novel di booth KaryaSeni sambil menjenguk novel Cinta Gantung di sana. Selebihnya buku-buku yang dipesan oleh suami. Ada 2 buah novel yang saya beli sebelum ini pun belum sempat dibaca. Sibuk sangatlah konon T____T

Rasanya stok novel Cinta Gantung pun dah tak banyak. Ada dalam 10 buah aje tadi. Harap-harap akan diulang cetak. Amin.





Selesai membeli buku, saya jalan-jalan tengok booth lain. Singgah di booth Ana Muslim. Tak nampak pula Aina, Wawa ataupun Najihah. Hmm.... Lalu saya bawa diri ke booth-booth lain. Kut-kut ada orang yang saya kenal. Sayangnya, tak ada muka yang saya kenal.

Makanya, saya pun buat keputusan untuk balik.


Sekian.

Rabu, 28 Januari 2015

Pesta Buku Selangor 2015

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, kita bertemu pada tahun baru 2015 walaupun sudah masuk hari yang ke-28. Hee~ Maklum saja, tak ada apa yang nak diupdate. Novel baru pun tak ada. Konon nak siapkan sebelum tahun 2015 menjelma. Tup, tup, dah nak masuk bulan dua dah pun tapi manuskrip masih tak siap-siap padahal cuma tinggal kurang 100 muka surat saja lagi T_____T

Apa-apa pun, insya-Allah saya akan cuba siapkan dalam tahun ini juga. Agak-agak, masa tengah berpantang boleh mengadap laptop tak ya? \^o^/ Eh, macam ada masa saja nak mengadap laptop waktu tu. Sekarang pun laptop terbiar saja tak berusik. Harap-harap sebelum bulan enam ini dapatlah siapkan satu manuskrip.

Ha, sementara tunggu manuskrip tu siap, bagi sesiapa yang belum pernah baca novel saya, bolehlah dapatkan di Pesta Buku Selangor yang akan berlangsung pada 29 Januari ini (yakni esok) sampailah 8 Februari nanti. Memang sesuai sangat buat pesta buku waktu orang dah dapat gaji ni, kan?

 

 
Rasa macam baru saja lagi Pesta Buku Selangor 2014 berlangsung, tup, tup, dah tahun 2015 pula? Macam biasa, Pesta Buku Selangor akan diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC). Jadi, orang-orang Shah Alam, jangan lupa datang! (^_____^)