Jemput LIKE page ini :))

Pengerah Jemari

Tentang Aku

Foto saya
Suka menulis, dengar lagu, baca novel dan berangan.
Memaparkan catatan dengan label Cinta Gantung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cinta Gantung. Papar semua catatan

Sabtu, 17 November 2018

Karnival Kesenian Kanak-kanak 2018 di Kuantan Parade

Berita gempak untuk korang yang berada di Kuantan! 

KaryaSeni dan Penulisan2u ada buka booth sempena Karnival Kesenian Kanak-kanak 2018 di Kuantan Parade, Kuantan, Pahang bermula 16 November sehingga 18 November ini. Selain harga novel serendah RM5, novel-novel baharu terbitan November juga ada di sini.





Novel Cinta Gantung dan Bukan Tak Suka juga dijual dengan harga yang istimewa iaitu RM10 setiap satu. 



Jadi, apa tunggu lagi? Esok hari terakhir! Jangan lepaskan peluang ini untuk memiliki novel-novel KaryaSeni dan Penulisan2u dengan harga yang istimewa.

Sabtu, 27 Mei 2017

Clearance Stock

Assalamualaikum.

Ada tak yang nak beli novel-novel ini dengan saya?



Budak SMART (RM 10)
Novel ini merupakan novel pertama saya. Pada mulanya, saya cuma siarkan dalam blog Penulisan2u. Kemudian, ada penerbit yang berminat nak terbitkan tetapi ada masalah dalaman. Jadi, akhirnya novel ini diterbitkan oleh One Nusantara Sdn. Bhd. Masa itu, cover buku ini tidak begitu menonjol. Lepas habis cetakan pertama, barulah covernya ditukar. 

Kugiran SMART (RM 15)
Antara keempat-empat novel ini, hanya novel Kugiran SMART yang tidak dijual di mana-mana kedai buku sebab novel ini saya cetak sendiri. Kepada yang bertanya tentang sambungan Budak SMART, inilah bukunya. Jadi, mungkin lepas habis cetakan ini, buku ini tidak akan dicetak lagi. 

Cinta Gantung (RM 10)
Novel pertama saya dengan penerbit Penulisan2u. Mulanya, saya hantar manuskrip ini kepada penerbit lain tetapi ditolak kerana tidak menepati genre katanya. Kemudian, seorang rakan penulis yang juga merangkap guru penulisan saya mengesyorkan supaya saya hantar kepada Penulisan2u. Dua tahun menunggu, akhirnya novel ini terbit juga pada Januari 2014. 

Bukan Tak Suka (RM 20)
Macam-macam dugaan masa nak siapkan manuskrip ini. Tengah-tengah perjalanan, saya disahkan mengandung anak sulung. Maka, kerja-kerja penulisan jadi tergendala sebab budak dalam perut tak suka mengadap laptop. Asal buka laptop aje mengantuk. He he. Jadi, peluang waktu bercuti dua bulan dalam tempoh berpantang, saya manfaatkan untuk siapkan manuskrip ini kerana sudah berjanji dengan penerbit. Alhamdulillah, dapat juga diterbitkan pada Oktober 2015. 

Berminat nak order? 

Boleh e-mel ilmia85@gmail.com atau PM di Facebook Ilmar Imia. 

Harga pos RM 7 untuk setiap novel. 

Selasa, 3 Februari 2015

Sekitar PBS 2015 di SACC

Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan singgah di SACC untuk turut merasai kemeriahan Pesta Buku Selangor yang sedang berlangsung di sana. Tapi saya tak beli banyak buku pun. Cuma beli 2 buah novel di booth KaryaSeni sambil menjenguk novel Cinta Gantung di sana. Selebihnya buku-buku yang dipesan oleh suami. Ada 2 buah novel yang saya beli sebelum ini pun belum sempat dibaca. Sibuk sangatlah konon T____T

Rasanya stok novel Cinta Gantung pun dah tak banyak. Ada dalam 10 buah aje tadi. Harap-harap akan diulang cetak. Amin.





Selesai membeli buku, saya jalan-jalan tengok booth lain. Singgah di booth Ana Muslim. Tak nampak pula Aina, Wawa ataupun Najihah. Hmm.... Lalu saya bawa diri ke booth-booth lain. Kut-kut ada orang yang saya kenal. Sayangnya, tak ada muka yang saya kenal.

Makanya, saya pun buat keputusan untuk balik.


Sekian.

Ahad, 26 Oktober 2014

KS dan Pen2u di Karnival Jom Heboh

Assalamualaikum.

Wah, lama betul saya tak update blog ini! Maklumlah, agak kurang sihat sejak kebelakangan ini. Ini pun baru baik daripada demam sejak Khamis yang lalu.
 
Dah dekat sebulan juga saya tak buka laptop. Hanya baru-baru ini baru ada mood nak buka laptop. Sempat juga menaip sebuah cerpen tapi masih belum digilap sepenuhnya. Hanya menaip apa-apa yang ada dalam kepala pada waktu itu.
 
Bulan ini masuk 9 bulan novel Cinta Gantung berada di pasaran. Alhamdulillah, menerusi surat yang diterima daripada pihak Penulisan2u semalam, sambutan terhadap novel ini sangat menggalakkan. Terima kasih kepada pembaca yang menyokong novel ini meskipun konfliknya tidaklah terlalu berat dan mungkin agak 'keanak-anakkan' bagi sesetengah pembaca.
 
Oh ya, buat anda yang masih belum memiliki novel Cinta Gantung, anda berpeluang mendapatkannya di beberapa karnival yang akan disertai oleh pihak Penulisan2u dan KaryaSeni.
 






Menurut bos besar KaryaSeni, pihak Penulisan2u dan KaryaSeni juga akan memeriahkan Karnival Jom Heboh di Selangor dan Kedah nanti. Jadi, jangan lupa singgah di booth kami ya (^____^)

Sabtu, 30 Ogos 2014

Pesta Buku Selangor 2014

Pesta Buku Selangor 2014 di SACC, Shah Alam sudah pun bermula semalam. Saya sempat ke sana sekejap sahaja memandangkan ada hal penting. Saya sempat 'memborong' beberapa buah novel di KaryaSeni dan kedai buku Online Bookseller. Antaranya ialah Projek Memikat Suami (Hanina Abdullah), Meh Sandarkan Padaku (Aifa Batrisya), Sejak Kita Bertemu (Camellia), Rahsia Gadis VIP (Maria Kajiwa) dan Lamaran Untuk Teman Hati (Wawa Taufik).
 
Novel Projek Memikat Suami dan Sejak Kita Bertemu sebenarnya saya nak hadiahkan kepada seorang kawan ofis yang akan berkahwin pada hari ini. Hehe~ Tak pernah dibuat orang bagi hadiah novel untuk hadiah kahwin! Tapi saya dah sediakan satu hadiah lagi yang sesuai untuk orang yang baru mendirikan rumah tangga. Hee~
 
Kepada sesiapa yang ingin berkunjung ke SACC, novel-novel saya boleh didapati di booth KaryaSeni (Cinta Gantung) dan Ana Muslim (Aina Masuk Asrama, Mama Sayang Wawa dan Aku Nombor Satu).
 
 
Gambar-gambar yang sempat diambil.
 
 
Berikut adalah lokasi booth KaryaSeni dan Ana Muslim.


Booth KaryaSeni dan Penulisan2u

Booth Ana Muslim
 
 
Pesta buku ini akan berlangsung lebih kurang selama 10 hari. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk ke SACC yang terletak bersebelahan dengan Kompleks PKNS dan berdepan dengan SACC Mall. Dengar khabar, pelakon pun ada di sana.

Khamis, 21 Ogos 2014

Pengalaman berada di konti Putra FM

Seawal jam 9:00 pagi lagi saya dan suami sudah bertolak ke Serdang untuk menghadiri sesi temubual di radio Putra FM milik UPM. Kami bertolak awal supaya tak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan sebagai langkah persediaan awal.

Tup, tup, dalam pukul 10:00 pagi kami sudah sampai di Serdang. Jadi, kami singgah di The Mines dulu sebab saya nak beli sedikit cenderahati untuk staf Putra FM. Lepas tu kami terus bertolak ke UPM mencari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Dengan adanya bantuan GPS, perjalanan kami sangat lancar.

 
Okey, sebenarnya tak adalah lancar sangat pun. Ada juga salah masuk lorong dan terpaksa patah balik. Ha, itulah gunanya keluar awal. Hehe~ Waktu kami tiba di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi pun, jam baru menunjukkan 10:30 pagi. Jadi, kami membuat keputusan untuk mencari stesen radio Putra FM sambil berjalan-jalan di sekitar fakulti.

Dipendekkan cerita, waktu tu saya memang dah nervous. Masa tulah perut nak sakit, jantung berdegup kencang, badan rasa tak sihat... macam ada rama-rama dalam perut. Tapi masih duduk relaks sambil main WhatsApp dan Facebook (sanggup buat data plan untuk sehari semata-mata nak update Facebook). Hee~

 
Pukul 11:30 pagi, kami terus pergi ke konti untuk berjumpa dengan staf Putra FM. Borak-borak sementara menunggu jam 12:00 tengah hari. Tiga minit sebelum pukul 12:00, dia orang dah panggil masuk konti. Mulalah nervous balik!

 
Saya tak tahu apa yang saya 'merapu' sepanjang temubual berlangsung. Semuanya saya cakap secara spontan aje. Mungkin sebab tu ada ayat yang berterabur. Saya cuma berdoa mudah-mudahan temubual cepat berlalu. Hehe~


Apa-apa pun, ini merupakan pengalaman baru buat saya. Terima kasih kepada pihak KaryaSeni dan Penulisan2u yang sudi memberikan ruang dan peluang kepada saya serta pihak Putra FM sendiri yang memberi layanan yang baik.

Oh, rupa-rupanya DJ tu orang kampung saya juga dan bekas pelajar UiTM! Sama-sama orang Kuantan tapi berjumpa di Serdang. Sama-sama pelajar UiTM tapi berjumpa di UPM. Hee~

Selasa, 19 Ogos 2014

Temu Bual dalam Novel di Putra

 
Tarikh: 21 Ogos 2014
Hari: Khamis
Masa: 12:00 tengah hari hingga 1:00 petang
 
Boleh dengar di putrafm.upm.edu.my
Alamat e-mail ini terproteksi dari bot spam, Anda harus mengaktifkan Javascript untuk melihatnya.
 
Hai, rasa nervous pulak! Walaupun waktu belajar kat UiTM Shah Alam dulu pernah jugak merasa jadi DJ untuk assignment Broadcast Production. Hehe~

Rabu, 11 Jun 2014

MPH Cawangan NU Sentral Bakal DIbuka!

Salam, pembaca semua.

Korang tahu tak ada mall baru yang telah dibuka bersebelahan dengan KL Sentral? Agak besar juga. Khabarnya akan ada pawagam juga. Dan yang paling best sekali, kedai buku MPH juga akan dibuka di sana! Hmm, lepas ni hari-harilah lepak sana lepas waktu kerja. Hee~
 
Tapi hari tu MPH ada buat macam bookfair di ruang legar NU Sentral ni. Saya pun sempat juga jenguk-jenguk buku-buku di sana. Ingatkan nak beli stok novel Cinta Gantung tapi sayangnya cuma ada dua naskhah aje. Bila tanya staf MPH di situ, katanya itu aje stok yang ada. Huhu~
 

Ada satu naskhah aje lagi tapi itu pun dah dibuka plastiknya.
 
 
Ini pula di MPH cawangan Jusco, Bukit Raja, Klang.
 
Patutlah cari kat rak tak jumpa, rupa-rupanya dah diletakkan berdekatan dengan pintu masuk. Alhamdulillah, stok makin berkurangan. Maknanya, adalah orang yang beli. Hehe~
 
 
Menara CG di MPH cawangan SACC Mall, Shah Alam.
 
