Jemput LIKE page ini :))

Pengerah Jemari

Tentang Aku

Foto saya
Suka menulis, dengar lagu, baca novel dan berangan.

Rabu, 30 September 2015

Novel Baharu - Bukan Tak Suka

Yeay! Blurb dan cover rasmi dah keluar daripada Penulisan2u. Jangan lupa dapatkan novel ni di pasaran nanti ya. Hee.




Tajuk: Bukan Tak Suka
Penulis: Ilmar Imia
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0567-90-7
Harga: RM23 (Semenanjung) // RM26 (Sabah & Sarawak)
Terbitan : Oktober 2015
Diskaun : RM3
Postage : Percuma
Cara Beli : www.p2u.my @ Aplikasi Penerbitan Karyaseni

ELFIRA, si gadis santai dan selalu ceria. Namun, moodnya jadi tak menentu tatkala terpaksa berpasangan dengan DANISH, si studen repeater, untuk assignment kali ini. Bermacam-macam yang buruk dia dengar tentang lelaki itu. Tak datang kelas, pendiam dan sebagainya. Memang tak ngamlah dengan dia.
“Berilah nombor telefon, mak tiri.” - Danish
“Eee, suka-suka hati aje panggil orang mak tiri. Sejak bila pula saya kahwin dengan ayah awak?” - Elfira

Lantaran sikap Elfira yang gemar marah-marah dan garang, Danish sering memanggilnya dengan panggilan ‘mak tiri’. Pada mulanya Elfira tidak menyukai panggilan itu tetapi lama-kelamaan dia mula merasakan itu satu panggilan manja buatnya. Sikap Danish yang sentiasa tenang membuatkan dia mula berasa selesa apabila bersama dengan lelaki itu.
Saat hati mula berbunga-bunga cinta, Elfira mengambil keputusan untuk menjauhi Danish kerana dia yakin Danish sudah berpunya. Elfira sanggup menukar partner tugasannya dengan ANZALNA, sahabat baiknya, semata-mata untuk melupakan perasaannya itu.
Anzalna, si gadis cantik persis Neelofa yang menjadi pujaan ramai lelaki sehinggakan dia tidak suka ada orang yang lebih daripada dia terutamanya Elfira. Sungguh dia dengki dengan segala yang berkaitan dengan Elfira termasuklah Danish. Anzalna sanggup lakukan apa sahaja asalkan Danish menjadi miliknya. Anzalna juga tegar menyatakan kepada Danish bahawa Elfira sudah bertunang walaupun perkara itu tidak pernah berlaku.
“Kenapa awak bersusah payah ambil hati ibu dan keluarga saya? Mungkin awak boleh mengaburi mata ibu dan keluarga saya tapi bukan saya.” - Danish
“Apa yang awak cakapkan ni? Saya tak faham. Saya tak ada niat apa-apa pun.” - Anzalna
“Saya tahu awak faham maksud saya. Walau apa pun niat awak, saya harap awak lupakanlah. Saya tak ada hati kepada awak. Hati saya dah ada seseorang.” - Danish
Apa motif Anzalna yang sebenarnya dalam menambat hati Danish? Bagaimana pula perasaan Elfira apabila mendapat tahu yang Anzalna cuba memikat hati Danish? Dan siapa dalam hati Danish? Semuanya terjawab dalam Bukan Tak Suka.

Tiada ulasan: