Jemput LIKE page ini :))

Pengerah Jemari

Tentang Aku

Foto saya
Suka menulis, dengar lagu, baca novel dan berangan.

Selasa, 22 April 2014

Bunga Beruang

Malam semalam dapat berita daripada Kak Syahirah Hussin yang memberitahu bahawa tempahan bunga telur teddy bear saya untuk Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC nanti sudah siap. Yeay! Kak Syahirah telah mengirimkan gambar-gambar ini kepada saya.
 
Tema: Hijau + merah jambu (30 pieces)
 
 
Tema: Biru + kuning (30 pieces)


Seperti yang saya uar-uarkan sebelum ini, bunga beruang ini akan saya bawa ketika sesi bertemu pembaca di booth KaryaSeni dan Penulisan2u pada 1 Mei nanti (10:00 pagi hingga 1:00 petang).

Ada yang bertanya sama ada saya akan berada di PWTC pada hari Sabtu dan Ahad. Saya mungkin akan berada di sana pada hari Ahad (27 April) untuk bertemu rakan-rakan penulis tetapi saya tidak akan duduk di booth memandangkan pihak penerbit sudah menetapkan tarikh untuk setiap penulis.

Ada juga yang bertanya sekiranya mereka sudah membeli novel Cinta Gantung, bolehkah mereka mendapatkan bunga beruang ini? Sudah tentu. Datang sahaja berjumpa saya di booth dengan membawa novel Cinta Gantung dan saya akan berikan bunga beruang ini. Hehe~

Jadi, kita jumpa di sana ya! (^_______^)


Jumaat, 18 April 2014

PBAKL '14

Jadual sesi autograf penulis KaryaSeni dan Penulisan2u sudah pun dikeluarkan. Seperti yang pernah saya beritahu, saya akan berada di booth KS & Pen2u pada tanggal 1 Mei 2014 bersamaan dengan hari Khamis pukul 10:00 pagi hingga 1:00 petang.
 

 
 
Saya sudah menyiapkan beberapa hadiah untuk diberikan kepada pembaca yang datang menemui saya di sana.  Antaranya ialah tiga teddy bear ini.
 
 
 
 
Ada yang bertanya, "Tiga aje ke?"
 
Untuk teddy bear ini, sememangnya saya cuma sediakan tiga untuk tiga pembaca bertuah. Tapi yang lain-lain tu jangan risau sebab anda tetap dapat teddy bear. Cuma saiznya adalah lebih kecil daripada teddy bear di atas.

Isnin, 14 April 2014

Ahad, 6 April 2014

Teddy Bear CG

Setelah sekian lama sibuk dengan kerja, akhirnya bulan 4 ini dapatlah relaks sikit. Kalau tak, hari minggu pun sibuk dengan kerja sampai tak sempat nak belek manuskrip. Sementara tak ada kerja yang masuk ni, bolehlah fokus pada manuskrip Dia... Jejaka Pendiam (tajuk sementara) yang sekarang sudah melepasi 100 halaman. Yeay!

Semalam saya sempat menjenguk kedai buku Books etc di Tesco, Shah Alam untuk melihat jualan novel-novel saya. Alhamdulillah, novel Cinta Gantung cuma tinggal 4 naskhah saja lagi. Terima kasih kepada pembaca yang sudah memiliki novel ini.



CG di Books etc, Tesco, Shah Alam


Memandangkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur sudah semakin hampir, saya pun sempat mencari cenderahati untuk pembaca yang datang menemui saya di booth KaryaSeni/Penulisan2u nanti. Saya dijadualkan bertugas pada 1 Mei. Setelah melakukan sedikit kajian di Internet, akhirnya saya sudah dapat apa yang ingin saya hadiahkan buat pembaca. Taadaa...



Pinky dapat kawan


Oh, bukan teddy bear ini ya! Teddy bear ini tidak boleh sebab orang yang hadiahkan kepada saya. Hehe~ Tapi tetap teddy bear. Macam mana rupanya? Nanti jika sudah siap, saya postkan di sini ya. Tunggu...

Rabu, 2 April 2014

Terharu

Alhamdulillah, ulang tahun kali ini boleh dikatakan ulang tahun yang paling meriah sepanjang hidup saya. Meriah sebab tiga hari berturut-turut dapat ucapan, malah ada yang masih sempat memberikan hadiah walaupun hari ulang tahun saya sudah beberapa hari berlalu.

Serius, saya tidak sangka yang kawan-kawan ofis saya akan mengadakan surprise untuk saya. Saya langsung tidak mengharapkan apa-apa. Tidak cukup dengan hadiah bunga dan teddy bear, mereka 'hadiahkan' surprise party pula untuk saya. Malah, turut dimeriahkan dengan kehadiran kawan-kawan saya dari jabatan lain.

Pagi ini pula saya menerima satu hadiah lagi daripada kawan ofis. Terima kasih banyak-banyak atas ingatan kalian. Bak kata Duta So7, "Tiada ungkapan yang pantas buat kalian. Kalian semua bagai pagi yang menakjubkan buat kita."

Oh, ya! Kelmarin saya mendapat panggilan telefon daripada pihak KaryaSeni. Mereka menjemput saya untuk sesi tandatangan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada 1 Mei ini. Kelam-kabut juga mencari cenderahati untuk diberikan kepada pembaca nanti. Huhu~