Jemput LIKE page ini :))

Pengerah Jemari

Tentang Aku

Foto saya
Suka menulis, dengar lagu, baca novel dan berangan.

Sabtu, 12 Oktober 2019

Aku dan Komik

Dulu masa kecik-kecik, saya minat sangat baca komik macam Mutiara Naga dan Doraemon. Tapi yang tukang belinya abang saya. Saya tumpang baca saja. He he. Lepas tu, ada pula majalah komik Gempak. Masa tu saya paling suka komik Under 18 (Zint) dan Le Gardenie (Ben) sampaikan berangan nak ada komik sendiri. Haha. 

Tahun 2009, mungkin rezeki saya bekerja dalam bidang komik. Permohonan untuk jadi editor buku latihan di Gemilang Publishing kemudiannya bertukar menjadi editor komik dan majalah. Saya okey saja mana-mana pun asalkan dapat kerja selepas dua bulan menganggur waktu tu. Jadi, waktu itu saya ditugaskan menguruskan beberapa judul komik termasuklah Oka, KachigoPuteri Durian dan komik-komik terjemahan dari luar.




Dalam pada itu, saya diberi peluang untuk tulis komik peribahasa untuk majalah Puteri Durian. Benarlah orang kata, kalau tak cuba, kita sendiri pun tak tahu yang kita boleh buat benda tu. Walaupun nampak macam senang sebab satu muka surat saja tapi yang pendek itulah yang lebih mencabar sebenarnya. Mungkin pada mulanya, banyak kelemahan dan perlu dibantu oleh pelukis komik Puteri Durian dan ketua editor, tapi lama-lama rasa seronok pula tulis komik. 

Masa pesta buku PWTC pula, saya dapat kenal dengan pelukis daripada Komik M, Poyo (arwah suami) dan waktu itu juga saya baru tahu Komik M merupakan anak syarikat PTS, tempat saya menjalani latihan praktikal pada tahun 2007. Jadi, saya sudah kenal dengan editor Komik M iaitu Tuan Wanzu dan Tuan Alif Firdaus. Banyaklah pengetahuan dan pengalaman tentang komik yang dapat saya timba.

Selepas berhenti kerja daripada Gemilang Publishing, saya masih diberi tawaran untuk menulis komik peribahasa oleh syarikat penerbitan tersebut sehinggalah sekarang. 

Kini apabila disuruh buat marketing, saya terfikir untuk buat promosi dalam bentuk komik tapi sudah tentulah kena ada pelukis yang sudi melakarkan idea saya dalam bentuk lukisan. Tapi nak cari pelukis pun bukan mudah. Kalau arwah Poyo masih ada, mesti dia yang jadi mangsa saya! Hee~ Alhamdulillah, akhirnya idea itu menjadi kenyataan. Maka, inilah hasilnya.


Komik dilukis oleh Bophairy.

Komik dilukis oleh Bedul.

Komik dilukis oleh Kar Bin.


Komik-komik ini dibuat untuk disiarkan di media sosial Instagram sebuah syarikat e-learning iaitu Learning Port. Learning Port kini sedang mengadakan promosi besar-besaran untuk produk pembelajaran dalam talian yang dinamakan Learning Port Interactive. Boleh layari laman web ini untuk keterangan lanjut.

Masih banyak lagi komik yang akan disiarkan hasil kerjasama bersama pelukis-pelukis lain. Jangan lupa follow dan like Instagram Learning Port Interactive atau subscribe YouTube channel Learning Port Interactive ya!

Tiada ulasan: