Jemput LIKE page ini :))

Pengerah Jemari

Tentang Aku

Foto saya
Suka menulis, dengar lagu, baca novel dan berangan.

Selasa, 30 Jun 2015

Saya dan Susu

Orang kata, makanan yang terbaik untuk bayi adalah susu ibu tapi tak semua ibu bertuah dapat berbuat begitu termasuk saya. Saya bersalin secara pembedahan. Jadi, saya tak berpeluang menyusukan anak saya sejurus dia dilahirkan. Malah, beberapa hari selepas dilahirkan barulah saya dipertemukan dengannya memandangkan kesihatan saya tak begitu memberangsangkan. Hal ini bermakna sejak lahir lagi dia sudah 'merasa' susu formula.

Pada suatu hari, tiba-tiba seorang misi datang kepada saya dan menyuruh saya memerah susu. Saya blur. Macam-macam soalan bermain dalam benak saya. Buat apa nak perah susu? Macam mana nak perah? Saya kata saya tak ada susu. Dan misi tu pun beredar. Esoknya, sekali lagi saya disuruh perah susu. Saya beritahu lagi yang saya tak ada susu. Misi tu tak puas hati lalu dia tolong perahkan untuk saya. Ternyata saya tak bercakap bohong. Memang tak ada!

Alhamdulillah, lepas dah beberapa kali pam, adalah juga susu walaupun sikit aje. Satu aun pun tak sampai. Huhu. Dah macam-macam produk cuba untuk banyakkan susu tapi tetap macam tu juga sampaikan rasa putus asa.

"Awak tak minum susu ke?" Tanya misi.
"Saya minum susu kotak Dutch Lady tu tapi cirit-birit," jawab saya.
"Cubalah susu tepung. Anmum ke..." Misi memberi cadangan.
"Baiklah." Saya akur sajalah.

Selepas membuat kajian dan perbandingan dalam Internet, saya buat keputusan untuk cuba susu Enfamama. Tapi susah pula nak jumpa. Puas suami pergi cari kat kedai, asyik habis stok aje. Laku sungguh susu ni ya. Akhirnya, suami jumpa kat sebuah farmasi. Tu pun tinggal satu aje katanya. Makanya, dengan semangat yang berkobar-kobar saya pun cuba minum susu tu. Rasa susu tu okey aje. Boleh telan. Tapi tak lama lepas tu, mulalah berlari ke tandas!

Entah sejak bila pula badan ni tak dapat minum susu padahal waktu kecik-kecik dulu okey aje minum susu. Bila buat kajian dalam Internet, memang ada orang yang tak boleh minum susu. Tapi daripada sumber tersebut, katanya boleh gantikan susu dengan produk tenusu lain macam keju, yogurt atau aiskrim.

Aiskrim tu macam best aje bunyinya (^______^)

Tapi suami kata aiskrim tu kan sejuk. Mana boleh makan. Kan tengah berpantang lagi T_______T

Tiada ulasan: