Jemput LIKE page ini :))

Pengerah Jemari

Tentang Aku

Foto saya
Suka menulis, dengar lagu, baca novel dan berangan.

Ahad, 29 November 2015

Corat-coret Ekspo Buku Malaysia 2015

Ingatkan tahun ini tak sempat nak join mana-mana pesta buku, tapi mungkin sudah rezeki. Dah hujung-hujung tahun ni dapat juga join pesta buku. Kali terakhir pergi pesta buku masa bulan April hari tu tapi datang tengok-tengok aje. Maklumlah, masa tu tak ada novel baru. Hee.

Alhamdulillah, masih sempat keluarkan novel baru sebelum tahun 2015 melabuhkan tirai dan dijemput bertemu pembaca untuk Ekspo Buku Malaysia kali ini. Kali pertama duduk di kerusi 'autograph signing' ni masa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014. Masa tu cuma berdua dengan Ellyne Alyana. Masa tu juga pertama kali sediakan gift untuk pembaca.

Well, kali ni bila dijemput untuk sesi autograf, saya setuju aje walaupun masa tu tak tahu saya akan digandingkan dengan penulis mana. Bila jadual keluar, telan air liurlah juga bila tengok nama-nama penulis yang digandingkan. Ada Melur Jelita, Hairynn Salehuddin dan Shaista Haziq. Mulalah rasa nak tarik diri. Huhu. Mujur juga penerbit beritahu awal, jadi sempatlah tempah gift. Memandangkan stok lampu epal tak banyak, jadi saya cuma tempah coklat daripada sini. Sticker pula saya tempah dengan Stickiz (facebook). 


Cenderahati tema hijau silver


Mula-mula nak tempah 100 kotak, tapi takut tak cukup pula. Jadi, saya tempahlah 150 kotak. Alih-alih saya dengar penulis lain sediakan 50 je. Haish~ Tapi tak apa. Biar lebih, jangan kurang. 

Nak dijadikan cerita, hari tu saya memang nak target nak gerak dari rumah pukul 9:00 pagi. Satu jam sebelum event. Tapi anak pula sedap tidur, tak sampai hati nak kejut. Lepas dia bangun, nak menyusu pula. Memang lambatlah jawabnya. Sepuluh minit sebelum pukul 10:00 baru gerak dari rumah. Elok-elok dah nak sampai PWTC, tersalah masuk lorong pula. Sudahnya, terpaksa pusing jauh T_____T

Tepat jam 10:42 pagi, orang kuat KS dah mesej tanya datang ke tak. Nasib baik masa tu dah sampai parking PWTC. Maka, terkocoh-kocohlah saya sambil dukung anak yang tengah tidur terus terjah depan Bilik Kedah dan Bilik Johor. Mujur semalam dah datang, so dah tahu kat mana tempatnya. Hehe.

Apa-apa pun, pengalaman pesta buku kali ni tentu saja akan saya pahat dalam ingatan. Walaupun tak sampai dua jam saya kat situ, dapat juga kenal-kenal dengan jiran sebelah iaitu penulis Hairynn Salehuddin. 


Colourful sangat! Hee


Alhamdulillah, tahun ini Cinta Gantung ada kawan baru. Tak adalah dia sorang-sorang aje kat situ macam pesta buku tahun lepas. Insya-Allah, tahun depan akan ada 'teman baru' lagi. Amin.

Terima kasih kepada pihak KaryaSeni dan Penulisan2u yang sudi menjemput penulis kerdil macam saya ni dan terima kasih juga buat semua pembaca yang sudi singgah berjumpa, bergambar bersama dan bagi hadiah. Lain kesempatan insya-Allah kita berjumpa lagi. 

Isnin, 23 November 2015

Ekspo Buku Malaysia 2015

Ingatkan tahun ini tak ada join mana-mana pesta buku, alhamdulillah dapat jemputan daripada KaryaSeni dan Penulisan2u untuk sama-sama memeriahkan Ekspo Buku Malaysia yang akan diadakan pada 25-29hb ini bertempat di PWTC. Jadi, inilah jadualnya ya. 




Seperti yang tertera dalam jadual, saya akan berada di booth KaryaSeni dan Penulisan2u pada 28hb bersama Melur Jelita, Shaista Haziq dan Hairynn Salehuddin. Seram pula tengok nama-nama ni. Rasa kerdil sangat. Hee. 

Bagi yang sudah memiliki novel Bukan Tak Suka, berita baik buat anda yang ingin mengetahui sambungan kisah rumah tangga Danish dan Elfira, anda bolehlah mendapatkan Antologi Cerpen dan Mini Novel Melodi Cinta Edisi 2 di sana. Ya, kali ini kisah rumah tangga mereka. Bukan kisah student lagi.



Belum pun sampai pukul tujuh malam, sekali lagi isterinya mengadu lapar dan nak makan piza pula. Isterinya ada bela apa-apa ke? Mana tahu kalau yang makan tu bukan isterinya, tapi belaannya?
-Bukan Tak Mahu-


Insya-Allah, ada cenderahati istimewa untuk anda yang menemui saya di Bilik Kedah Johor pada pukul 10:00 pagi hingga 12:00 tengah hari. Nak tahu apa dia? Ha, kenalah datang jumpa saya! :))

Nota kaki: Siang tadi sempat jenguk carta MPH. BTS kembali masuk dalam carta, no 12!

Ahad, 15 November 2015

Carta MPH


Carta Bestseller MPH (local) yang terkini


Pertama kali tengok Bukan Tak Suka tersenarai dalam carta, rasa macam tak percaya. Rasa macam bermimpi. Rasa macam tak mungkin. Tapi kalau betul Bukan Tak Suka dapat sambutan daripada pembaca, alhamdulillah sangat. 

Mungkin bagi sesetengah pembaca, Bukan Tak Suka cuma cerita biasa-biasa saja. Tapi sebagai penulis, saya sudah berusaha sehabis baik untuk berikan yang terbaik. Hasilnya, saya merasa juga tengok novel sendiri masuk carta di kedai buku terutamanya MPH.

Walaupun ada yang kata carta tu tak bermakna apa-apa tapi bagi penulis yang suam-suam kuku macam saya ni, benda ni jadi semangat dan dorongan kepada saya untuk lebih berusaha menghasilkan karya yang lebih baik pada masa akan datang. Ya, saya tahu Bukan Tak Suka mungkin bukan sebuah karya yang sempurna tapi setiap kali saya tulis manuskrip baharu, saya selalu tanamkan dalam diri yang manuskrip kali ini mesti lebih baik daripada yang sebelumnya.

Selama beberapa minggu Bukan Tak Suka berada dalam carta, kejap nombor 10, kejap nombor 17, kejap nombor 10 balik, kejap nombor 6, malah mungkin lepas ni Bukan Tak Suka tak ada dalam carta lagi, harapan saya semoga novel ini dapat memberikan sesuatu kepada pembaca.


Minggu pertama


Minggu kedua


Minggu ketiga


Buat anda yang sudah memiliki novel Bukan Tak Suka, terima kasih banyak-banyak atas sokongan anda. Insya-Allah, kita berjumpa di Pesta Buku Malaysia pada 28 November nanti di Bilik Kedah & Johor ya. Masih berkira-kira nak beri gift apa. Tinggal dua minggu saja lagi!

Selasa, 10 November 2015

Anniversary ke-3 Ber-3

"Tarikh kahwin bila?"
"10hb 11."
"Saya tanya tarikh kahwin, bukan tarikh hari ni."
"Ya, saya kahwin 10hb 11, 2012."
"Anniversary la hari ni?"

Tahun lepas pada tarikh ini mama baru buka buku pink kat klinik kesihatan memandangkan Altamis sudah hampir 3 bulan dalam perut mama.

Tahun ini pada tarikh yang sama, Altamis sudah 6 bulan 2 minggu dalam pelukan mama dan papa.

Alhamdulillah, tahun ini anniversary ke-3 mama dan papa kami dapat bersama bertiga dengan Altamis.