 
Waktu pergi MPH kat SACC Mall bulan lepas, terkejut berbaur tergamam bila tengok menara CG ni dari luar kedai. Macam tak percaya aje. Bukan calang-calang novel yang boleh dipamerkan macam ni. Harap-harap lakulah. Hehe~
 
Tapi bila saya datang balik minggu lepas, menara CG ni dah tak ada. Sedih~ Bila masuk dalam, oh, rupa-rupanya dah tinggal sikit. Mungkin dah tak cukup nak buat menara. (nak sedapkan hati sendiri) Hee~
 
Kepada yang sudah mendapatkan novel sulung saya bersama Penulisan2u ini, terima kasih banyak-banyak. Jangan lupa hantar komen kepada saya ya. Tak apa, komenlah apa-apa aje. Saya terima semua komen baik atau buruk.

Jumaat, 2 Mei 2014

Cerita PBAKL 1 Mei



Alhamdulillah, selesai sudah sesi bertemu pembaca novel Cinta Gantung di Bilik Kelantan (booth KaryaSeni dan Penulisan2u), PWTC semalam. Kesemua cenderahati ini juga sudah selamat diserahkan kepada tuan baharu. Harap tuan mereka akan menjaga mereka baik-baik. Hee~




Terima kasih kepada pihak Penulisan2u yang sudi menjemput saya walaupun saya masih baharu, Kak Eppy yang 'jaga' kita orang dan tidak lupa juga kepada semua pembaca yang membeli novel CG. Kepada Kak Ann, terima kasih sudi datang dari Penang dan beri jeruk Pak Ali.

Selasa, 22 April 2014

Bunga Beruang

Malam semalam dapat berita daripada Kak Syahirah Hussin yang memberitahu bahawa tempahan bunga telur teddy bear saya untuk Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC nanti sudah siap. Yeay! Kak Syahirah telah mengirimkan gambar-gambar ini kepada saya.
 
Tema: Hijau + merah jambu (30 pieces)
 
 
Tema: Biru + kuning (30 pieces)


Seperti yang saya uar-uarkan sebelum ini, bunga beruang ini akan saya bawa ketika sesi bertemu pembaca di booth KaryaSeni dan Penulisan2u pada 1 Mei nanti (10:00 pagi hingga 1:00 petang).

Ada yang bertanya sama ada saya akan berada di PWTC pada hari Sabtu dan Ahad. Saya mungkin akan berada di sana pada hari Ahad (27 April) untuk bertemu rakan-rakan penulis tetapi saya tidak akan duduk di booth memandangkan pihak penerbit sudah menetapkan tarikh untuk setiap penulis.

Ada juga yang bertanya sekiranya mereka sudah membeli novel Cinta Gantung, bolehkah mereka mendapatkan bunga beruang ini? Sudah tentu. Datang sahaja berjumpa saya di booth dengan membawa novel Cinta Gantung dan saya akan berikan bunga beruang ini. Hehe~

Jadi, kita jumpa di sana ya! (^_______^)


Jumaat, 18 April 2014

PBAKL '14

Jadual sesi autograf penulis KaryaSeni dan Penulisan2u sudah pun dikeluarkan. Seperti yang pernah saya beritahu, saya akan berada di booth KS & Pen2u pada tanggal 1 Mei 2014 bersamaan dengan hari Khamis pukul 10:00 pagi hingga 1:00 petang.
 

 
 
Saya sudah menyiapkan beberapa hadiah untuk diberikan kepada pembaca yang datang menemui saya di sana.  Antaranya ialah tiga teddy bear ini.
 
 
 
 
Ada yang bertanya, "Tiga aje ke?"
 
Untuk teddy bear ini, sememangnya saya cuma sediakan tiga untuk tiga pembaca bertuah. Tapi yang lain-lain tu jangan risau sebab anda tetap dapat teddy bear. Cuma saiznya adalah lebih kecil daripada teddy bear di atas.

