Setelah kukenal kamu
Baru kutahu rasa itu
Manisnya cinta
Indahnya rindu
Pedihnya luka
Sakitnya kehilangan
Manisnya bergelar isteri
Indahnya bergelar ibu
Pedihnya bergelar balu
Sakitnya bergelar tunggal
Untuk semua rasa itu
Biar kusimpan di situ
20 Januari lalu, genap setahun arwah suami saya kembali kepada Allah SWT. Tapi sampai sekarang saya masih menangis apabila teringatkan dia. Mungkin orang nampak saya tersenyum, ketawa dan kuat tapi hakikatnya saya hanya insan yang lemah T____T
Bukan mudah sebenarnya jadi ibu tunggal ni. Pengalaman berdepan dengan orang yang memandang rendah pada ibu tunggal sangat menyakitkan. Mujur saya masih ada keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan serta membantu apa-apa yang mampu. Kalau sorang-sorang, memang dah lama rebah agaknya.
Dan satu-satunya sebab saya masih mampu tersenyum, sudah tentulah kerana anak lelaki saya. The one and only. Kerana dia, saya harus tetap teguh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan