Jemput LIKE page ini :))

Pengerah Jemari

Tentang Aku

Foto saya
Suka menulis, dengar lagu, baca novel dan berangan.

Khamis, 21 Disember 2017

Aku dan Lelaki

Saya memang tak banyak pengalaman dengan lelaki. Masa sekolah rendah, saya sekolah perempuan. Bila sekolah menengah, baru sekolah campur. Tapi itu pun masih segan nak bercakap dengan kawan lelaki. Bila masuk UiTM, barulah rasa okey sikit. Tapi bergantung juga pada orang tu. Kalau dia okey, saya pun okeylah. Kalau dia pandai pancing saya borak, maknanya boleh dibuat kawanlah.

Tapi yang saya perasan, saya memang tak banyak kawan lelaki. Dari sekolah rendah sampaikan dah kerja sekarang pun, kawan baik saya biasanya perempuan aje. Mungkin lelaki tak suka berkawan dengan saya sebab saya ni tak pandai borak sangat. Hahaha.

Sebelum kenal arwah suami, pernahlah ada seorang mamat ni cuba nak tackle saya. Waktu tu kawan-kawan dah usik-usik tapi saya tak naklah cepat perasan. So, saya buat-buat biasa ajelah. Tup-tup suatu hari, dia call saya dan beritahu yang dia sukakan saya. Mahu tak terkejut? Tak pernah kenal, tiba-tiba orang cakap I love you? Lepas tu saya terus tak jawab call dia atau balas mesej dia. Kalau nak tahu, watak mamat ni la yang saya selitkan dalam novel Cinta Gantung. Alah, mamat kerja warung kat UiTM Puncak Perdana tu la :D

Pernah juga ada kawan beritahu yang kawan dia kirim salam pada saya. Tapi sampai situ ajelah. Tak ada apa-apa yang berlaku pun. Selalunya saya aje yang minat orang tapi orang tu selalunya dah ada makwe. Hu hu. Tak apalah, lebih baik jadi kawan aje. He he. Selain itu, saya pernah ada kawan chatting. Rasa best sembang dengan dia sebab dia selalu bagi nasihat macam abang-abang. Tiap-tiap malam kita orang chat sebab malam dapat Internet free. Tapi sebab saya tak ada laptop/komputer, selalu pinjam laptop member and chatting sampai pagi. 

Then, pernah ada seorang lagi kawan chatting. Tapi dia ni pangkat adiklah. Rajin juga sembang dengan dia. Sampai dalam phone tapi prinsip saya, saya tak pernah jumpa kawan chatting. Hahaha.

Saya kenal arwah suami tahun 2009. Dalam bulan Mac. Masa tu saya baru kerja jadi editor komik. Arwah suami pula pelukis komik di Komik M. Pada mulanya, dia rajin komen kat blog saya. So, dari situlah kita orang mula kenal. Bulan April, kita orang jumpa kat pesta buku PWTC. Setiap malam arwah suami akan kirim ucapan selamat malam menerusi SMS. Masa tu tak ada WhatsApp lagi. Mulanya, heran juga. Mamat ni tak ada kerja ke? Hahaha.

Tapi dengan arwah suami, saya rasa selesa dan boleh borak apa aje. Bayangkan, tiap-tiap hari kita orang mesej. Entah apa yang disembangkan entah. Mungkin sebab kita orang berkongsi minat yang sama – buku. Arwah seorang yang soft-spoken, baik hati, tak berkira (sanggup belikan laptop untuk saya menulis manuskrip), dan sangat ambil berat pasal saya. Melalui perbuatan dan sikap dia, saya tahu yang dia sayangkan saya. Sepanjang 24 tahun hidup, arwahlah satu-satunya lelaki yang bersungguh-sungguh dan serius dengan saya. Terima segala kekurangan saya. 

So, bila ada kawan-kawan yang kata mana tahu kalau saya ada jodoh dengan orang lain, saya tak berani nak komen apa-apa. Malah, saya tak berani nak fikir lebih-lebih. Saya masih sedar diri. Saya ada anak. Anak saya kuat cemburu, tau! Sedangkan dengan arwah papanya pun dia cemburu. He he. Doakan yang baik-baik ajelah, ya. 

Tiada ulasan: