Jemput LIKE page ini :))

Pengerah Jemari

Tentang Aku

Foto saya
Suka menulis, dengar lagu, baca novel dan berangan.

Rabu, 27 April 2011

Shopping Yuk!

Antara novel yang sudah dibeli sepanjang lima hari pesta buku di PWTC berlangsung:-








"Tanpa Kata Cinta" sudah selesai dibaca manakala novel "Cinderellah VS Rapunzellah" pula aku baca ketika mengisi masa di booth One Nusantara dan novel "Valentina Nervosa" pula aku baca sebelum tidur. Hehe.

Selain memborong novel, aku juga sempat melepak bersama kawan-kawan UiTM dahulu yang kini bekerja dengan pelbagai jenis syarikat penerbitan dan berkongsi cerita bersama rakan penulis seperti Maria Kajiwa, Nadir, Rizai Reeani, Julia Esqa, Izanor Sharif, Ain Maisarah dan Farihah Iskandar. Fuh, masih banyak novel lagi yang hendak dibeli ni.

Isnin, 25 April 2011

Beli Novel, Dapat Baju-T Percuma!

Tidak percaya? Segeralah berkunjung ke booth One Nusantara di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC sekarang!


Tawaran adalah berbeza setiap hari. Bergantung pada stok yang ada. Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Isnin, 11 April 2011

Oh, Kerja!

DALAM sibuk membaikpulih manuskrip "Belum Ada Jodoh", aku juga sempat mencuri masa untuk membaca novel yang sudah lama aku nantikan ini. Jadi, apabila jumpa, terus sambar!



Menjadi pereka besi memang membuatkan Amni sakit jantung! Gaji tidak seberapa sehingga Amni selalu berangan-angan mahu berhenti kerja akibat rasa sengsara.

Tetapi itu belum seberapa! Mari tambahkan kesengsaraan Amni dengan:

*Mr. Phua- Bos yang suka mengarah-arah dan marah-marah melulu serta mata duitan.

*Mun Heng- Kerani yang berhenti kerja secara mendadak. Ms. Liew dan Danny jurujual yang sering lepas tangan. Miss Elaine kerani akaun baru yang pentingkan diri sendiri.

*Adam (merangkap anak Tan Sri)- Arkitek muda pemilik Adam J. Associates yang agak pongah serta banyak kerenah.

Di sela-sela kesibukannya merancang rekaan pesanan klien daripada golongan orang kaya melayani klien yang heboh dan cerewet Amni yang sering diminta bos supaya melawat tapak projek bertemu klien secara langsung!

Semua itu membuatkan Amni sengsara berganda-ganda!

Akhirnya ada sesuatu yang dapat menghapuskan semua kesengsaraan dalam pekerjaan yang dialami Amni.



Dek kerana berjaga malam gara-gara menyiapkan manuskrip "Belum Ada Jodoh", aku hampir terlupa yang hari ini hari Isnin. Hari kerja! Argh, masih ada 10 000 patah perkataan lagi yang perlu dikarang!

Jumaat, 8 April 2011

Alhamdulillah

BARU sahaja bersemangat untuk merombak cerita e-novel, "Cinta yang Aku Mahu" dan menyambung cerita "Kugiran SMART", tiba-tiba aku menerima e-mel daripada sebuah syarikat penerbitan berkenaan manuskrip "Belum Ada Jodoh".

Alhamdulillah, akhirnya penantian aku berakhir. Namun begitu, pihak penerbit meminta supaya sebahagian adegan diperbaiki untuk menjadikannya lebih baik dan menambah muka surat supaya jalan ceritanya lebih bervariasi.

Jadi, nampak gayanya terpaksalah aku menangguhkan dahulu penulisan "CYAM" dan "Kugiran SMART" buat sementara waktu...

Oh, ya. Dan kepada sesiapa yang menantikan tiga buah novel hasil karya tiga teman aku ini yakni "Antasia: Satu Permulaan" oleh Nurfa, "The Untold Story" oleh Farah Husain dan "Janji Julia" oleh Maria Kajiwa, ada berita baik untuk kalian. Ketiga-tiga novel ini sudah dapat dibeli di Bookstation.

Ahad, 3 April 2011

Gagal Lagi!

Nampak gayanya, aku gagal menahan diri daripada membeli sebarang novel sehingga Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 22 hari bulan nanti. Yalah, nak tunggu pesta buku, lambat sangatlah. Hehe. Sudahnya aku terbeli juga dua buah novel ini yakni sebuah seminggu.



Sejurus terlihat novel ini di Kinokuniya Isnin yang lalu, aku terus mencapainya. Sudah lama aku menantikan sambungan novel "D'Blur" dan "D'3R" ini. Dan ternyata ceritanya lebih baik daripada dua novel Ellis Gee yang terdahulu. Ceritanya juga sangat kena dengan situasi aku sekarang. Tentang kerja, gaji, kawan, bakal mak mertua dan kehidupan! Eh, kisah bakal mak mertua itu tidak termasuk dalam kisah aku sekarang =)



Novel ini pula aku baru beli semalam. Cari di Kinokuniya tak ada tapi aku jumpa novel ini di sebuah kedai buku di Jalan TAR. Orang lain sibuk membeli-belah untuk persiapan raya, aku pula sibuk cari novel di sana. Nasib baik ada diskaun 20 peratus. Hehe. Seperti novel pertama Zuliana Abuas, "Viva Sakura" yang mengandungi elemen misteri, novel kedua beliau ini juga tidak kurang elemen misterinya dan mampu membuatkan aku tidak tidur malam!


Masih banyak novel yang perlu diborong tapi kena tunggu gaji. Huhu.