Ahad, 6 April 2014

Teddy Bear CG

Setelah sekian lama sibuk dengan kerja, akhirnya bulan 4 ini dapatlah relaks sikit. Kalau tak, hari minggu pun sibuk dengan kerja sampai tak sempat nak belek manuskrip. Sementara tak ada kerja yang masuk ni, bolehlah fokus pada manuskrip Dia... Jejaka Pendiam (tajuk sementara) yang sekarang sudah melepasi 100 halaman. Yeay!

Semalam saya sempat menjenguk kedai buku Books etc di Tesco, Shah Alam untuk melihat jualan novel-novel saya. Alhamdulillah, novel Cinta Gantung cuma tinggal 4 naskhah saja lagi. Terima kasih kepada pembaca yang sudah memiliki novel ini.



CG di Books etc, Tesco, Shah Alam


Memandangkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur sudah semakin hampir, saya pun sempat mencari cenderahati untuk pembaca yang datang menemui saya di booth KaryaSeni/Penulisan2u nanti. Saya dijadualkan bertugas pada 1 Mei. Setelah melakukan sedikit kajian di Internet, akhirnya saya sudah dapat apa yang ingin saya hadiahkan buat pembaca. Taadaa...



Pinky dapat kawan


Oh, bukan teddy bear ini ya! Teddy bear ini tidak boleh sebab orang yang hadiahkan kepada saya. Hehe~ Tapi tetap teddy bear. Macam mana rupanya? Nanti jika sudah siap, saya postkan di sini ya. Tunggu...

Khamis, 20 Mac 2014

Cinta Gantung: Review


Rupa-rupanya sudah ada orang review tentang novel ini. Baru hari ini saya sempat membacanya. Apa-apa komen saya terima. Terima kasih kepada pembaca yang sudi meninggalkan komen mereka di sini.

Klik sini --> review

Selasa, 4 Mac 2014

Cinta Gantung: Snap Sana Sini

Kepada mereka yang berada di sekitar Kuala Lumpur dan ingin mendapatkan novel Cinta Gantung...
 
 
 
MPH MidValley Megamall, KL (Gambar oleh Eja)
 
 
 
KL Sentral (Gambar oleh Poyo)


Ahad, 2 Februari 2014

Cinta Gantung sudah masuk kedai!

Kepada pembaca yang mengikuti cerita Cinta Gantung di blog, anda kini dapat membacanya dalam versi cetakan kerana cerita ini sudah pun dicetak dan berada di kedai-kedai buku seluruh Malaysia.


MPH, SACC Mall, Shah Alam

 

Popular, Jusco Bukit Raja, Klang


Terima kasih kepada pembaca yang sudah mendapatkan novel ini dan terima kasih juga atas review yang dibuat. Insya-Allah, segala kelemahan dan kekurangan akan dibaiki dalam novel akan datang.

Selasa, 14 Januari 2014

Di Sebalik Tajuk: Cinta Gantung

Macam mana dapat tajuk Cinta Gantung?

Sebelum dapat tajuk Cinta Gantung, dah macam-macam tajuk yang saya letak untuk manuskrip ini. AsyrAfia, Ajari Aku Cinta, Belum Ada Jodoh, Menantu Seru...

Suatu hari, bila saya dengar lagu ini di YouTube, rasa macam kena dengan jalan cerita manuskrip ini.





Saya cuba search di Google kut-kut dah ada orang guna. Tak naklah sama dengan tajuk novel lain. Bila dah pasti tak ada tajuk novel yang sama, saya tambah perkataan 'cinta'. Maka, jadilah Cinta Gantung. Hee~

Untuk beli novel ini secara online, anda bolehlah berbuat demikian melalui website Penulisan2u. Khabarnya, novel ini belum diedarkan ke kedai buku tetapi sudah ada yang membelinya. Terima kasih banyak-banyak. (^____^)

Isnin, 6 Januari 2014

Cinta Gantung

Cover sudah keluar! 

Inilah dia 'baby' pertama saya untuk tahun 2014. 




Terima kasih kepada Kak Maria Kajiwa yang beritahu khabar gembira ni. Hee~

(^______________^)